Alhamdullilah, dengan izin yang Maha Esa akhirnya Majlis Makan2 bersama Anak Yatim/Miskin Rumah Shifa' telah pun berlangsung dengan penuh meriahnya pada 13hb Mei 2012..
Akhirnya tertunai impian aku nak adakan majlis bawah khemah jika Ahli IHG mencecah 200 orang..
Walaupun petang tu ribut & hujan lebat, tetapi alhamdullilah..malam tu majlis berjalan dengan sangat lancar tanpa setitik pun hujan turun..
Seperti biasa, kek mengikut kesesuaian tekak aku..Pandan Layer In Da House..
Memula aku nak order kek red velvet tapi cancel sebab barulah aku tahu kek red velvet tu diperbuat daripada cheese yg mampu membuatkan ramai orang xmo makan nanti..
Anak Mazrul Khusairi buat perangai sebab Papa & Mama tak layan dia makan..kakaka...sangat cute dia bt camni walaupun sedikit menjatuhkan airmuka ku..Allesya Nadia..sape pun xboleh duga perangai dia..
Saya pasang benda ni last minit..itupun selepas puas fikir camne nak bagi dia tegak berdiri coz panelnya sudah rosak..akhirnya dawai jadi penyelamat..dan nampak tak mungee saya tu, kertasnya sudah basah sebab ia dipasang dalam hujan lebat sampai belon yg tergantung pun terbang..*kesian abang2 kejar belon xdpt..hehehe
Maaflah jika ada yang xdapat makan..kesilapan teknikal..makanan last trip sampai selepas tetamu pulang..Apapun terima kasih kerana sudi hadir walaupun
dalam keadaan kena berdiri, jalan sesak & tak berapa selesa
Senyuman lega sebab majlis berjalan dengan lancar sehingga ke akhirnya - TQ kepada tenaga kerja IHG yang cemerlang
No comments:
Post a Comment