Thursday, January 15, 2015

Mangsa Banjir

Aku bagaikan terkena sumpahan untuk update blog je hari ni...Hahaha...Ini bukan misi balas dendam...tapi tetiba macam eh!lamanya aku tak bercerita. kan..kan..kan

Pertama aku nak ucapkan takziah pada mangsa2 banjir kat pantai timur. Sedih aku tengok ada yang kelaparan. Harta benda hilang. Musibah yang menimpa tu kita tengok dengan mata kasar je..yang menanggung tu...

Aku nasib baik tak sihat je..Kalau x, mungkin xsempat lagi aku updated cter dalam blog ni...entah2 skunk aku kat kuala krai tengah ikut misi bantuan banjir. Perasaan nak membantu tu ada...cuma kesihatan tak mengizinkan. So, aku bagi je la sedekah setakat yang termampu. 

 Memang teruk banjir kali ni. Ini gambar nak masuk ke kampung aku. pertamakali dalam sejarah la air naik sampai macam ni. Dah tu mak aku plak buat hal...telefon canggih dia tu xda line..maklumlah jenama nokia old school. aku call dari risau jadi nak marah pun ada. Masa banjir tu aku morning sickness teruk..susah hati sampai tak lena tido la call xdpt2..

Yang buat aku tenang sikit sbb abang aku ada dekat2 area rumah mak. Incase apa2 jadi aku tau ada orang yang boleh bagi bantuan. Walaupun memang aku tau la umah aku xterkena banjir...tp bkn itu yg aku risaukan. Aku risau mak aku tak makan je. Mana tau air banjir naik...bekalan makanan tak sampai. Nak makan apa. kalau orang dulu2 ada simpan ubi kayu dalam gobok...rumah mak aku tu..mana celahnya nak datang ubi kayu. Gobok pun xda..tak tau la kalau mak aku dah standy simpan ubi kayu bawah katil sebelum banjir..hahaha...apa kejadahnya nak bawa ubi kayu masuk bilik tido....macamlah rumah xda dapur..


Ini gambar yang anak sedara aku tangkap. Itupun selepas seminggu air naik..memang terputus hubungan rupanya. Pastu abang aku redah balik juga nak 4x4..Nasib baik la memang dia pakai kete mcm tu. Kalau harapkan persona aku tu yang nampak rim je lawa tapi naik tak boleh ramai2 nanti mendap rapat ke jalan tar..mau mati tengah jalan nak harung banjir camni...

Tapi kalau aku ada kat kampung time ni...siang malam aku mandi...hehehe...bila masa nak merasa main air banjir..Dok KL ni, banjir lumpur banyaklah...itupun bercampur dengan najis kumpahan. Tengah2 berenang, kayu balak berketul2 melintas depan mata...yark!!!dasyat imaginasi aku kan...


Pastu ni kat rumah akak aku kat pekan. Dia whatsapp suruh hantar bantuan sardin...kakaka...kalau pos laju boleh sampai...aku dah hantar dah...hahaha...rumah dia pun selamat. Alhamdullilah...tiap tahun memang banjir tapi air takat tangga je la. Cuma tahun ni je air mencecah tangga yang ke - 3..Selalunya tangga yang pertama je pastu surut. Tu la, dulu mak dah pesan...jangan buat rumah dekat ngan Sungai Pahang. Degil. Kan dah kena tido kat sekolah time banjir...


Time banjir pun releks je dok umah siap boleh sidai kain baju lagi. Anak sedara aku siap mandi bola dalam banjir. Berenang2 seronok main air. 


Tapi ini rumah mak mertua akak aku. Betul2 sebelah rumah dia..mereka kan berjiran. Kesian..nasib baik roboh sikit je. Kalau roboh semua. Bertabahlah wahai hamba Allah..semua ini musibah...semua yang terjadi ada hikmahnya...Redhakan diri..


Aku juga nak ucapkan tahniah & terima kasih kepada Geng Hulu Langat Bersatu. kebanyakannya geng2 abamsado gym & Lan Typwriter telah buat misi bantuan banjir ke Jerantut & Pekan. 
Dari A sampai Z semua diaorg handle. Cari dana, kutip sumbangan, pergi bg bantuan. 
Semoga Allah merahmati perjuangan kalian.

No comments:

Post a Comment