Tuesday, February 22, 2011

Finally..BREAKING DAWN...


Dulu aku pernah tulis e3 pasal TWILIGHT STORY kan..dari 1st sampai yang last...memang xcited betul nak tahu sudahnya apa yang jadi dengan Bella...*jadi puntianak pun chumel..

So..meh kita check sinopsis dia..nak share ngan saper2 yang belum beli buku dia k..

Memula...
Bella sah bertunang ngan Edward..dapat kereta 'sebelum' kahwin ialah Mercedes Gurdian & 'selepas' kahwin..Ferrari..wah!!!kalaulah mmg ada kat dunia ni realiti camtu..kawin ngan puntianak pun sanggup kot..hahaha

Diaorang kawin ala2 dlm taman..tu semua adik beradik Edward iaitu Alice dengan pertolongan oleh Jasper & Emmet punya keje...Rosalie tetap tak mahu berbaik dengan Bella sebab Bella mengambil keputusan mahu menjadi puntianak selepas berkahwin..Bukan sahaja puntianak yang datang meraikan mereka tetapi termasuk Serigala Jadi - Jadian dan manusia biasa..

Dan kemudian Edward telah membawa Bella honeymoon kat Pulau Esme..Pulau ibu Edward yg dihadiahkan oleh ayah dia iaitu Carlisle..


Tengah honeymoon..Bella mengandungkan Renesmee...dia membesar dengan sangat cepat sebab dia 1/2 puntianak & separuh manusia..tumbesaran dia 1 hari bersamaan dengan 2 minggu...

So cute..Jacob panggil Reneesme dengan nama 'Nesis' (Raksasa laut)


I Love This Pic..

Reneesme sewaktu besar

Bella jadi puntianak semasa melahirkan Renesmee..sebab Renesmee dah patahkan tulang2 dia..so, Edward cucuk bisa puntianak pada jantung Bella untuk selamatkan dia..& 1st time Jacob terpandang wajah Renesmee..terus 'terimprin' plak..


Bella cuba menyesuaikan diri sebagai puntianak baru dengan memburu rusa & beruang gizzly..walaupun dia susah nak kawal diri daripada darah manusia tetapi dia tetap cuba sebab sayangkan ayah dia.

Puak Volturi datang ke Forks, selepas Irina..puntianak yang mengintip Bella untuk membunuhnya kerana dendam selepas jacob dan kawanan serigala jadi - jadiannya membunuh Laurent *kawan Irina ternampak Renesmee yang sedang berburu..lalu terus memberitahu puak Volturi tentang bayi puntianak...*undang2 Volturi tidak membenarkan puntianak mencipta bayi puntianak untuk melindungi rahsia mereka dari terbongkar..


Bella selamatkan semua puntianak daripada serangan puak Volturi...dia bleh menangkis semua serangan pengikut terhebat Aro iaitu Jane,Alec,Dementri & Felix dengan mengeluarkan perisai pelindung kerana hanya fikiran dia yang tidak mampu ditembusi oleh kuasa ghaib terhebat puntianak kembar iaitu Alec dan Jane *kuasa mereka mampu membunuh dengan hanya merenung pihak lawan..

Akhirnya Puak Volturi tidak dapat berlawan dengan keluarga Cullen kerana selain ada Puntianak2 hebat yang berkumpul dari seluruh pelosok dunia..mereka juga dilindungi oleh 16 ekor Serigala Jadian - Jadian yang diketuai oleh Sam..


Akhirnya mereka hidup bahagia untuk selama2nya..

And..tunggu tanyangan terhebat Part 1 dipanggung pada Dec 2011 & Part 2 pada Dec 2012


Monday, February 21, 2011

Restoren Anchalee..The best Thai Seafood..

Selama duduk kat KL ni..selepas Rai Thai Restoren..barulah aku jumpa satu tempat makan yang betul2 rasa mcm makan kat Thailand..restoren Anchalee..*mcm dah jadi restoren kesukaan kami...tomyam dia memang mabeles..korang jangan risau...layanan 1st class gitu..aku bukan nak promote pun..dan tak ada share pun ngan owner restoren tu..tapi memang makanan dia besh3..

Meehun dia betul2 ikut thailand..siap tabur kacang gorang lagi..dan yang paling spesel..tomyam original thai..korang boleh suggest nak pedas dia berapa %..kalau rasa tahan pedas..bleh cuba yg 100% spicy..huh!!very hot maa...licin semangkuk..

Tomyam putih original thailand..tengok dia pakai cili apa..nampak jer tak menarik..sedap tau..

Meehun peberet papa & allesya

Licin sepinggan kongsi berdua *gambar blur sikit...

Tempat dia..belakang Giant Taman Coughtnout..jangan risau..memang halal walaupun semua tak fasih berbahasa melayu..lebih mudah kalau korang speaking jer time nak order..takut plak minta benda lain..lain plak yg dihantarnya...

Papa tengok jer anak dia berlari

Selepas makan..saper2 yang ada anak2 tu..bleh la bersantai2 kat playground dia..besr juga & sangat2 besh sebab tak ada orang..tempat bersih dan selesa..

Cantik juga tempat dia..

Dia sangat2 gembira..

~ kamu memang anak yang baik ~

Selalunya Allesya akan perhatikan apa yang aku buat..dan adakala bila papa tak boleh tunduk sebab baru lepas injection steriod..aku akan pakaikan dia stokin before G keje..

1st time learn & discovery

Now..anak dia plak nak test buat camtu walaupun papa dia kata tak payah..dia punya aksi tu bukan saja buat aku gelak besar..papa dia pun sama..mulut bising bila tak berjaya nak pakaikan stokin tu..dia kata kaki papa besar..tak muat...hahaha...

"Kaki papa besar..tak muat la"..kakaka..

Masih belum berjaya..

Papa tak tahan nak gelak tengok gelagat Allesya

Selepas hampir 10 minit..nampaknya papanya kena pakai stokin tu sendiri..takper sayang..gud obs..next time bleh try again k..u memang la gud girl..sangat2 membantu dan boleh berjasa..semoga kamu menjadi anak yang baik sehingga ke akhir hayat kami ye sayang..we love u so much!!

Ini budak selalu kasi mama geram...

Tengok gelagat Allesya..memang menghiburkan..semua complete..nak gelak..geram...adakala kalau dah terover sangat..boleh naik angin aku dibuatnya..


Tapi bila mood dia baik..memang tersangat la seronok..nak bergambar macam ni..kena tunggu dia kenyang..tak mengantuk dan happy..kalau tidak..jangan harap...muncung jer tarik muka..

Tak tahu nak cter apa..kita layan ajelah pic2 ni..mama snap time G bawa dia jalan2 pusing KL..date dah tak ingat..dah lama sangat terperam dalam mama punya HP...

Tunggu papa basuh kete..cuba lihat kain lampin dia..tetap kena bawa kemana pun dia pergi..takda kain tu..nanges guling2 tu..mama dan papa tak tahu dah nak buat camner bagi hilang obses dia pada kain tu..

Mama pun nak join juga..

Kami kawan paling kamceng tau..

Allesya sedang gudmood..

Dia posing begitu hasil tunjuk ajar papa..

Dia berjaya mengotorkan sehelai t-shirt yg berwarna putih

Tengok kaki tu..wah3..eksen kamu yer..

Smile...

Baby Of ..


Semalam G Hospital Ampang..tengok Siti Kamariah dah bersalin pada hari ahad..walaupun due dia hujung bulan..tapi disebabkan masalah heartbeat baby sedikit slow..so..kena induce tp akhirnya tetap kena operate juga..
Ni keje auntie2 yang balut..langsung tak berseni...

Alhamdullilah..semuanya selamat..& si chumel tu agak baik sebelum auntie2 yang hyperactive ni sampai..usik sana sini hinggalah dia melalak geram..hehehe...sori la yer..auntie geram nengok pipi bambam tu..

Disebabkan belum ada nama..kami panggil baby of Siti Kamariah jer..kakaka...congrats to both of u..selamat menjadi papa & mama..& selamat berjaga malam..hihihi

Sunday, February 20, 2011

Poker Face

Ada yang xtahu ker poker tu apa??Ala..mainan yg selalunya dimonopoli oleh kaum lelaki tu..kalau dah taksub sangat boleh menjurus kepada judi..ha..yg tu la..yang dok baca kad tu..ada macam2 no..kalau kat komputer..lebih kurang macam main solitare..

Korang tau tak..penyakit tu dah berjangkit kat aku..tiap2 hari mesti nak lawan..selalu aku lawan ngan mat2 dan minah2 salleh..kalau ngan geng2 indonesia..diaorang ni suker hack aku punya FB..i dah terkena u..ada ciput jer chips dalam tu..tapi diaorang kaut abis..jenuh la pastu nak dapatkan balik ongkosnya..dulu memula main...aku belasah table kecik jer...tak reti main langsung..malang giler nasib aku..sekali menang..sepuloh kali kalah...ada masa tu..kalah terus...sekali pun tak merasa menang...

Lelama aku belajar dari sifu..tapi ada masa aku bengongs juga...Sifu aku kata...AK & KA tak ada beza..tipu la u...AK paling besor la wei..tadi aku kalah 500k tu..sebab all in bila kuat KA..padahal mamat tu ada AQ jer...hahaha..nyesal sampai sekarang...

Memang nampak sedikit melampau aku cter pasal benda ni kan..tapi sebenarnya aku nak bagitahu korang..main benda ni boleh meransang minda tapi dengan niat..nak main semata suker2..bukan nak jadikan ia sebagai judi dan sebagainya...

Kalau kat office..aku memang suker main solitare bila stress..sebabnya...otak kita akan releks bila fikir camner nak susun daun tu..dia sama mcm org2 yg suker main soduku...chess..dam..kena gunakan fikiran kalau rasa nak menang..so..jangan salah anggap plak yer kekawan..

Apapun...aku memang dah tergolong dalam orang2 yang takkan boleh tinggalkan sehari pun tanpa poker..selalunya kami ikut turn..adakala sampai gaduh2 juga berebut laptop..dan yg pasti aku dah semakin mahir nak baca daun...besh3!!

Sunday, February 13, 2011

Moga Ada Rezeki..

Badan sudah seram sejuk ni..makan pun belum..pagi tadi sempat minum segelas cocoa colagen jer..perut i sebu..otak pun sudah gagal berfungsi dengan baik..tadi sempat main poker 3 round.pastu mengantuksss..huahuahu..SPA..please la give me your result..jangan ler mendera perasaan aku sebegini rupa..seksa wei...

Aku menunggu dah terus menunggu..setia sungguh aku berada didepan PC hari ini...langsung tak bergerak..duduk bertakafur dari masuk keje tadi..now dah nak lunch pun aku masih disini...

Kata hari ni jawapan kuar..kot2 luck valentine day..bleh la aku menarik nafas lega..moga2 ada rezeki kami..Papa pun dah nak interview 2hb/3 ni..good luck sayang..pasni kot2 u bleh terjun sungai..daki bukit..merangkak dalam semak sebab nak tangkap penjenayah kan..i tahu..u memang dah lama idamkan Unit Narkotik tu..lebih daripada orang2 lain yg mengidam nak masuk UTK..hihihi..Buat yang terbaik yer..i selalu doakan semoga u selamat dunia akhirat dan dimurahkan rezeki serta dipanjangkan umur..

Well..releks yer hati..moga2 pasni i boleh panjat meja n terjun..tu la nawaitu i kalau dapat keje tempat lain..apa jenis niat ni..tapi memang i akan buat..dah lama pasang impian bleh balik duduk kampung..KL bukan temapt i..langsung tak sesuai dengan jiwa..

Dulu time bujang..memang kalau orang offer KL..i akan cakap YES!! tapi now..comfirm i cakap NO!!!..seksa & sukar nak bagitahu bagaimana KL ni memberikan aku banyak sangat kisah suka duka..sekarang sudah tiba masanya aku kuar dari sini demi Allesya Nadia..KL tak sesuai dengan dia..

Aku takmo anak aku rosak akhlak disini..memang aku memberikan dia yang terbaik..tapi aku tak mahu arus pembangunan moden menjadikan dia yang educated but no moral..aku nak dia seimbang dunia akhirat..belajar setinggi yang boleh & berpegang teguh pada ajaran agama dan tatasusila..

Ya Allah..kuatkanlah hati hambaMu ini..aku betul2 merayu dan bermohon..semoga ada rezeki kami sekeluarga sepertimana Kau permurahkan dan permudahkan segala urusan kami selama ini..Amin...

Monday, February 7, 2011

KISAH CINTA KITA


TELAH AKU CUBA BAHAGIAKAN KAMU
TELAH AKU CUBA MEMAHAMI DIRIMU

SELALU DAN SELAMANYA HANYA ADA KAMU

BUKAN CUBA MEMBINA SENGKETA
TETAPI KAMU HANYA MILIK AKU

AKU MEMANG TERLALU MENYINTAI KAMU

TERLALU INDAH PERASAAN ITU
TAK MUDAH UNTUKKU MENJAUH DARIMU


MASIH SETIA MENYINTAI KAMU

SETELAH SEGALANYA TERMAKTUB DISITU
TIADA APA YANG DAPAT MENGHALANG AKU
MENYAYANGIMU

TIADA AKU PEDULI SIAPA YANG HADIR

AKAN AKU TANGKIS SEMUA YANG MENDATANG

AKU CUMA MAHU KAMU SELALU


BANTULAH AKU MENGHARUNGI PERJALANAN ITU
TEGAKKAN TIANG BAHTERA KITA
DENGAN PENUH RASA CINTA
HAPUSKAN SEGALA SENGSARA
KERANA KITA ADA DIA

BENTANGKAN SEJADAH SAAT BERDUKA
MOHONLAH DOA SAAT GEMBIRA

AGAR KITA TETAP BERSAMA
SELAMA-LAMANYA..