Thursday, February 20, 2014

Carrot Cake

Setelah 32 tahun hidup..baru skunk ni la aku rasa teruja sngat nak belajar membaking. Tiap2 hari buka Youtube dan baru la aku tahu banyak sangat rupanya nama cake ni...Selama ni pun aku bukanlah peminat 
cake tegar pun..asal ada je aku belasah..xda pun xapa..Setakat nak makan sekeping tu kedai kek pun berlambak..tunjuk je la...

Jumaat lepas, aku temankan kawan nak pergi beli kipas..maklumlah musim panas...ternampaklah oven murah..less RM100..apalagi..terjebak samala..
Bila bawa balik haruslah suami akan tanya bila oven tu nak berfungsikan..takkan beli nak letak dalam kotak je..Jadi, aku pun mula la rajinkan diri..untuk pertama kali xkan aku nak buat kek yang merumitkan jiwa plak...dahlah nama bahan2 dia pelik2..bagi aku la..maka, kita buat kek yang bahan2 dia murah, pastu senang..sebab kalau xjadi xdalah terkilan sangat nak letak dalam tong sampah..


Aku buat Carrot Cake uols!!serius teruja..45 minit aku bertapa depan oven..berdebar2..takut tak jadi..comfirm laki aku gelakkan...tapi sesungguhnya dengan doa dari mula menyagat karot sampai la adunan tu diletakkan dalam oven telah dimakbulkan..sudahlah naik cantik je..rasa dia OMG!!Hahaha..moist giler..manis2 buah & memang sedap! Ini bukan sedap sebab aku buat..ini memang dah resepi dia macam tu..


Rupa memang la tak berapa nak semenggah..jangan hina dia..dah memang rupa dia macam tu..tapi apa erti cantik luaran kalau dalamannya hampehkan? Lebih baik buroks rupa asalkan dalamannya sentiasa mengagumkan...

Yang lebih menyentap naluri keibuan sebab Airis boleh habiskan beberapa slice..oh!terharu..
Next projek kita cuba kek lain plak..

Resepi Carrot Cake 

Tepung gandum 2 cawan
Baking Powder 2 camca
Soda Bikarbonat 1 camca
Serbuk kulit kayu manis 1/2 camca
*Diayak

Telor 3 @ 4 biji
Gula Perang 1 cawan
Minyak Jagung 1 1/2 cawan
Esen vanila 1 camca
Karot yang sudah diparut
Kismis / Badam
* Kacau je dengan senduk

Tuang dalam loyang & masak dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 165 degree selama 45 minit..Siap!!

Senang sangat kan..macam main pondok2 je..^_^

No comments:

Post a Comment