Wednesday, January 14, 2015

Miscariage ditahun baru

Tahun ni dimulakan dengan episod duka dalam hidup aku. Tanggal 01.01.2015, aku miscariage..
Hati memang redha tapi mental tetap tercalar. 1/2 jam aku menangis dalam bilik air sambil merenung hamba Allah yang belum sempurna. Tangan mengigil2 hantar whatsapp kat laki aku suruh balik sebab turun darah tak berhenti. Time2 aku sakit & memerlukan dia tu la..dia kena pergi keje. 
Imaginelah perasaan aku masa tu. Sorang2 hadap benda yang tak pernah terjadi. 
Sedih kan..kan..kan...Pengalaman itu mendewasakan..

Susah rupanya nak jaga diri dalam pantang jika miscariage..secara jujurnya jaga diri berpantang lepas bersalin lagi senang. Sebabnya, sudahlah badan masih lemah sbb turun darah banyak. Letih & tak bermaya. Mental, emosi semua celaru. Sedih & nak menangis sama banyak..Tapi terpaksa juga gagahkan diri. Kalau tak sabar tu yang ramai jadi gila meroyan tu...Takmau aku..
Kang ada je alasan tetiba laki minta nak kawin lain...puiiiii....hahahaha..

Makan sama je macam pantang bersalin..lauk ikan bilis ngan nasi putih...tapi dalam keadaan terkenang2 baby yang dikendong dah xda...agak2 sape la yang boleh berselera macam orang kebuluran...Kalau orang kain tak tau la..tapi memang orang tu bukan manusia macam aku...nampak je garang..dalam hati ada paya bakau ni...sikit2 airmata mengalir..hbs tu acaner..

Kali ni aku berpantang advanced sikit...aku blend halia + kunyit + Bawang besar + lada hitam. Adalah rasa buang angin dalam badan tu. Sbb semua tak bersedia. Tungku takda.. 


Pati halia pun nasib baik kedai mamak tu ada jual Itu pun dah berapa zaman minyak panas tak laku. Kotak penuh berhabuk. Tapi dari bersalin anak pertama memang aku suka pakai pati halia je sbb aku allergic dengan minyak panas dalam bentuk cecair. 

Bengkung bersawang!!
Malam buta aku buat kerahan tenaga paksa laki aku cari bengkung dalam stor. Bengkung ni aku beli sebelum bersalinkan Airis lagi. Rege boleh tahan la tapi selesa sangat pakai..Tak payah nak terjerut sana sini..sorang2 pun boleh handle...Kalau bengkung lilit2 tu..dengan mak aku je dia boleh sabar..kalau ngan laki aku...mau aku cari gaduh...dia jerut sampai aku tak boleh bernafas..Ada je peel dia nak mengenakan aku...

Sape tak kenal buah manjakani...angkat tangan..rupa memang tak semenggah tapi bagus untuk dalaman perempuan.
Habis dapur aku selongkar cari balik manjakani dah dah tersimpan dari tahun 2012. itupun baki aku berpantangkan Airis dulu. Tapi sbb tak lalu nak kunyah...aku rendam je dalam air panas...sampai hari ni dah masuk hari yang ke 14, aku masih minum air rebusan manjakani...lelama macam sedap la plak rasa dia..hahaha...Gilerkan!!!

Yang paling sedih..MC seminggu je...ni kena usulkan kat parlimen ni minta tambah MC bg org pantang keguguran. Memang la nampak sihat..tambah lagi orang yang tak reti duduk diam mcm aku ni. Ni kalau ada orang ajak lumba lari 100 meter ni..ada harapn boleh menang lagi walaupun kaki berbungkus ngan stokin...tapi dalaman...macam ayat laki aku...BADAN NAK PAKAI LAMA WOOOOO..Pantang la betul2. Lepas habis tu lantaklah nak tunggang terbalik pun..xda orang nak kisah...

Jadi terpaksa la aku berbungkus pergi keje. Berstokin..berbengkung..bersweater...makan la biskut mayat je kat opis...makcik cafe masak semua yang aku tak berani nak makan. Sila la tabahkan diri.
Lagi 16 hari je. Aku nekad nak berpantang makan sampai 30 hari. Biarlah seksa sekejap..pasni tu baru nak cari bidan utk berurut.
Ingat nak bertungku tapi xda la plak. Aku suruh juga adik2 gym yang suka mandi kat Sungai Congkak tu tolong amik batu seketul bawa balik nak buat tungku. Laki aku tetiba je misai jadi mcam Wak Doyok...menentang sekeras2nya tak bagi. Kata dia berhantu...Susah hati dia kalau tetiba tengok aku gelak sorang2..Baiklah tuan..saya yang menurut perintah padahal dalam ati geram pun ada...tak faham aku...hidup cara moden pun...percaya lagi hantu2 ni...


Jamu untuk berpantang kali ni aku makan Jamu Mak Dara Gold je. Ikut je yang ada kat Hulu Langat ni. Beli je la..dah search kat Google, ramai yang kata ok. Bagi aku biasa2 je..takda la meletops sangat pun. Macam jamu2 lain juga..Janji makan jamu je. Takkan aku nak mengiling rempah ratus bagai plak tengah pantang ni kalau nak yang berkhasiat sangat. Tak koser la aku...Ingat nk bagi perabis dulu...pasni baru beli Jamu Maharani..
Yang ni aku suka. Memang best...tak tahulah herba cina apa yang dia bubuh dalam tu tapi selama aku makan dulu...memang puashati la...Badan panas..segar je..tak letih..kulit ok...yang dalaman tu haruslah kan..faham2 sendiri sudah..

Tapi disebabkan miscariage ni la..berat aku turun mendadak. Tak tahu la sebab Jamu Mak Dara atau bengkung beautiful atau pati halia atau memang sebab aku tak lalu nk makan. Seluar yang fit pun dah longgar. Pinggang bertukar size..baju yang dah hampir setahun aku tak pakai...pakai pun longgar. yang berlapis2 SIX PACK kat pinggang tu semua dah hilang...Semua ok!!!Mesti korang xcaya sebab aku pun xcaya. 6 kali sehari tengok cermin..hahaha..

Dalam2 banyak kisah duka kehilangan anak diawal tahun...badan jadi langsing tu je la yang boleh buat aku hepi skit...yang lain...tetap jadi kenangan. Thanks to mu loving husband sbb sentiasa disisi saat susah dan senang..Dia tau aku sedih...sbb aku tau dia pun menangis dalam diam...9 tahun kawin...aku kalau dia menangis aku jeling ngan ekor mata je. Nak pujuk tak berani..Kang tetiba emo lebih dari aku payah la plak. Caya la cakap aku...orang yang muka bengis, misai rimbun, badan ketak2 ni..tapi dalam ati ada rama2 tau. Jujur sangat ni...ada juga yang kena halau tido luar pasni...kakaka

To anak mama
Mama redha sayang. Walaupun kamu belum sempurna...tapi kamu tetap anak papa & mama. Kami sayang kamu. Tunggu papa & mama disana tau. InsyaAllah kita akan berjumpa juga nanti.
Kenangan bersama kamu tetap kekal dalam ingatan mama. Selamanya.

No comments:

Post a Comment