Wednesday, February 11, 2015

Bersama Khusairi's Part 1

Hehehe...amboi tajuk. Sure teruja kan. Ni cter minggu lepas...sebab aku dapat rasakan yang entry ni akan panjang..so, aku bahagikan. maklumlah ni cter untuk 3 hari uols...haruslah kisahnya melebihi 3km. 

15hb/1/2014...mak mertua aku call betul2 pukul 6 pagi. Aku agak dah mesti ada emergency kes..Takkan saja2 nak call semata2 nak tanya aku masak apa pagi tu kan. Lainlah kalau mak mertua aku xda keje.. So, bagi anak dia angkat...sebab aku takut kalau kes betul2 kecemasan..aku kejong xbercakap plak kang. Maklumlah aku ni adakala lemah semangat boleh tahan juga.

Betul la seperti yang aku jangkakan...rupa2nya adik ipar aku xcident. Katanya langgar lari. Orang jumpa dah pengsan, muka penuh dengan darah. Alhamdullilah, masih bernyawa...Disebabkan aku kelam kabut pagi tu bergaduh dengan Allesya lambat bangun nak pergi sekolah, aku xdalah amik tau sangat. Lagipun...laki aku call...adik dia dah ada dekat HKL. 

Tengahari, dalam pukul 3, papa whatsapp gambar adik dia..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
*V*

Seram giler time tengok gambar ni...

Terus dia ajak aku pergi. Baik bos...saya yang menurut perintah. Terus isi borang kuar pejabat...Balik rumah siap2..Berpeluh aku dibuatnya. Sudahlah aku masih dalam pantang..Semua kena sopan santun. 

Lepas Allesya balik sekolah, terus gerak. Kuala Lumpur ni kalau tak kereta berderet memang tak sah la. Tambah lagi time orang berebut nak balik keje. Nak melepaskan diri dari Ampang tu pun nak makan masa. Mak mertua aku call..cakap terus pergi rumah dia kat setapak. Kalau pergi hospital pun bukan boleh tengok sebab dia duduk ICU. Lagipun hari dah petang rembang...risau plak dia cucu2 dia pergi hospital time mcm tu. Faham2 je la..HKL tu kan macam2 ada..^_^

Sampai dalam pukul 8.00 mlm. Korang bayangkan la berapa la kami harung jem. OMG!!Macam nak balik kampung dah mcm tu punya lama duduk dalam kereta. So, makan2 dulu..ingatkan nak pergi dalam pukul 11 mlm..tapi nasihat orang tua2 kena dengar..xpayah pergi bawa budak2..bahaya. Papa nak pergi juga malam tu. Sibuk kata dia tak tengok lagi... Aku dah jeling2...mulut berbisa juga tu. Kira nak fire orang je keje dia..Sibuk dok kata itu adik dia. Habis tu, adik dia bukan adik ipar aku...sama je kan...
Geram tau!!!

Sebab dah tak pergi, kitaorang balik je. Aku janji dengan dia, esok aku temankan dia pergi tengok. Siap offer diri ajak merempit lagi. Terlupa plak diri dalam pantangkan. 
Mula2 dia bugdet macam bawa superbike...padahal LC je pun...baru sampai Ampang...aku rasa sakit perut mencucuk2...pastu salahkan aku sebab nak merempit. Eh!mamat ni kan...bukan aku dah kata ke..bawa elok2. Jangan langgar lubang. Ingat sama orang belakang...
Pastu baru terasa sayang bini. Bawa motor romantik sangat la plak..sampai aku menguap..Lantak la yunk..janji sampai.


Tak kira dimana, kemana, bagaimana..pengorbanan & kasih ibu tiada penghujung.
On the sport sampai lepas tahu anak xcident.

Best naik motor sebab boleh parking terus depan wad..hahaha...macam kita sorang je ada motor kan. Dapatlah tengok. Alhamdullilah, dah ok sikit. Tapi still tido sebab on drug.



Lama juga la melepak..Takda budak2 aman sikit..Kalau tidak...duduk kira orang kuar masuk je la kat kaunter guard tu..sebab budak2 dilarang masuk. Stress aku.

Balik tu, papa ajak mak & adik2 dia makan dekat Nasi Kandar Yasiin. Oklah tu..sebab aku pun dah kebulur. Lepas makan..orang yang naik kereta sila la jalan dulu. Kami yang merempit ni lepak dulu tunggu hujan berhenti. Kami la pasangan paling romantik sebab dating tepi jalan. Puiiiii!!!!!!
Padahal dalam hati...bila boleh balik ni...Penat wei...kira dalam kepala nampak bantal je ni. 


Dengan budak muka ganas ni la aku terjebak dating tepi jalan...hahaha

Sampai rumah pengasuh..angkut anak naik motor je. Bersempit2 la kami berempat orang. Naik umah, jirus badan..usung tilam depan TV...terus hanyut. Anak2 berkeliaran...Aku dengar hujung2 telinga je diaorang bergaduh main Playdoh..suka atilah nak buat apa. Yang penting mama boleh bermimpi sampai ke bulan. 

Esok kita sambung...

2 comments:

  1. salams zu, allahuakbar, teruk eksidennya...

    ReplyDelete
  2. Wsalam kak...kena langgar lari kak..tapi skunk dah ok dah...

    ReplyDelete