Saturday, November 5, 2011

Esok Raya Ke??

Esok raya ke??..eh! taklah..sapa kata??..Eh!! betollah..esok raya..cuba kembangkan telinga tu seluas kuali 36"..kan kat masjid orang tengah bertakbir tu..Apalah ko ni..itulah natijahnya tido sampai petang...opss!!nak buat camne..terlajak plak..maklumlah..angin sepoi2..sejuk je..

Apa itu raya??nak je aku sengkek kepala ni..jangan tanya soalan camtu boleh tak??dah berapa lama hidup ni..takkan raya pun tak tahu..

Tahun lepas tahulah maksud raya tu apa sebab dapat balik raya..kali ni macam nak tanya kawan2..wei korang..RaAYA TU APA??
Sebabnya --->
AKU TAK DAPAT BALIK RAYERRRRRRRRRRRRRRRRRRR...UUUWWWAAAAA...

Ceh!!!macam budak2 tak dapat choki2 la plak...tolong jangan buat drama king pada petang raya ni ok..hehehe..sebenarnyakan..aku sedang menyedapkan hati sendiri...maklumlah..sudahlah tak dapat balik raya...baju raya??memang takdalah jawabnya...

Tadi jiran sebelah tanya..BANYAK BUAT KUIH RAYA???...Aku rasa macam nak meraung wooo..mana datangnya kuih raya kalau langsung tak ingat pasal raya..

Pagi esok, menunya..roti bakar dengan jem kacang lady's choice..emmm..yummy2..makan berdua dengan Mr. Biceps..sok aku akan buat spesel sikit resepi tu dari hari2 biasalah..maklumlah..rayer kan..nampaknya kena tambah banyak sikit cinta + kasih sayang..

Masih dalah dilema ni samada sok nak bangun awal iaitu sebelum subuh @ tidak..yelah..selalu kalau raya mmg macam tu sebab tolong mak kat dapur..tapi tahun ni kalau aku bangun awal pun..nak buat apa ye??takkan nak online sebelum ayam berkokok tu..ada orang nak layan ke???

Takpelah..malam nanti baca jampi serapah dulu..mana tau akal datang..susah2 sangat...bangun sembahyang ishtiharah..mana tau dapat petunjuk nak bangun kol berapa kan...

Allesya plak Mak Tok dia dah kidnap bawak G Dengkil..walaupun tak dapat balik kampung sendiri..esok aku + Mr. Biceps akan beraya sebagai 'PENDATANG' ke rumah sewa adik ipar aku kat Dengkil..Maka esok, kami akan buat macam rumah tu rumah kami sendiri..beraya makan nasi bungkus...hahaha..sangat heaven..*saja menyedapkan hati kan..

Tapi better dari raya 2 tahun lepas, sebab beraya kat HUKM..Malam raya, dah packing baju, xcited nak balik kampung tetiba Allesya muntah 14 kali tak berhenti..hohoho..sudahnya pagi raya kami makan mee goreng mamak yang berharga RM7 sebungkus..sangat mencengkik darah...

Untuk kawan2 blogger yang seronok dapat balik beraya makan lemang + ketupat + kuih raya tu..Tahniah ye..untuk kawan2 yang mengalami nasib yang sama macam diri ini..marilah sama2 kita menyanyikan lagu DENDANG PERANTAU..Takpe..nak makan lemang, banyak jual tepi jalan..Dari Gombak..sampai Pelabuhan Klang..Selori pun boleh beli..Jangan sedey2 tau walaupun aku dah mengalahkan orang yang duduk kat oversea..hati sayu je sebab tak dapat makan rendang mak...

Sape2 yang rasa kesian kat diri ini..silalah tapau & hantar ke KL ye..Sebagai upah diatas keprihatinan kalian..aku kasi peluk cium laju2...(",)

No comments:

Post a Comment