Tuesday, August 6, 2013

Syawal 2013



Hari ini insyaAllah hari terkahir ramadhan 2013..Alhamdullilah sebab tahun ni aku dapat sempurnakan ibadah dengan jayanya..dan lagi membanggakan..segala makanan yang terhidang atas meja untuk suami dan anak2..adalah hasil air tangan aku sendiri uols..mula2 puasa je jejak PARAM..tapi setiapkali pergi mesti sentap..so, amik keputusan better buat sendiri..

Kalau korang tengok aku berkawan rapat dengan En. Google pasal nak masakan hidangan sedap2..memang kelakar tau..habis samsung aku kena cili, kena kunyit, kena tepung..ada satu hari tu, nyaris dia termasuk dalam gulai kari..Fuh!!urut dada aku..

Itu belum lagi korang tengok aku bersilat nak buat kuih lopes...Gigih giler aku sehari suntuk nak siapkan kuih tu! Serik tu xda la..tapi kalau nak makan..aku rasa better beli je la..Xmampu aku nak membuatnya..step kena betul..kalau tidak..lopes tak jadi..jadilah Pulut Hijau yang terpaksa dimakan menggunakan sudu...OMG!

Tahun ni memang nak bagitau ikhlas..xda baju raya..sebabnya, kami xbalik beraya..Bermusafirlah kami di Hulu Langat tahun ni...bertapa aku rindukan rendang mak aku..tapi apakan daya..diatas sebab2 yang xdapat dielakkan...terpaksalah menahan diri...Anak2 je sempat bertukar baju..xpa, dah tua2 ni semangat raya tu menurun dah pun..yang ada cuma rindukan suasana berkumpul adik beradik...Sayu je hati ni...

Tadi dah telefon mak aku..dia buat rendang, pulut kuning dan macam2 lagi la..Akak aku je tak semenggah..dia nak buat nasi lemak pagi raya..Kau dah kenapa??Kot ye pun mengigau..tunggu la hari lain...Sempatlah bergaduh sekejap dengan dia..hahaha...Poyo kan..Kami memang camni..bila bercakap ayat mana pernah teratur..ikut la yang mana dulu kuar dari mulut..gelak macam mafia tapi air dicincang xkan putuskan..

Okeylah..Sempena hari baik bulan baik ini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dah maaf kepada semua saudara mara dan kenalan..xkira dimana anda berada..Jika selama ini ada kekhilafan..maaf zahir dan batin dipinta..Selamat Hari Raya Aidilfitri..Semoga syawal ini memberi seribu pengertian kepada anda semua..Kepada yang berhajat dan datang kerumah..bagitau awal2..bolehlah saya masak apa yang patut sebagai juadah sempena hari raya sebab saya hanya ada 6 jenis kuih je..itupun semua ditunjuk dan bayar...hehehe...

Pesanan Ikhlas : Berhati2 dijalan raya..Ingatlah keluarga yang tersayang

No comments:

Post a Comment