Thursday, February 11, 2010

Goverment...like a diamond now..

Kerajaan..kini ibarat seperti mutiara..amat mahal untuk menempatkan diri di dalam sektor awam. Dan sesiapa sahaja akan terus menganggukkan kepala jika ditawarkan menjadi pekerja kerajaan..

Dahulu..bila sebut bidang kerjaya dalam kerajaan, majoriti rakyat malaysia mencebikkan bibir..buat apa bekerja dengan sektor kerajaan..Just buang masa..gaji sikit sangat..Tak cukup makan.

Gaji permulaan P1T1 hanya RM656.30 sebulan (itupun setelah gaji dirombak semula).Elaun rumah RM180 dan Elaun khidmat awam hanya RM95.00. Jika dihitung, ditambah semuanya..ditolak dengan KWSP..kadangkala ada yang buat potongan SOCSO..Tabung Haji...ASB..dan sebagainya..gaji bersih tidak sampai RM1000.

Itu belum dikira tolak duit kereta, sewa rumah, barang keperluan dan sebagainya..lebih perit jika berkeluarga..isteri surirumah sepenuh masa..anak ada 3..

Tapi itu dahulu..zaman kegemilangan bagi pekerjaan sektor swasta. Semua orang berlumba - lumba mahu bekerja kilang. Boleh dapat duit lebih. Ada elaun makan, elaun kenderaan, elaun lebih masa..ibarat kata pelbagai nama elaun yang ada..memang pekerja swasta lebih senang dari pekerja di sektor awam.

Tapi setelah gaji kakitangan awam dikira semula..dah kenaikan sebanyak 35% telah diluluskan oleh kerajaan pada tahun 2007, ramai pekerja swasta yang beralih kepada sektor kerajaan. Ramai pula yang berlumba - lumba untuk mengisi borang jawatan dalam kerajaan.

Ibubapa pula lebih senang memiih menantu di dalam sektor kerajaan. Alasannya masa depan terjamin. Gaji pun ada, perubatan, cuti dan sebagainya senang nak dapat. Yang paling penting senang nak buat personal loan..Nak beli rumah, kereta, motor dan sebagainya boleh guna rate goverment..

Jika dilihat di kampung - kampung..makcik2 , pakcik2 sibuk bertanyakan bakal menantu bekerja sebagai apa. Dan bakal2 mak mertua pun dah tak malu - malu nak bagitahu menantu bekerja kerajaan. Cuba bila bakal menantu bekerja swasta..mesti jawapannya.."Alah...kerja kilang jer"..(itupun dengan nada yang sedikit sedih)

Itulah dikatakan lumrah kehidupan...memang pada dasarnya kini sektor kerajaan menjadi satu peluang pekerjaan yang amat ditunggu2 oleh semua. Dan ada sesetengah tempat pula dalam kerajaan ini..yang pakai 'kabel' untuk masuk..atau lebih senang dikatakan..pakai orang besar2 yang berpengaruh..orang dalam..kaum kerabat & sebagainya..Dan ada disesetengah tempat pula..memang kalau ikut susur galurnya..semua kaum keluarga jer yang bekerja disitu.

Ada anak saudara..mak saudara..bapa saudara..pakcik..makcik..adik beradik dan sebagainya...

Ahh...itulah trend masa kini..dan siapa pun tidak peduli semua itu..yang penting..selagi belum menutup mata..kerja..kerja..kerja...



No comments:

Post a Comment