Monday, October 10, 2011

Fighting till my last breath

Perkara yang paling tidak seronok didengar, dilihat dan dialami telah pun berlaku dalam hidup saya..tapi Alhamdullilah, saya dalam proses untuk menjadi orang yang paling tabah dalam dunia ini walaupun saya tewas juga...dan akibatnya..ini yang saya dapat..
|
|
|
|
|
|
|
|
*V*
Sukur kerana Allah S.W.T masih beri saya peluang untuk sedar semula dan bernafas seperti biasa...
Syukur kerana masih ada orang yang berada disisi saya saat saya terbaring kaku..
Syukur kerana masih ada orang yang ambil berat menghulurkan bantuan bila saya memerlukan...


Saya lupa yang saya memang tak boleh stress terlampau
SEBAB BILA JADI MACAM NI,
Saya lupa bila kali terakhir saya makan..
Saya langsung tak ingat bila kali terakhir saya tidur
Saya juga tak tahu bila kali terakhir hati saya rasa bahagia
Saya langsung tak ambil peduli tentang keselamatan diri saya..
Saya langsung xtahu bila kali terakhir saya senyum..

TAPI....Saya nekad, saya akan terus berjuang sehingga ke titisan nafas saya yang terakhir..

Saya juga manusia biasa..punya hati sehalus zarah...tak termampu menanggungnya jika tiada siapa yang menyokongnya...

TETAPI ALHAMDULLILAH

Saya masih punya keluarga yang tak jemu2 bagi saya semangat...yang sentiasa berusaha buat saya ketawa semula..yang sentiasa ada untuk menyapu setiap airmata saya yang gugur..yang akan bersama saya berjuang untuk mempertahankan semua hakmilik saya...

To All My Family + My Family In Law : Mak, Ayah + Lan + Lin
Saya sangat sayang kamu semua..jika kamu semua sanggup menghadapi saat2 sukar ini bersama saya, saya juga nak kamu semua tahu, saya sanggup mati untuk kamu semua..
Suami Yang Saya Sayang + Allesya Nadia....
Hanya kamu berdua inspirasi hidup saya..penyokong terhebat dalam hidup saya buat masa ini..Saya akan lumpuh dan terkujur kaku umpama hidup ini sudah tidak bererti tanpa pelukan kasihsayang daripada kamu..

Saya akan cool down bila Papa kata.."Tabahkan diri & Allesya kata "Mama..jangan menangis"..
so sweet sayang (",)

Saya tidak akan berganjak walau seinci pun...saya akan terus berjuang dan berjuang...saya mahu menjadi pejuang yang terhebat di abad ini..

NotChumels : TQ pada suami sebab memberikan bantuan secepat mungkin.
TQ pada jiran2 sebab hadir menjenguk walaupun hari sudah lewat malam..
TQ untuk driver ambulans sebab datang secepat yang mungkin..
TQ untuk petugas ER HUKM kerana prihatin..
TQ untuk Doktor Nurul kerana ehsan anda memberikan rawatan kecemasan yang terbaik..
TQ kepada Polis DiRaja Malaysia sebab menyediakan ambulans untuk anggota & keluarga, yg bersedia bila2 masa sahaja..tidak kira waktu dan tenaga..
Saya sangat menghargai semua jasa anda..


No comments:

Post a Comment