Monday, May 21, 2012

Love

Sangat2 rindukan kamu ber-2....
Balik nanti nak hug & kiss uols tau..
Hidup saya sangat sempurna dengan adanya kamu...

LOVE...LOVE...LOVE...

Saturday, May 19, 2012

Majlis Makan2 Ironhead & Anak Yatim Rumah Shifa'

Alhamdullilah, dengan izin yang Maha Esa akhirnya Majlis Makan2 bersama Anak Yatim/Miskin Rumah Shifa' telah pun berlangsung dengan penuh meriahnya pada 13hb Mei 2012..
Akhirnya tertunai impian aku nak adakan majlis bawah khemah jika Ahli IHG mencecah 200 orang..
Walaupun petang tu ribut & hujan lebat, tetapi alhamdullilah..malam tu majlis berjalan dengan sangat lancar tanpa setitik pun hujan turun..

Seperti biasa, kek mengikut kesesuaian tekak aku..Pandan Layer In Da House..
Memula aku nak order kek red velvet tapi cancel sebab barulah aku tahu kek red velvet tu diperbuat daripada cheese yg mampu membuatkan ramai orang xmo makan nanti..

Anak Mazrul Khusairi buat perangai sebab Papa & Mama tak layan dia makan..kakaka...sangat cute dia bt camni walaupun sedikit menjatuhkan airmuka ku..Allesya Nadia..sape pun xboleh duga perangai dia..

Saya sangat sayang kamu Mr. Khusairi..(",)

Saya pasang benda ni last minit..itupun selepas puas fikir camne nak bagi dia tegak berdiri coz panelnya sudah rosak..akhirnya dawai jadi penyelamat..dan nampak tak mungee saya tu, kertasnya sudah basah sebab ia dipasang dalam hujan lebat sampai belon yg tergantung pun terbang..*kesian abang2 kejar belon xdpt..hehehe

Maaflah jika ada yang xdapat makan..kesilapan teknikal..makanan last trip sampai selepas tetamu pulang..Apapun terima kasih kerana sudi hadir walaupun
dalam keadaan kena berdiri, jalan sesak & tak berapa selesa

Senyuman lega sebab majlis berjalan dengan lancar sehingga ke akhirnya - TQ kepada tenaga kerja IHG yang cemerlang

Doa hamba2 Allah
Semoga Allah S.W.T mempermudahkan urusan kami & permurahkan rezeki kami..Amin..

Celebrate Mother's Day @ Restoren Rebung

12hb Mei 2012, kami G makan2 & Restoren Rebung, Bangsar..
Sempat bergambar dengan owner Restoren..Chef Ismail..nasib baik share partner dia takda..kalau tak, harus aku snap juga gambar dengan Datuk Sheikh Muzaffar..

Tempatnya xdalah besar sangat..tapi oklah cuma tak berapa selesa sebab bilik2..so, nak ambik makanan susah..maklumlah makan secara buffet, nak ulang alik G tengok makanan tu yg bt aku sedikit stress..

Tapi makanan dia sedap..biasalah, tukang masak popular yg turun dapur kan..
Standard price ala2 hotel gitu..RM50/sekepala..& makanlah selagi terdaya..
If makan secara ala carte, dia caj 10% kot..

Apapun..dinner ni untuk meraikan My Mum In Law yang dah lama teringin nak makan masak lemak daging salai Chef Ismail..
maybe next time leh dinner with Mr. Khusairi plak kan..kan..kan...

Thursday, May 17, 2012

Mummy To Be..

Sememangnya waktu saya preggy, berat akan naik berganda2..tengok...hidung pun dah kembang..badan memang tak boleh disangkal lagi..normal kan untuk ibu2...

To Papa : I tahu u risau berat i tak turun2 pas ni..kakaka..
Tengok wife u ni makan pun, i tahu u takut lepas i makan terus xboleh bangun kan..tapi i releks je sbb u juga yg kata, nak buat camne, dah mama mengandung..yg dalam perut tu pun anak papa juga..
So, lagi sebulan je i nak makan tanpa sempadan tau..& thanks coz xpernah halang i makan apa je yg i suka walaupun i tak dapat makan mee udang Mak jah *i takmo cakap banyak kali..sensitif..

Apapun..i sangat happy sebab boleh bagi u baby..(",)
Bukan semua orang Allah kurniakan anak dalam perkahwinan..so, i sangat bangga sebab ada princess2 comel yang berbintikan Mazrul Khusairi..ahaks!!!

Jangan sia2kan kami semua tau...
Kalau tidak nanti mama suruh Allesya tarik hidung, Baby geget telinga papa..kikiki


Allesya Nadia - Sweet 4th Years

Majlis kali ni sangat simple..langsung x planning..sebab tu kek dia readymade..semua benda tu beli kat Giant je..tapi sangat sweet sebab 1st time buat kat Ironhead Gym & Fitness...
Papa kata kita celebrate besday Allesya nak tak??aku ok je..So, Papa order behun goreng, aku pun beli barang2 sikit..sangat simple..tapi sangat manis untuk dikenang..

Kek aku beli kat King's je..tapi yg aku sangat2 suker sebab lilin no 4 tu..payah nak cari tau..simbolik untuk My Lil Princess yang dah berumur 4 tahun!!

Memang aku pilih kek perasa pandan layer ni mengikut kesesuaian tekak aku je..mula2 macam xhabis sekilo..tetapi hasil usaha semua rakan2 IHG menghabiskannya..tepat jam 12.00 malam, tinggal kotak ngan pisau je..TQ uols..

Tengok hadiah dia..wah!!wah!!..Mama, Papa & Maktok, Tok Su, Mak Su dia bagi mcm2..yg special sikit..nampak tak teddy Bear yg lebih besar dari dia..hadiah dari uncle Hadi..*dia xlarat nak angkat..inisiatifnya = tarik je telinga teddy bear tu..tido bukan dia yg peluk teddy bear tapi teddy bear tu yg hempap dia..hahaha

Doa Papa & Mama : Allesya Nadia, walaupun tak lama lagi jika diizinkan Allah S.W.T, kita akan hidup ber-4..tetapi kasihsayang mama & papa tetap tak akan pernah kurang untuk kamu..Mama & Papa cuma memohon semoga Allah S.W.T murahkan rezeki kita supaya kita dapat hidup ber-4 dengan penuh kebahagiaan & kegembiraan yang berpanjangan..
Selamat panjang umur sayang..Kami sangat2 menyayangimu..selamanya..

Friday, May 4, 2012

Allesya Nadia WIth Kek Besday

05.05 pada tiap2 tahun adalah hari yang sangat istimewa untuk Nur Allesya Nadia...Pandai dia pilih tarikh nak lihat dunia..senang papa & mama nak ingat...
1st besday celebrate kat kampung halaman papa dia..simple2 je..Laksa Telok Kechai, Sate & kuih muih..masa tu dia baru nak belajar berjalan..melangkah pun terhuyung hayang lagi..semua lutut orang dia peluk..penat berjalan..laju je merangkak..cepat sampai..hehehe..

Kek dia memang istimewa sangat2 lah..hasil jari telunjuk Mak Ayah & Mak serta bapak sedara dia..Yang tukang hulor duit..Mak Tok dia!!hehehe..
Princess with light pink..sangat sweet..
*Untunglah cucu sorang..minta apa pun tok nenek bagi..
Jangan kamu tak mengenang budi budi..akan ku cili2kan nanti tau!!

Tangan kena pegang nak tiup lilin..sebabnya..dia asyik nak capai lilin yang tengah menyala tu..

Close up sikit..RM200 siap dengan kepala Barbie tu..
Berat kek..4 kg..3 hari makan baru habis..
2nd Besday kami sambut kat rumah hijau je..itupun terkejar2 p beli kek sebab terlupa..siangnya tu G berpoya2 ke The Mines layan besday girl shopink..
Lepas tu baru teringat ada benda yang kurang..
Kami sambut bertiga je..walaupun xseberapa tapi penuh dengan kasihsayang..
Ah!!rindu sangat dengan saat begini..sama2 makan malam sambil menonton TV..

Yang ni kek murah je..kedai tu dah tutup separuh pintu kami serbu masuk..
So, beli je yang readymade..tapi kek dia sedap tau..

3rd Besday pun Allesya sambut di kampung halaman papa dia..yg ni pun alas kadar & last minit..Siang tu kami G shopink kat Thailand..balik dah senja..pastu dalam perjalanan nak G melawat Mak Tok, Tok Ayah dia nak sponsor beli kek..dia pilih sendiri nak yang gambar kartun..
Bukan kek je dia ambik..siap dengan belon2 lagi..
Kek dia comel..1/2 kg je pun..itupun xhabis..
Close up blue kek for 3rd besday...

Entry for 4th celebration besday..COMING SOON
F or u Allesya Nadia..Papa & Mama sentiasa belajar menjadi ibubapa yang terhebat untuk kamu..
Semoga kamu gembira berada bersama kami & tiada balasan yang kami minta..
Cukuplah sekadar kasihsayang dan penghormatan yang berpanjangan dari kamu sehingga kami menutup mata nanti..