Monday, November 29, 2010

Aduyai..

Entah nape tetiba rasa geram plak..memang la geram bila tersalah tido malam tadi and now i jalan dah macam ROBOCOP..tegak jer..leher sakit..udah ler tak bleh tido..datang keje plak menganga je kat kaunter..

Itu still no prob bagi i..yang geramnya ni pasal MAYBANK..ingat tak entry dulu cakap i G transfer duit kat orang lain..hah!!!itu la kisahnya..2 minggu lepas i G report..mulut manis..berjanji nak call balik la..ke benda la..sudahnya senyap jer..semalam i pun manis2kan muka..ringan2kan lah tangan call bank..memang takmo marah2 pun..nak tau diaorang jawab apa??

Pas i cter masalah i..
Dia jawab : kejap ye puan..saya pas pada officer A..i pun repeat balik cter tu..

Jawapan dia : OOOOO..saya pas pada officer B yer..i pun ok lagi..repeat benda yang sama juga..
Jawapan seterusnya : OOOO..itu bukan bahagian i..(dialek chinese).hold on aaa...aku dah mula nak naik sheikh..awat mengong sangat yg tukang transfer ni..aku cakap ngan cleaner ker tadi..langsung tak faham apa2..
Kesudahannya aku cakap kat officer yang ke - empat tu : macam ni la cik..saya datang sana hantar balik resit yang En. K fotostat tu..dia ada tak..meh saya nak cakap ngan dia la..dia yg janji nak call saya..2 minggu dah ni..
Jawapan ke 4 : dia cuti..puan bagi nama dan no telefon..nanti kami call balik..*memang nak jer aku sebutkan *&^%$^&* pada orang tu..tapi hati kata sabar..aku pun jawab..takpela..*terus aku letak..meluat betul aku rasa..

Hari ni.
Orang bank call..dia bagitahu aku..memang officer dah perasan yg duit tu silap masuk pada tarikh aku G bank in tu tapi tak ada no untuk contact..*MANGKUK AYUN LA!!!
Ari tu time p buat kad bank..isi borang 3 lori..dekat borang tu je..maklumat peribadi dah 10 keping..cap jari..cap kaki jer dah penuh 10 keping..kalau boleh..kat muka dia aku nak bagi cop sekali...bila tak bayar kete..tak bayar utang..jumpa plak no teponnya..bila time duit kita..ko diam le..Mmg lahabau betul korang ni..iye ker officer dia perasan..entah2 sengaja nak tutup salah diri..perasan konon..&%**&^%%%& *hah!!kan dah kena maki..AKU GERAM!!!!!!!!!!!!

Jawapan yang paling best dia kata kat aku tadi..duit tu diaorang dah hold..maknanya orang tu pun tak bleh kuarkan...tapi tak dapat cari orang tu *tak ada no phone..aku tanya alamat ada tak??ada tapi tak boleh bagitahu sebab P&C..oklah..aku bukan nak G pun..tanya sebab minta bank hantar surat jer kat orang tu.. dan yang paling aku bengang..dia cakap kat aku..kita cari la sesama..nanti kalau puan jumpa dia..puan inform kat bank ye..iye la tu..nanti aku buat program jejak kasih yer..kalau dah aku jumpa..baik aku jer yang minta sendiri..susah payah plak aku nak G bank bagitau korang buat apa..

Hah!!!sudahlah..G makan lagi bagus..Nipis iman aku kalau ada sepuluh orang officer macam ni..

Sunday, November 28, 2010

ULAM RAJA..SEDAPNYA..

Disebabkan ingin memperbaiki kembali saluran darah yang tak berapa nak berjalan dengan lancar..tersekat disana sini hingga membuatkan aku menjadi kurang upaya..aku pun dengan selambanya minta mak bawakan ulam ni import from pahang..thanks to mak coz sanggup pepagi buta mengutip daun ni untuk anaknya..dengan harapan aku cepat sembuh..meh kita lihat sesama khasiatnya yang aku ciplak dari internet..

Pokok Ulam Raja
(nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN.

Ulam
Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan
budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.

Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.

Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.

Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.

Ulamnya yang digelarkan "ulam raja" telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang.

Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik.

Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-.

Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.

Saturday, November 27, 2010

Masakan tak ada nama

Hehehe..pertama sekali nak say sori to Kak Yan (Yan's Family, Frens, Travel, And Food Journal) sebab ciplak resepi..sebenarnya tak ada niat pun..minggu ni memang tak lalu nak makan ditambah lagi dengan kepala weng2..so nak bagi selera terbuka..gagahkan diri walaupun dari ruang tamu nak ke dapur pun 2 kali berhenti..tapi sebab dah nekad..ambik lesung batu..dok depan peti ais..*siap minta Allesya tolong lagi..nak sediakan bahan2 untuk buat Sambal Hitam..

Sambil duduk bersila..ambik cili..tumbuk..capai bawang..buang kulit pastu potong dua..letak dalam mangkuk..minta allesya tolong letakkan air..terkial2 cari ikan bilis..adalah baki beberapa ekor pas buat ikan bilis goreng kicap *makanan peberet papa..tumbuk pun pelan2..sebab setiap kali anak lesung tu berlaga ngan ibu dia..tiap kali tu la aku rasa nak muntah..sakit sungguh kepalanya..

Walaupun seksa..tapi aku kuatkan semangat..so berjaya juga menyiapkan Sambal Hitam..nampak macam dah kecur air liur..tetiba terpandang pula bunga kantan yang berlambak dalam freeze..*aritu tamak p patahkan semua bunga kantan mak..ingatkan bleh la masak laksa..nampaknya berangan ajelah kalau dah tak sihat macam ni..

Aku pun hiris halus2..allesya tolong ceraikan bunga dia selapis2..bagusnya anak mama..letak dalam lesung pastu aku tenung jer..takkan aku nak makan sambal mentah macam ni bercampur ngan bunga kantan..ingat lembu ker??..

Bangun pelan2..ambik kuali dan panaskan..capai minyak..bubuh sikit dalam kuali..dah panas..aku masukkan segala bahan yang aku dah tumbuk tu..tarik kerusi duduk depan dapur..kacau kejap..pastu duduk balik..berulang2 aku buat benda yang sama..bila rasa..aku boleh la sengih sebab sedap rupanya..ada rasa pedas, masam, masin..bau dia pun wangi..kira secukup rasa la..*bila kena ngan nasi panas..aroma dia menambat selera tau...bagi sape2 yang tak lalu nak makan..tekak loya2..memang sesuai sangatlah makan ngan nasi panas..

Nak tengok hasilnya masakan aku yang tak ada nama..hasil percubaan orang yang sakit teruk..tapi kena paksa diri makan..*dah serik kena drip..lebam tangan sampai hari ni tak ilang lagi..Ini lah hasilnya..what do you think??

|
|
|
*V*

Pandangan dari atas..Nampak juga bunga kantan yang tidak mampu dipotong halus..

Pandangan dari sisi lebih menyelerakan..ahaks!!

Friday, November 26, 2010

Semua patut TAHU

Memang sedap kalau dibuat ulam



Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Fabales
Keluarga: Fabaceae
Subkeluarga: Faboideae
Tribe: Vicieae
Genus: Vicia
Spesies: V. faba
Nama binomial
Vicia faba
L.
Sinonim

Faba sativa Moench.



Rupa kacang yang korang selalu makan tu..

Kacang parang kaya dengan bahan tyramine (terbentuk dari protein yang sudah pecah.Tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan saluran darah, jadi menyebabkan migrain, dan dengan itu perlu dielakkan oleh mereka yang mengambil "monoamine oxidase (MAO) inhibitor" (Monoamine oxidase B (MAO-B) is an enzyme which breaks down dopamine and other chemical transmitters during normal brain functioning. This process leads to formation of hydrogen peroxide, a noxious substance which contributes to oxidative stress and cell death).

Kacang parang yang mentah mengandungi bahan vicine, isouramil dan convicine, yang mampu menyebabkan "hemolytic anemia" pada pesakit dengan keadaan diwarisi yang dikenali sebagai "glucose-6-phosphate dehydrogenase deficiency" (G6PD). Keadaan yang mampu membawa maut ini dikenali sebagai "favism" sempena kacang parang ("fava bean").

Kacang parang kaya dengan L-dopa, bahan yang digunakan secara perubatan bagi rawatan penyakit Parkinson. L-dopa juga merupakan agen natriuretik, yang mungkin membantu mengawal hipertension.

Kawasan asal kacang parang berkait dengan kawasan demam malaria. Terdapat kajian epidemiologikal dan vitro yang mencadangkan bahawa hemolysis terjadi akibat favism bertindak sebagai perlindungan dari malaria, kerana sesetengah spesies protozoa malarial seperti Plasmodium falcipacrum amat sensitif kepada kerosakan oksida akibat kekurangan enzim glucose 6-phosphate dehydrogenase, yang jika tidak melindungi dari kerosakan pengoksidaan melalui penghasilan glutathione reductase

Nots Chumel :
Setelah dikaji dan diselidik..akhirnya aku tahu mengapa dan kenapa aku bleh sakit kepala a.k.a migrain tahap kronik yang hampir2 bleh meragut nyawa jika terlewat..sebab aku makan kacang parang..uuuuwwwwaaaa..awatlah aku tak terfikir langsung yang benda alah tu mampu membunuh..disebabkan aku memang migrain..so pas ni diharamkan terus makan benda yang bernama kacang parang tau..bukan pada yang ada penyakit G6PD jer..yg menghidap sakit kepala terlampau..migrain..gout..sakit sendi + urat dan beberapa lagi penyakit dalaman..anggap jer benda tu bukan makanan sebab dia sebenarnya racun dalam senyap...

Thursday, November 25, 2010

Ambik ko...

Hah..baru ada akai..ingatkan sakit kepala sesaje je..ingatkan saje2 sakit sebab angin penuh satu badan..telan panadol..antibiotik..ubat tahan sakit..semua aku bedal..rupa2nya memang tekanan darah aku teramatlah rendah..mujur tergerak ati nak G klinik..itupun sebenarnya bukan nak check beria2 sangat...cuma nak sambung MC coz MC dari klinik segara tu sampai ari ni jer..melihatkan keadaan aku yang tak mampu nak berdiri..camner nak drive kan *dari rumah nak menuju ke lift pun aku kena berhenti 3 kali..baru jalan 3 langkah kepala dah toing2....so, cadang2 nak mintalah MC untuk esok tetapi lain plak kisahnya..

Memula doktor tu tenung muka aku dulu..mata aku dah berair sebab kepala aku rasa macam mengembang jer..tengok doktor tu pun aku dah nampak 2..dia tanya nape..airmata aku mengalir lagi..uuuwwwaaa..alolo doktor wei..aku rasa macam dok kat alam kayangan dah ni..tak mampu nak bercakap..bukan kepala jer sakit..rahang aku pun dah kejong ni..nak nganga mulut pun tak mampu..

Dia terus check BP..huh..apa yang aku dapat...dia tak kata apa dah..terus soh drip..selain dah hidrat..*melihat keadaan aku yang dah tak bermaya..darah langsung tak membantu untuk badan aku berfungsi...dia cucuk pun ikut suka jer..janji air tu masuk dalam badan..aku lantakkan aje dia nak buat apa..yang penting kepala aku rasa macam nak tertanggal...

Pas setengah jam berlalu..baru aku sedar..sebelum tu memang separa sedar pun..anak entah kemana..laki lagi la..*rupa2nya diaorang siap G makan KFC sebab doktor tu kata lama juga masa nak drip..

Hehehe..aku dah nampak dunia..mata baru rasa cerah..dunia pun baru rasa nyaman...kalau tak aku tak tau rasa apa..dari rumah dok dalam keta pun aku masih lagi berkhayal...pening kepala teramat sangat selain dari badan aku yang terlalu lemah..

Thanks to doktor Liyana..saya amat2 menghargai bantuan anda..TQ to Mr. Khusairi coz sanggup drive dalam hujan + jammed..Thanks To Cik Allesya coz tak buat perangai ye..

Now..saya rasa sedikit segar..tetapi masih memerlukan rehat..heharap darah kembali normal ye..tak sanggup menanggung derita...sakit yang tak mampu ditafsirkan..

Wednesday, November 24, 2010

TQVM sayang..

Tak tau nak cakap camner..belum tulis lagi ati dah terharu..bukan sedih tapi sebak jer..*bukan sama ker meaning dia.. nak dedicated kan nots chumel ni untuk

Mr. Mazrul Khusairi Bin Mokhtar..
Sebabnya :
Sejak semalam i tak sihat..dia yang
  • Tolong belikan i nasi + sup ayam walaupun sebelum sempat i abis makan..semuanya dah selamat kuar balik..
  • Tolong jaga anak walaupun i dengar hujung telinga suara dia kejap pelan kejap kuat & Allesya berjaya patahkan spek mata i...
  • Tolong urutkan badan i yang dah tak ada rasa pape pun..semua sendi2 sakit..sampai nak angkat tangan pun tak mampu..apatah lagi nak angkat kepala..
  • I dapat rasa tangan dia usap2 kepala i walaupun i blur..*kepala i rasa macam nak pecah + demam yang tetiba menyerang..
  • Tepon i tanya nak breakfast apa walaupun i kata i tak ada selera nak makan..tapi dia tetap bawa balik nasi lemak kerang untuk i..
  • Tolong antar i G klinik walaupun i bising2 sebab dia bawa motor langgar lopak..*klinik tu belakang umah jer tapi nape i rasa macam jauh sesangat and i jer yang sensitif..padahal dia dah bawa tersangat la slow tapi i tetap rasa dia sengaja nak langgar semua lubang kat jalan tu..dah kepala ni sakit sesangat..nak buat camner..
  • Tolong belikan i nasi untuk makan tengahari walaupun i tak lalu nak makan..i kesian kat dia..i habiskan jugalah walaupun tekak dah rasa macam kembang2..
Thanks ye sayang coz take care i..
i amat2 le menghargainya..

Thanks coz memahami i ye..
i tahu you are the best..

I sayang U...

Monday, November 22, 2010

Allesya@Perak

Posing dulu..

Seperti entry yang lepas, aku telah pun pergi ke perak..dah Alhamdullilah selamat pergi dah selamat pulang semula ke pangkuan suami terchenta..hahaha..*sengal jap..

Aku G hari jumaat dan balik semula pada hari sabtu..buat muka kesian minta kat bos nak balik awal..so kul satu lebih aku dah sampai ke umah..siap kautem ngan Puva lagi..thanks ye Puva coz tulun ai..*thanks to my bos juga coz bagi pemission..

Bersiap pastu bertolak kul 3.30 pm..hujan lebat sepanjang jalan..aku punyalah risau..asyik tenung muka anak jer..takut sesuatu yang buruk jer..
Allah masih melindungi kami..Alhamdullilah..


Sampai kat Meru Gold Club kul 5.30 petang..
tidur kat Apartment Gold Vista..best ooo umah dia..


Cute kan umah dia..

Sempat snap gambar hantaran

2 bilik jer tapi tersangatlah selesa..mak bagi aku master bedroom..tido ngan Allesya..fuh!!!teramatlah selesa sampai jam bunyi pun aku tak sedar..

Sampai2 terus nak bergambar ngan maktok

Malamnya : Papayang buat makan2 for Salleh Khir daughters + family kat
Royal Golf Club Perak..


Sambil lalu sempat lagi tangkap gambar


makanan dia memang sedap sesangat..

tapi sebab aku dah belasah nasi mamak masa kat umah tu..so malamnya aku makan lauk jer..itupun 2 kali tambah juga..cuma aku sedikit emo coz my Mr. Khusairi tak ada..jeles juga tengok couple2 lain berdua..aku sorang2..

Thanks To Amalina coz jadi baby sitter yer..

nasib baik ada lin + amalina..dia ajelah tempat aku nak huhahuha pun..

Salleh Khir's 1nd Generation

Maksu + Makteh + Mak Chaq and family's datang melawat after dinner

Esoknya : aku tido terlajak sampai kul 8..anak pun dah kuar berjalan sendiri G cari maktok dia..siap G melawat apartment toksu di lagi kat blok sebelah...
Mak soh ajak Allesya G mandi kat swimming pool tapi aku penyegan lebih..
so mandi kat bathtab aje la ye...


Yang ni dah melalak2 takmo naik...

Pastu siap2 G kenduri kawin Azril + Zuraida..Allesya dah tertido..tapi nasib baik tak ramai orang..lagipun bt kat dewan..taklah panas sangat..makanan pun best..makan lagi..leh gemuk kalau macam ni kan..

Wedding@Meru

Pas habis tu balik kat Meru Golf Club..siap2 N G terjun kolam jap...Alllesya punya seronok tak payah cter la..memang takmau naik..siap melalak2 lagi..haru betol la budak ni..

Allesya With Maksu + Mak Nina

Pastu naik siap2 N balik..bertolak kul 4.30 pm..selamat tiba di KL kul 8.00..
Besh sesangat..Allesya lebih2 lagi coz dapat jumpa Tok Ayah + Maktok..cuma takada masa nak spent time together..next time bleh G lagi..kali ni kena angkut Mr. Khusairi sekali coz aku blur bila tanpa dia..huahuahua...anak releks jer..mama dia yang ati kecik...payah betul la kalau macam ni..

Wanginya

Ahaks!!..kali ni nak story about kami telah pergi ke SOGO untuk yg ke 2 kali selepas kawin..kuang3...dah 4 tahun kawin..SOGO tu aku anggap jer tak wujud kan..entah naper..dia bukan 1st choice tempat kami nak shopink..sebab2nya

  1. Jalan nak G KL sentiasa jammed..nak G tu amik masa berjam2 dok dalam keta..thats whylah aku anggap SOGO tu tak menarik pun
  2. Nak parking sikit punya seksa..ada tempat 1 jam RM3.00..ada tempat sekali masuk RM5.00..kalau waktu sale..raya..atau cuti sekolah..tempat parking pernah mencecah RM12.00 sekali masuk..gilo ke apa??cekik darah
  3. Bagi aku tak ada benda yang menarik pun kat sana..barang still mahal..ada benda yang besa2 jer..tak menarik pun tapi rege tak hingat..after sale pun tetap rasa membazir beli..so, masih buat aku tak teruja nak G SOGO..
  4. Dan macam2 lagi la yang membuatkan aku rasa SOGO tu tak menarik pun..

Tetapi semalam entah nape..mimpi tetiba bleh G sana..mula2 saja nak jalan2..dengar2 ada sale baju..kot leh la beli sehelai dua..tapi sudahnya aku melopong tengok orang pilih..mak aiii manusia ke apa ni..penuh sampai berasak2..sanggup korang ye..aku yang belum sempat join sekaki ni pun dah sesak nafas tengok..cashier kat kaunter tu menyengih jer..dalam kepala..WAH!!bonus 3 bulan gaji kalau macam ni..itu baru cashier..

Tokey dia lagi la..kat mata terbayang RM jer kan..

Disebabkan aku tak sanggup nak berebut2 ngan orang..jadi aku matikan saja niat nak beli baju..tengok area perfume taklah ramai sangat..maka dengan itu mulalah misi mencium bau wangi2an..tak ada plan pun nak beli..ingatkan saja nak survey dulu..tengok rege pun bleh tahan juga..bleh makan sebulan ni..tapi entah naper..agaknya promoter tu pakai ubat guna2 kot..memula teringin nak beli yang set couple..tapi kalau perfume for men wangi..perfume for women plak wangi kemiyan..baru belacan pun ada..dah kembang idung aku cium kopi..neutral la sangat..tapi kesudahannya bau dia tetap macam sama jer..


Akhirnya Papa amik minyak wangi ni jer..memang bau dia tersangat la sweet..rege dia pun sweet juga..hehehe..heharap leh pakai selama 3 bulan yer..sila berjimat tau..

|

|

|

*V*

Unforgivable 125ml..inspirasi from puff daddy..RM260 sempena sale Krismas..Kalau tak rege dia dekat RM300..kira berbaloi la beli sebab dia jenis EDP..tahan 8 jam..better sembur kat baju sebab bau dia susah nak hilang

Aku plak ambik

|

|

|

*V*

Dolce & Gabbana...selain bau dia yang wangi..aku berkenan sebab dia bagi banyak F.O.C..yang paling aku minat sesangat sebab dapat satu botol D&G yang botol kecil tu.. 5ml jer tapi botol dia tersangatlah chumel..dia kata F.O.C padahal dah makap rege kan..

RM295 untuk 50ml..aku akan pakai sampai 3 bulan..hehehe..sekali sembur jer...sayang oooo...tu pun jenis EDP..memang dah test..semalam aku sembur..ari ni bau lagi..dia amat sesuai untuk indoor..lagi berpeluh..lagi wangi..ala..dok opis pun bleh pakai juga..dah beli..takkan time nak G Gym jer baru nak sembur kan...rugi la kalau mcm tu..

Balik tu Mr. Khusairi nak belanja makan nasi lemak antarabangsa..nama pernah dengar tapi kedai tak tau kat mana..so kami G kedai dia yg kat gombak tu..tapi malangnya tutup plak..deret kedai tu juga ada kedai mamak..tengok orang penuh tengok badminton..ada plak orang jual char kew teow..so join aje la..sambil2 tu bleh la tengok Lin Dan main..

Dah habis tu terus balik..Allesya pun dah mengamuk nak susu..bagi air apapun dah tak layan..naughty la u sayang...

Thursday, November 18, 2010

Sekali Sekala Bt Gler..

Ada aku kisah ker kalau orang nak kata aku gler..sikit pun aku tak heran..sekali sekala buat gler best juga kan..yang penting aku ambil..aku bayar..

Entah nape tiba2 aku ni jadi pemboros plak..selalunya akulah manusia paling kedekut nak kuarkan duit..senangkan kalau beli nasi pun.kedai yang mahal2 aku dah blacklist..kira makan sehari tu limit RM5 jer..kalau dah terlebih aku anggap jer kedai tu cekik darah..tetapi entah mengapa..perubahan cuaca kot..angin monsun baratdaya telah melanda Kuala Lumpur..semenjak minggu lepas keje beli HP jer..buat2 macam beli coklat kat kedai mamak kat bawah tu..

Minggu lepas..keterujaan aku kepada N97..

Spec :
Dimensions
  • Side slide with tilting screen
  • Dimensions: 113 x 52.5 x 14.2 mm
  • Weight (with battery): 138 g
  • Volume: 75 cc
  • Additional size and shape information: Sliding tilt mechanism
Keys and Input Methods
  • Full slide-out keyboard
  • Cover keys (S60 keys, Menu key, Send/End keys, Clear key)
  • Touch screen
  • Arrow keys
  • Dedicated camera and volume keys
Display and User Interface
  • Size: 3.2"
  • Resolution: 640 x 360 pixels (nHD)
  • Up to 16.7 million colours
  • Resistive touch screen
  • Brightness control
  • Orientation sensor
  • Proximity sensor
  • Ambient light detector
Memory
  • MicroSD memory card slot, hot swappable, up to 16 GB
  • Internal memory: 8 GB
Camera
  • 5 megapixel camera (2592 x 1944 pixels) with Carl Zeiss optics
  • Still image formats: JPEG, EXIF
  • Autofocus and dual LED flash
  • Zoom up to 14x (digital)
  • Secondary camera for video calls (VGA, 640 x 480 pixels)

Data Network
  • CSD
  • HSCSD, maximum speed 43.2 kbps
  • GPRS class A, multislot class 32, maximum speed 107/64.2 kbps (DL/UL)
  • WCDMA, maximum speed up to 3.6 Mbps
  • HSDPA, maximum speed up to 3.6 Mbps
  • WLAN IEEE 802.11b/g, maximum speed up to 11Mbps/54MBps
  • TCP/IP support
  • Capability to serve as data modem
  • Support for MS Outlook synchronisation of contacts, calendar and notes

Tanpa memikir panjang plak tu..sempit sungguh akal aku pada waktu tu kan..pastu tetiba rasa tak best..terus lego..dua2 sekali..pastu semalam tanpa ada perancangan..dan tidak disangka2 langsung..aku telah membeli benda alah ini plak
||
||
||
*V*
X6 Ekspres Music

Pandangan Dari Sisi..

Personalisation

  • Customisable home screen:
    • widgets
    • themes
    • icons
    • shortcuts
    • menu
  • Customisable profiles
  • Ringtones: 3D stereo ring tones, 64-tone polyphonic, mp3 and video ringtones (3 videos and 9 mp3 songs built-in)
  • Video ringtones
  • Themes
    • wallpapers
    • screensavers
    • ringtones
    • pre-installed themes
    • changeable colour themes
Data network
  • CSD
  • HSCSD
  • GPRS/EDGE class A, multislot class 11, with similtaneous voice and packet data mode support
  • GPRS/EDGE class B, multislot class 32
  • WCDMA 2100/1900 with similtaneous voice and packet data mode support
  • HSDPA category 6, maximum speed 3.6 Mbps (downlink)
  • WLAN IEEE 802.11 b/g
Memory
  • Internal memory: 16 GB

Janji pada diri..pasni takmo beli apa2 dah..pakai jer mana yang ada..tak baik membazir..agak2 ni boleh pakai untuk 3 keturunan ni..


Sok Jalan Lagi

Esok kalau tak ada aral melintang..panjang umur..murah rezeki..aku akan ke
Perak Darul Ridzuan..

Sebab2nya..
Aku akan menghadiri majlis perkahwinan sepupu Mr. Khusairi iaitu
En. Azril Nizam Muhamad + Cik. Zuraida.
Aku akan pergi bersama Mazlan Khusairi + Mazlin Eliani + Allesya Nadia..
Yang membuatkan aku tak berapa nak happy..coz my Mr. Khusairi tidak dapat ikut bersama..huhuhu..
kalau tak..blehlah G dating sekali kan..kakakaka...

Sebenarnya tak plan nak G..tapi saja suker2 bawa Allesya jumpa Mak Tok + Tok Ayah dia walhal minggu depan datuk nenek dia tu memang nak datang KL pun..

Heharap..kami selamat sampai + selamat pulang...
Untuk Mr. Khusairi..selamat tinggal yer..
walaupun makan nasi bungkus..anggap aje la bini yang masak..
Jangan nakal2 tau..Mama G kejap jer..satu hari satu malam jer..hari sabtu mama balik KL semula ye..

Wednesday, November 17, 2010

Rayer Kurban



Semalam 17 November 2010..
Aku bersama dengan jejaka yang berada didalam gambar tu beserta ngan budak chumel ni..


telah balik beraya ke pahang..walaupun balik hari jer tapi best sesangat dapat menjejakkan kaki ke kampung halamanku yang terchenta..

Ia bermula pada pukul 6.30 pagi :
Itupun sebenarnya dah terlewat..nasib baik kakak aku call dari Pekan, Pahang ucap Selamat Hari Raya..dia ingat aku dah sampai kampung tetapi sebenarnya aku masih bermalas2 di atas katil sambil melihat 2 orang kesayangan aku yang sorang tido ala2 superman dan bersedia nak terbang dan sorang lagi tidur ala2 orang yang tengah merenung masa depan..

Aku bangun mandi..siapkan apa yang patut..pastu terus aku jadi tarzan di pagi hari..buka lampu..buka sound kuat tetapi hasilnya..2 orang itu masih lena..huhuhu..eloklah..anak ngan bapak sama jer..
Aku kejut Allesya soh bangun kata nak jalan..dia siap geleng2 kepala sambil mata pejam kata takmau ikut....cerdik kamu ye sayang..


Akhirnya masing2 ngan muka mamainya selamat dibangunkan pada pukul 7 lebih..eemm..bolehla.

8.00 am :
Naik kete, baca doa & gerak..aku drive..hari ni driver turun pangkat..volunteer nak jadi co - pilot..aku skodeng melalui rayban jenama police dia tu..tengok mata dah terkatup..bleh sambung balik mimpi yang terganggu tadi..aku biarkan aje sebab aku memahami dia baru saja boleh berjumpa bantal dia lebih kurang pukul 3 pagi selepas keluar mencari rezeki untuk anak bini..


8.10 am..
Berhenti isi minyak..isi penuh2..sambil topup touch N Go yang berbalance RM0.30 jer dalam tu..stand by takut tol jammed..pastu meneruskan perjalanan..Kakak aku yang sorang lagi dah call plak..tanya kat mana..aku cakap otw tapi masih dalam KL..huh!!ditalian ada suara hampa..aku tau dia bukan xcited nak tengok aku balik pun tapi xcited nag tengok tudung yang dia pesan soh aku beli satu kodi kat jalan TAR tu kan..
nasib baik aku tak cakap aku lupa bawak balik..kalau tak maunya dia terus letak tepon..


8.30 am:
Sampai gombak..ada orang lapar plak dah..eemmm..memandangkan Old Town jer yang buka..kami breakfast dulu bersama..tak rasa macam nak balik rayer pun..macam saja jalan2 cari makan jer..Aku tengok ramai juga orang melayu makan kat situ..
siap bace paper lagi..muka selamba jer..tak sedih2 pun tak balik raya..tapi aku tak ler heran coz tengok satu family tak kira laki pempuan just pakai suar pendek..rambut pun kaler2..eemm..kesimpulan yang aku buat..maybe diaorang pun tak tahu 'Raya tu apa?'..

9.00 am :
Meneruskan perjalanan..ada budak sudah buat perangai..mengantuk la tu..pas bergaduh ngan bapak dia terus tertido kat krusi belakang..big bossnya plak..ah!!!sudah ke London..tinggalkan aku sorang2 memandu..keta tak banyak..
so..pasang lagu dan nyanyi..tak sangka kuar juga lagu raya di hari rayer kurban ni kan..

Aku siap feeling sesorang nyanyi lagu dayangku intan..sambung ngan lagu sudirman plak pastu..hingga lagu orang putih pun aku bedal..janji jangan tertido..

10.40 am :
Hehehe..Dah nampak bumbung ijo umah mak aku...aku selamat tiba di hadapan rumah
no : 125 (F) Jengka 25..yeahhh!!!sudah nampak muka mak..sengih jer..dia tak tau yang anak dia ni drive macam ribut..berlumba sesorang sebab jalan memang lengang..pas salam2..sesi melihat hidangan apa yang ada..
Wah!!!!senarainya ialah :

  1. Rendang Opor Daging
  2. Nasi Minyak
  3. Ketupat Daun Palas
  4. Lemang
  5. Ayam Masak Merah
  6. Gulai Rebus
  7. Pulut Kuning
  8. Ikan Patin Masak Tempoyak
  9. Koktail
  10. Agar2 bandung
  11. Kuih Muih
Semua masakan mak bleh dikategorikan kelas pertama ni..
Huhuhu..selera aku terbuka..lapor terus jadinya..
amik pinggan dan makan..makan DAN makan..


2.00 pm :
Abang aku bersiap nak G beraya ke Subang..sebelum tu dah berbahagi daging kurban..banyak sesangat..maklumlah tahun ni kurban untuk 2 orang anak buahku yang chumel..

Dah berbahagi 5 bahagian pun still banyak lagi..aku orang yang ambil paling sikit sebab nak amik bebanyak pun aku bukan pakar buat rendang..setakat goreng kicap tu bleh la..

4.30 pm :
Abang aku sorang lagi nk balik Shah Alam...sok kan keje..So, tinggal aku ngan mak + keluarga kecil aku..Baru nak baring..pakcik aku call kata nak datang..eemmm...cepat2 aku buka periuk makan nasi lauk gulai tempoyak ikan patin..sebelum tu round sekeliling umah dulu..kutip ulam2 mak yang tersangat lah banyak & segar bugar..
Yang menjadi mangsa aku..kacang parang..kacang botol dan ulam raja..cukup kot..so..dah decide pucuk serai kayu, pucuk ubi, buah mas cotek, kacang panjang nak kutip bawa balik KL..temu lawak aku malas nak gali..cangkul pun tak jumpa..lainkali la *aku kan hantu ulam..


Pastu paskcik aku datang..menyembang sampai kul 7 pm..pas they alls balik kami pun bersiap nak balik KL..pas maghrib..sampailah saatnya waktu berpisah..huhuhu..tak puas jumpa mak..waktu hulor duit raya..aku syahdu la jap..dulu kcik2 mak yang bagi duit kat aku..dah besar2 ni sendiri mau ingatlah kan..cium mak macam takmo lepas tu..Mr. Khusairi tu pandang buat tak tau jer..dia tau aku dah nak nages..hikhikhik...

So..say good bye & meneruskan perjalanan pulang..jalan masih lenggang..sembang2 ngan driver yang telah dinaikkan pangkat semula..
Cik Allesya sudah lena sebelum sempat kuar dari Jengka 25 lagi..


Sampai KL kul 9.40 mlm..
G 7E beli maggi..ada orang lapar lagi..aku sudah kenyang..balik kemas barang..masakkan maggi untuk for my hubby pastu terus ajak Allesya tido..sok keje...:-(..bad news la..sebab ati tertinggal kat pahang tadi..lupa nak amik bawa balik..miss my hometown!!!!



I'm Shock!!!

Hehehe..mule2 nak gelak dulu..memang terujaan aku dah melampaui batas ni..hari ni just datang opis menganga..gilir2 ngan farez & Puva aga kaunter coz yang lain sedang bercuti raya..Boss pun tengok kuar masuk jer..busan coz terlalu sunyi kot..student langsung takda..nasib baik aku baik ari ni..dalam kepala tak tau nak G mana...so masih bertahan didalam suasana beku yang melepasi tahap -ve ini..oh!!so cool...

Yang membuatkan aku teruja sesangat adalah kerana..meh aku tunjukkan ye..sila buka mata leluas sebab time aku print screen tapi pun memang dia dah besar ni jer..tak boleh diperbesarkan lagi pun..korang kene percaya sebab aku pun agak2 benda ni tipu..tapi kalau betullloh!!bahagianya aku..sila tengok ye kekewan
||
||
||
*V*

Mungkin tak nampak sesangat kan..tapi cuba tenung betul2..nampak tak gambar bendera warna putih yang ada dot merah kat dalam dia tu..huhuhu..my visitor from JAPAN..Pastu ada satu lagi dari Universiti Axeandria Al Iskandariah..kat ner ye..rasanya kat negara Arab kot..aku ni pun adakala bodo2 alang juga kalau nama Universiti ni memang lambat detect..maklumlah dulu..tak amik subect Geo..so..peta memang tak hafal..

Yang satu lagi ni aku nak with TQ sesangat coz anda telah merajinkan diri menaip http://zuhainikhusairi.blogspot.com dan membaca entry aku yang sengal2 ubi ni..

||
||
||
*V*
Cadangnya nak amik orang yang ke 1000 tapi dah terlajak satu nombor.takper..special number ni..aku suke..kiranya tak sesisa la aku ada blog sendiri kan..walaupun ada masa tu..aku tak tengok pun..maklumlah vitamin 'M' banyak sangat..

So..i'm happy..walaupun busan dah melanda ni..rehat tadi dah sempat pun memejamkan mata satu round..now kepala dan toing2..sedut teh o ais pun dah rasa macam kopi ni..heharap jangan maigrain ahh..sbb sok aku nak travel ke perak pula..InsyaAllah..

Monday, November 15, 2010

Cermin Diri

Assalamualaikum...
Hari ini i nak cter mengenai DIRI...Bukan i nak jadi ustazah pun..uikss...tak layak kot..hanyut orang nanti kalau i jadi macam tu..diri sendiri pun kekadang hilang pedoman..camner nak didik orang lain..kan..kan..kan..

Sebenarnya apa yang kita tahu tentang DIRI kita..kita seringkali mengaku..
  • kita tidak bertuah seperti orang lain..
  • kita manusia hina..
  • kita sering gagal..
  • tewas..
  • lemah...

  • Berapa ramai manusia yang berasakan kurang yakin dengan diri sendiri??
  • Berapa ramai pula yang selalu merasakan mereka tidak bernasib baik seperti orang lain??..

Kita sering cemburu bila melihat orang lain berjaya..ada
  • Rumah mewah..
  • Kereta mewah..
  • Pakaian mahal..
  • Gadget hebat..
Siapa yang mahu jadi seperti itu kan...
Tetapi hakikatnya kita harus kembali kepada realiti kehidupan ini..kita memang telah ditentukan sebegitu sejak azali..memang benar tiada siapa yang mampu berubah diri kita jika bukan kita sendiri..tetapi jika kita sentiasa redha dengan apa yang Allah Taala sudah kurniakan kepada kita..kita akan sentiasa merasakan diri kita telah mencapai kemenangan..jangan bertanding dengan orang lain tetapi bertandinglah dengan hati kita sendiri..

Adakala..akal mengatakan TIDAK tetapi hati mengatakan YA..perbezaan pendapat ini selalu menyebabkan peperangan dalam diri..Apa yang harus kita buat?

Disinilah jawapannya
|
|
|
*V*

Cuba cermin diri..
  • dimanakah kita berada..
  • siapakah kita sebenarnya..
  • mampukah kita melakukannya..
  • Kuatkan kita @ lemahkah kita
  • Betul atau tidak jalan yang kita tuju
  • Tersesatkah kita
  • dan sebagainya

Jika kita masih belum menemui jawapan..
|
|
|
*V*

Tanyalah akal kita yang sempurna

Allah Taala mengurniakan akal yang sebaik2 kepada manusia..
maka jangan dicemari akal itu dengan perkara2 yang munafik..
Akal mengatasi hati..bila hati mula curiga..tanya akal..apa yang harus dilakukan..
dan sebaik2 jika akal juga berbelah bahagi dalam memberikan jawapan...
solatlah..kerana terdapat jawapan dikesemua soalan yang anda fikirkan..


Wassalam..

Sejarah dan Tragedi

Disebabkan last week saya telah terkena sendiri pukau seperti yang selalu sangat saya baca selama ini..maka dengan itu saya telah meluangkan masa mencari di internet doa untuk mengelakkan diri daripada ilmu sihir itu..kepada teman2..

Bacalah ayat ini :


“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

2. Ayatul Kursi

3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)
4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah SWT hindarkan dari apa jua bahaya.

Inilah amalan yang diterima oleh syarak.

Amalan menggunakan pandangan mata sehingga berlaku suatu proses pukau, jika dilihat pada pandangan syarak, kita dapati bahawa ada isyarahnya dalam as-Sunnah.

Antara lain Rasulullah s.a.w. ada menyebut tentang pandangan mata seperti dalam hadis (mafhumnya):

Ibnu Abbas r.a berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Bahawa pandangan mata yang mengakibatkan sesuatu keburukan adalah benar (boleh berlaku). Andainya ada sesuatu yang seolah-olah mendahului al- Qadar, maka didahului oleh pandangan mata.”

Dalam hadis lain Abu Hurairah berkata (mafhumnya): “Nabi pernah menyebut al-‘ain (pandangan mata) adalah benar (boleh berlaku).” (Sahih Bukhari Muslim)

Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam ulasannya tentang hadis-hadis ini menyebut bahawa pandangan mata seseorang itu ke atas sesuatu, boleh mendatangkan hasad dengki kepadanya, lalu ditemukan objek itu di samping tabiat buruknya muncul, boleh mendapat kemudaratan kepada yang dilihat.

Ash-Syanthiti pernah menyebut bahawa, jiwa-jiwa yang kotor mempunyai kesan yang kotor juga kepada yang dilihat.

Semuanya ini selari dengan apa yang disebut oleh Allah SWT yang mafhumnya:

“Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka tatkala mereka mendengar al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) itu benar-benar gila.” (Surah al-Qalam, ayat 51)

Ayat ini menjadi rujukan kepada hal-hal penyakit yang berpunca daripada pandangan atau renungan mata. Malah dalam beberapa hadis lain menga takan ‘unta boleh masuk ke dalam periuk kerana pandangan mata’. Maksudnya unta boleh mati, tapi disembelih dan dijadikan hidangan makanan.

Demikian peranan mata. Oleh itu hal-hal pukau memukau ini, termasuk dalam amalan yang tidak diharuskan oleh syarak. Lagipun digunakan ilmu pukau untuk tujuan keburukan seperti merompak, mencuri dan sebagainya.


My nots : thanks to rahsiaresepiku.blogspot..

Saya tertarik dengan entry ini..

Cara Untuk Mendapatkan Kembali Barang Yang Telah Di Curi





Untuk mendapatkan kembali barang yang telah dicuri oleh pencuri, hendaklah membuat seperti berikut:

1. Anda mesti mengetahui barang yang telah dicuri oleh si pencuri.

2. Setelah anda mengetahui barang yang dicuri, barulah anda membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali.


3. Setelah membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali, anda hendaklah pula membaca Qulhu Allahu Ahad sebanyak 7 kali.


4. Baca selawat Nabi 7 kali seperti dibawah ini.


5. Bacakan: Ya Allah sebanyak 3 kali.

6. Bacakan ayat dibawah ini sebanyak 119 kali.


7. Kemudian ucapkan seperti berikut dalam doa:


"Ya Tuhanku, aku minta supaya dikembalikan barang (Nama tuan punya barang) yang telah dicuri secepat mungkin".

Setelah anda lakukan mengikut cara-cara yang diterangkan diatas, InsyaAllah anda akan mendapat kembali barang yang telah dicuri.


Wasallam.


Berkongsi Doa dari CikGu Aliaazuan.


اللّهُمَّ أجِرْنِي فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَاخْلُفْنِيْ خَيْرًا مِنْهَا


"Ya Allah berilah gnjaran atas musibah yg menimpaku ini, dan gantilah dgn yg lbih baik drpnya.."

Seorg saudara ana penah dicuri wang oleh perompak. terus dia buat solat hajat, baca doa ni sbgai zikir sbnyak 1000x. tak smpat report polis pun, org kg dh buat tabung duit utk dia. Dgn izin Allah, Allah gnti blk duit dia 2 kali ganda drp yg kena curi tu...

Sorg kwn ana penah dicuri kreta kat sini, ana pun syor kat dia amalan yg sama.. tp slps buat, dia tetap report polis. Tak sampai smggu, polis jumpa kereta tu bersidai di tepi jln kat Perak..kunci masih ada tanpa sbrg kerosakan. Alhmdulillah dpt balik, smuanya dgn izin Allah. Yg penting kena yakin dgn amalan, insyaAllah Allah akan bantu. Wallahu alam.

my nots : tq to http://resepirahsiaku.blogspot.com..sori saya copy entry anda..info yang amat berguna..

Hati Saya Berbungeee...

Hari ni walaupun sedikit frust coz xdapat half day tapi hati saye tetap berbungeee seperti ini

|
|
|
|
*V*


..hehehe..saye rase seronok dan happy walaupun last week masalah datang bertimpe2..



Memule saye terjumpe seseorang yang tak ingin saye lihat lagi disepanjang kehidupan saye..
saye rasa sedih dan sakit hati..saye rase amat2 kecewa..saye anggap die parasit yang telah merosakkan kehidupan saye..
|
|
|
*V*
Ahak!..saye ibaratkan dia sebegini


Walaupun 2 3 hari saye tak ceriye tetapi akhirnya saye temui jawapannye..
saya akan terus berusehe untuk melupakan segale2nye.

Saye yakin Allah telah memberikan saye suatu kenangan yang bukan semue orang laluinye..
Saye pasrah dengan takdirnye dan saye telah renung kembali..ape sebenarnye akan terjadi jike saye bukan seperti dihari ini...
Jadi saya harus bersyukur kerane Allah Taala telah menentukan kehidupan
yang terindah sebegini buat saye..Hadiah diatas penderitaan yang saye lalui dahulu...
|
|
|
|
*V*

Makin berbungeee hati saye seperti ini

Akibat dari peristiwe itu, saye diserang demam selame due hari yang pada pandangan matanye sihat tapi segale urat2..sendi2 semue sakit2..
Namun dalam mase yang same kene drive juga G nilai coz ade dialog ngan KPM kot & attend kursus visual editing for two days.
.*kursus yang paling best pernah saye pergi..saye nak pergi lagi lain kali..

Pastu hari jumaatnye plak rantai kaki Allesya hilang..uuuwwwaaaa...termenung la kejap..
RM800 ++ tu..but i'm still redha..
Saturday..baru le saye perasan yang saye telah membank in duit for ASB ke akaun orang lain..setelah hampir 2 minggu baru saye perasan yang saye telah meberi free2 jer kepade
seorang hamba Allah yang saye sendiri tidak kenal..dalam erti kata lain..saya telah diPUKAU di Maybank Pandan Indah..
*jangan tak caye ye sbb mule2 saye pun tak percaye semue itu terjadi pade saye tetapi saye akhirnya terpaksa terime hakikat sebab saye tidak mengenali siape manusia itu dan yang hairannye..walaupun diborang still ditulis nama my hubby but no akaunnye
diatas name orang tersebut..
*moral of story..lain kali kalau nak G bank bawa duit riban2..bacalah ayat kursi dahulu sebagai pendinding sebab saye masih terkilan sampai kini kerane mengape ade manusiye sebegitu hine di muka bumi Allah ini..
Sanggup dan tergamak melakukan perkare sebegitu sedangkan diakhirat nanti..
nerake sedang menanti*ingat dapat masuk syurge ker kalau amik duit orang
tanpa izin + tidak dihalalkan dunie dan akhirat..

Tetapi semalam..saye G opis dengan tenang setelah bangun solat subuh
dan berzikir Asma al Husna..Alhamdullilah..Allah mempermudahkan urusan saye..
Gelang tangan Allesya telah ditemui kembali..bercahaye mate saye kerana akhirnye saye dapat semula walaupun harganye tidaklah semahal mane..

Allah memberikan saya akal untuk melaporkan kehilangan duit tersebut di bank walaupun harapan untuk mendapatkan kembali duit tersebut adalah amat tipis..
*for my hubby..don't worry..saye telah mengantikan wang tersebut dengan wang saye sendiri ye..

Kemudian saye telah G berpoye2 dengan kawan2 saye..hahaha *ayat tak bleh blah..mcm gatal plak bunyinye..dan saye telah terbeli 2 biji handphone N97 mini..kuang3..*teeetttttttt...
Mulot kene zip..takmo kecoh22..hikhikhik..

Itu menambahkan lagi hati saye berbunge2 jadinye seperti ini
..
|
|
|
|
*V*


Bile balik keje semalam..
melihat senyuman Allesya Nadia..hati saye lagi berbunge2..bagaikan setaman bungee berade dalam diri saye..seronok dan tenang jer..

Dan yang paling membuatkan hati saye lebih berbunge2..sebab esok pagi..sesudah subuh..
InsyaAllah saye dan my hubby and of cos with my lil princess akan menemui ibunda terchenta dan kami akan beraya bersama..*badan jer kat KL..hati dah balik pahang ni...
*My Hubby kate..saye kalau time nak balik pahang..mesti terus berubah menjadi ceriye..makan tak kenyang..tido pun tak lena..who's care..yang penting saye dapat pulang ke kampung halaman terchente...

Mak..tunggu kepulangan anakanda + menantuda serta cucunda ye..
Kami akan pulang mencari nasi minyak special yang dimakan
bersama rendang Opor..fuh!!mabeles sungguh..

Harap2 keseronokan saye ini akan bergande2 lagi yer..saye rase sangat2 teruje melihat perkembangan positif perniagaan online saye..terima kasih kepade yang menyokong AllesyaShop..Saye rase saye berjaye melalui kehidupan ini dengan sempurne..

To Mr. Khusairi : Anda adalah tulang belakang saye..yang sentiase menyokong saye..
Yang selalu memberikan saya kebebasan untuk bersuare..Anda tidak pernah mengongkong saye....Terime kaseh kerane memahani saye dan menerime saye seadanye...
Anda seringkali membantu saye saat saye terjatuh..dan bersedie memimpin saye bile saye tersesat..Saye tetap sayang anda sampai bile2.. Saye tahu..saye akan selamanye jadi
|
|
|
*V*
Princess dihati anda..hikhik..


Mis. Khusairi : Awak adalah chenta hati saye..saye suke awak sangat2..tiap2 hari saye jatuh cinte dengan awak..walau kemane saye pergi..saye tetap ingat awak selalu..terima kaseh kerane selalu menceriakan hidup saye..Awak akan tetap saye
|
|
|
|
*V*
cintai..(",)

To Alls My friend : Anda semua memang best..walaupun mak ayah lain2..datang dari negeri pun lain2..umur pun lain2..tapi saye gembira bersama anda..Anda sentiasa buat saya terhibur
walaupun ketika hati saye menangis..

Saye hadiahkan bunge ni untuk koranhg..Nah!! jangan berebut tau..share sikit sorang..Saye beli satu jer..nak beli bebanyak..semalam dah kopak sebab shopink..hahahaha
|
|
|
*V*




Saya suke hidup saye..saye amat seronok hari ini...chillll...(",)