Saya memandu dengan penuh berhemah tau
Pukul 7 pagi..nyaman je sedut udara dikelilingi sawah padi (",)
29.02.2012, Saya bangun kul 6 pagi sbb nak pergi kursus ke Nilai. Tengahari, My MIL call bagitau, datuk saudara Mr. Khusairi tenat..Memandangkan kami je yg belum menjenguk arwah semenjak dia uzur, mmglah ada perancangan nak balik tu..Kebetulan Mr. Khusairi cuti tanpa rekod selama 14 hari..tapi bukanlah dalam waktu ON THE SPORT..
Malam, tengah close account untuk bulan Feb, My MIL call bagitau arwah dah meninggal..so, decided nak balik jugalah coz mungkin sempat tengok arwah untuk kali terakhir sebelum dikebumikan..
Pencapaian semasa memandu, cuba berlumba dengan train yang menghala ke uatara..
Mr. Khusairi sudah tidur.kalau tidak jangan haraplah nak buat macam ni..hahaha
Punyalah tidur sesungguh hati, sampai kampung sendiri pun dia tak sedar
Lepas tutup kedai & settle semua benda dalam pkul 1 pagi, terus balik rumah, panjat tangga sampai tingkat 8..kemas barang , check kereta & gerak dalam pukul 2.30 pagi..
Mata mengantuk tp perut tersangatlah lapar, so layan Mr. Khusairi drive sambil2 cari R&R..
Sampai Tapah, berhenti makan Mee Gorang yang buat aku meloya..tak tahulah rasa apa..tapi mmg XSEDAP..
Lepas tu, meneruskan perjalanan..kiranya aku berjaga sampai pukul 5.00 pagi, pastu lelap sekejap sebelum tukar driver kul 6.30 pagi..Oklah 1 1/2 jam mampu bt mata aku segar semula..
Terima kasih kepada My Racing Car..kerana membawa kami pulang dengan selamat dan anda sungguh baik hati kerana bergerak lancar tanpa kami terpaksa tidur ditepi highway..
Memang I Lap U sangat2lah..
Sampai Kuala Kedah pukul 8 am, terus siap2 pergi rumah arwah... elok je sampai org baru nak mandikan mayat...Mr. Khusairi pun yg mmg nak sangat2 berjasa pada arwah buat kali terakhir, sama2 tolong mandikan, kafankan, sembahyangkan dan kebumikan arwah...Tengok dia mmg letih, tapi dia kata puashati dpt bt semua tu..
Nampak tak mamat yg pakai baju t-shirt hitam tu..
Itulah Mr. Khusairi..sangat comel tengok 1st time pakai kopiah..
Tiba2 fall in love with him..hehehe
Lepas kebumi, kami G makan tengahari di rumah Mak Su..sebab tunggu catering lambat sampai, aku terlelap jugalah atas sofa..hahaha...tak dapat menahan rasa dah..kelopak mata tak boleh angkat..
6 tahun yg lalu, dia masih sihat walafiat ketika menghadiri perkahwinan kami
Semoga Arwah Tuk Teh bersemadi dengan tenang disana..
InsyaAllah..doa kami sentiasa mengiringimu..Amin
Ini arwah Tuk Teh perempuan, dia meninggal 3 bulan sebelum Tuk Teh lelaki..
Maknanya genap 100 hari pemergiannya, suami tersayang pula yg menyusul..& mereka dikebumikan berdekatan diantara satu dengan yang lain..Inilah namanya sehati sejiwa...
Lepas makan, kul 2 pm..balik rumah..salin baju, buka aircond & ZZZZZZZZZZ sampai maghrib..
Maknanya jika dikira dari pukul 6 am 29hb, sampai kul 2pm 1 Mac 2012, aku berjaga selama 30 jam..
Hebat ker???Nope..nak tertiarap adalah..
Letih tapi untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah...semua tu boleh tolak tepi..
Notchumels : Tak dapat lagi nak makan nasi carrot mabeles dgn rendang hitam arwah Tuk Teh..
Tiada siapa jugalah yg nak sediakan serunding udang & daging sebagai makanan wajib waktu sahur...
Tak boleh dah nak ngada2 minta arwah masakkan apa saja yang tekak terasa nak makan..
Yang ada..Hanya kenangan bersama kalian
No comments:
Post a Comment