Berangan memang mudah..bukan kena bayar..kan..kan..kan tapi untuk merealisasikan apa yang kamu angankan tu sangat2lah sukar..tak mampu nak petik2 jari je..kenyit2 mata pun tak boleh..
Tapi :) *senyum lebar sampai mata juling..heheheh
IHG - IRONHEAD GYM & FITNESS..
I LAP U LAH..
Mari kita tengok suka duka disebalik terbinanya IHG ni..
Masa ni kedai pun belum dapat..nak dapatkan sikit punya seksa..bukan mulut je penat bercakap..tenaga, duit..semua keluar bagaikan air..
Sebab tulah bertapa gigihnya abang ni buat banner sendiri sebab nak jimat budget
Bermula dengan pergi KPDNKK Putrajaya register company...menapak jalan kaki tengah panas terik dengan sharepartner...
Selepas wiring..tu pun guna khidmat kawan lama time sekolah SMJ dulu..*jimat kos lagi..
Maka kami pun mulalah shopink sikit2 apa yang patut..
Cat kedai je dah boleh buat downpayment bayar motor..
Bila minta murah..jawapannya..BIASALAH KL...
Sound System kami guna khidmat kawan lama juga. Soundman from MUBARI..Kalau rasa nak bergegar kepala mehlah dtg IHG dengar lagu dengan 4 biji speaker 12"..(",) *dulu time mabuk teruk, setiap kali dtg IHG aku muntah...siap menangis sebab aku rasa bunyi speaker tu macam bom jatuh dari langit..hahaha
Tambah2 bila pasang lagu omputih yg bila sekali dengar sebiji macam tengah maki orang..
Rubbermat + Karpet hampir mencecah 5 angka..
Bagi aku itu satu pembaziran..tapi sebab memang terpaksa..aku relakan diri menghulurkan cheque kepada supplier dengan muka tak berapa nak senyum..
Kerusi antik tu, angkut dari rumah hijau je *jimat lagi..
Sebulan survey tempat buat banner murah, akhirnya dptlah tempat yg ambil 0.45sen/sekaki..kalau tak..bila congak2..makan ratus juga nak buat benda tu...
Alhamdullilah..
Changing room antik kami buat guna playwood tau..nak upah supplier, dia cekik sampai 1K sebiji..*jimatkan..Cat pun sendiri..TQ Dedi Cool (",)
Dan yang paling aku suker, kaunter kayu jati tu..beli 2nd hand..hahaha..jangan
pandang dia buroks tau..4 org angkat baru bergerak tu..berat....
Selepas semuanya selesai, sementara menunggu barang yg masih belayar dari negara China, kami buat doa selamat & makan ajak org taman depan tu..
Lauk simple2 je, aku masak kira2 2 minggu selepas dioperation..dibantu oleh kawan2..
Thanks Uols..Alhamdullilah, semua habis licin..
Inilah hari terjadinya bila barang sampai..Kucar kacir satu kedai..
Kontena dikunci pakai PADLOCK MADE IN CHINA..1 jam baru berjaya dibuka..itupun hasil usaha pembuka kunci IMPORTED FROM INDONESIA *kesian pekerja indon tu, berpeluh buat keje tengah panas..
Semua barang diangkat, dipasang & disusun memakan masa hampir 20 jam..
Equipment Heavyweight tu semuanya dilakukan secara manual oleh Abang2 Badang..
Takut tengok diaorang angkat..memang powerful..
Satu barang 400kg, 6 hingga ke 7 org baru boleh angkat..
*TQ2 semua..
& Sangat terharu walaupun selesai kul 3 pagi, sanggup lagi menerima ajakan kami makan2 di Restoren yang hampir nak tutup kalau tak diserbu oleh mereka2 yang sememangnya kepenatan..
Kini, hampir sebulan beroperasi, sememangnya kami langsung tidak menyangka..
Allah S.W.T menurunkan rezeki yang melimpah ruah..
3 bulan kami bersabar..berendam airmata...keluar masuk hospital..Stress...
Tidur hanya 4 - 5 jam..
Akhirnya...KAMI BERJAYA!!!!!!!!!!!!!
Notschumels : Terima kasih kepada saudara mara, sahabat handai dan kepada sesiapa yang terlibat dalam pembinaan IHG..
Doa kalian mengiringi perjalanan hidup kami..
Hanya Allah S.W.T mampu membalasnya * sangat terharu..
No comments:
Post a Comment