Tuesday, March 6, 2012

Dalam Kenangan

Hanya tinggal kenangan

Gambar paling sweet..diusia emas, masih mesra berpimpin tangan...Masih sudi tolong menolong diantara satu sama lain...*oh!touching...

Aku memang tak pernah story tentang arwah Tuk Ayah..
Datuk kepada Mr. Khusairi..tapi bila belek2 CD kahwin, teringinlah plak nak publish kisah dia disini..

Kiranya aku sempat mengenali dia hanya selama 5 tahun...1st jumpa tengok muka memang takut gilerlah..Tak senyum langsung...memang semua orang kata dia garang..maklumlah polis pencen..tapi dengan aku, dia selalu cakap lembut2...mungkin dia tahu cucu menantu dia ratu airmata kot..hehehe..takut plak banjir Taman PKNK tu kalau dia kuatkan suara..

Dia selalu cerita, dulu dia jadi polis masa zaman komunis..Gaji masa tu RM90 je..Jalanraya semua tanah merah..sangat susah tapi dia dapat besarkan anak2 sehingga berjaya..
Aku mmg suka dgr cerita yg bermotivasi macam tu sbb aku pun masa kecil2 dulu sgt susah..
Tapi sayang, umurnya tidak panjang...

6 tahun dulu, dia merestui perkahwinan kami berdua..

Sempatlah dia merasa pegang cicit dia yang pertama..seronok sungguh dia terima ahli keluarga baru, Allesya Nadia je yg tak berapa nak mesra..asyik nak angin je bila Tuk Nek dia nak sayang..

Suka tengok gambar ni walaupun aku kenal Arwah Tok Ayah & Mak Tok je..

Arwah pun meninggal dunia tanpa disangka..masuk ward sebab nak operate, tetapi lepas operate BP terus low mendadak..kami pun tak sempat jumpa..balik tengah malam..sampai kedah kul 5 pagi..& berjaga sampai lewat petang selepas memberi penghormatan terakhir..

Walaupun menumpang datuk suami je, tapi aku menangis sampai bengkak mata jugalah..dan memang sama2 merasa kehilangannya..
Al - Fatihah

Hanya Tinggal Kenangan

Saya memandu dengan penuh berhemah tau
Pukul 7 pagi..nyaman je sedut udara dikelilingi sawah padi (",)

29.02.2012, Saya bangun kul 6 pagi sbb nak pergi kursus ke Nilai. Tengahari, My MIL call bagitau, datuk saudara Mr. Khusairi tenat..Memandangkan kami je yg belum menjenguk arwah semenjak dia uzur, mmglah ada perancangan nak balik tu..Kebetulan Mr. Khusairi cuti tanpa rekod selama 14 hari..tapi bukanlah dalam waktu ON THE SPORT..

Malam, tengah close account untuk bulan Feb, My MIL call bagitau arwah dah meninggal..so, decided nak balik jugalah coz mungkin sempat tengok arwah untuk kali terakhir sebelum dikebumikan..

Pencapaian semasa memandu, cuba berlumba dengan train yang menghala ke uatara..
Mr. Khusairi sudah tidur.kalau tidak jangan haraplah nak buat macam ni..hahaha

Punyalah tidur sesungguh hati, sampai kampung sendiri pun dia tak sedar

Lepas tutup kedai & settle semua benda dalam pkul 1 pagi, terus balik rumah, panjat tangga sampai tingkat 8..kemas barang , check kereta & gerak dalam pukul 2.30 pagi..
Mata mengantuk tp perut tersangatlah lapar, so layan Mr. Khusairi drive sambil2 cari R&R..

Sampai Tapah, berhenti makan Mee Gorang yang buat aku meloya..tak tahulah rasa apa..tapi mmg XSEDAP..
Lepas tu, meneruskan perjalanan..kiranya aku berjaga sampai pukul 5.00 pagi, pastu lelap sekejap sebelum tukar driver kul 6.30 pagi..Oklah 1 1/2 jam mampu bt mata aku segar semula..

Terima kasih kepada My Racing Car..kerana membawa kami pulang dengan selamat dan anda sungguh baik hati kerana bergerak lancar tanpa kami terpaksa tidur ditepi highway..
Memang I Lap U sangat2lah..

Sampai Kuala Kedah pukul 8 am, terus siap2 pergi rumah arwah... elok je sampai org baru nak mandikan mayat...Mr. Khusairi pun yg mmg nak sangat2 berjasa pada arwah buat kali terakhir, sama2 tolong mandikan, kafankan, sembahyangkan dan kebumikan arwah...Tengok dia mmg letih, tapi dia kata puashati dpt bt semua tu..

Al - Fatihah..menuju ke perjalanan terakhir
Nampak tak mamat yg pakai baju t-shirt hitam tu..
Itulah Mr. Khusairi..sangat comel tengok 1st time pakai kopiah..
Tiba2 fall in love with him..hehehe

Lepas kebumi, kami G makan tengahari di rumah Mak Su..sebab tunggu catering lambat sampai, aku terlelap jugalah atas sofa..hahaha...tak dapat menahan rasa dah..kelopak mata tak boleh angkat..

6 tahun yg lalu, dia masih sihat walafiat ketika menghadiri perkahwinan kami
Semoga Arwah Tuk Teh bersemadi dengan tenang disana..
InsyaAllah..doa kami sentiasa mengiringimu..Amin

Ini arwah Tuk Teh perempuan, dia meninggal 3 bulan sebelum Tuk Teh lelaki..
Maknanya genap 100 hari pemergiannya, suami tersayang pula yg menyusul..& mereka dikebumikan berdekatan diantara satu dengan yang lain..Inilah namanya sehati sejiwa...

Lepas makan, kul 2 pm..balik rumah..salin baju, buka aircond & ZZZZZZZZZZ sampai maghrib..
Maknanya jika dikira dari pukul 6 am 29hb, sampai kul 2pm 1 Mac 2012, aku berjaga selama 30 jam..
Hebat ker???Nope..nak tertiarap adalah..
Letih tapi untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah...semua tu boleh tolak tepi..

Notchumels : Tak dapat lagi nak makan nasi carrot mabeles dgn rendang hitam arwah Tuk Teh..
Tiada siapa jugalah yg nak sediakan serunding udang & daging sebagai makanan wajib waktu sahur...
Tak boleh dah nak ngada2 minta arwah masakkan apa saja yang tekak terasa nak makan..
Yang ada..Hanya kenangan bersama kalian

Murahkanlah Rezeki Kami

Tiada apa yg dapat dikata selain daripada ucapan Alhamdullilah...syukur kepada Allah S.W.T..sebab melimpahkan rezeki kepada kami..
Memang langsung tak terduga, kehidupan kami berubah dalam sekelip mata..Betul sangat2 jika ita pegang kata2 ini "Allah tidak akan merubah nasib seseorang tu, melainkan dia sendiri yang merubahnya"
Terima kasih kepada semua yang menyokong usaha kami ini..Hasil sumbangan andalah kami jadi begini...Dalam masa hampir dua bulan, nampaknya rezeki tu lagi melimpah ruah..
SYUKUR ALHAMDULLILAH..

Notschumel : Hari ni AB Machine, the latest design sampai..sape2 yg teringin nak cuba, datanglah ke
IRONHEAD GYM & FITNESS, BT 14, NANDING, ULU LANGAT, SELANGOR

Cinta Hati Saya (",)

Dia dah take over tempat saya..
Dalam rumah dia asyik berkepit dengan Papa..
Dalam kereta pun nak duduk depan dengan papa..
Makan duduk sebelah papa..
Tidur pun dengan papa..
Ibarat kata, semuanya papa..tapi kalau papa marah, mama jugalah yg dia cari..

Semenjak mengandung ni, adakala sensitif lebih, selalu bergaduh dengan dia sebab berebut papa..kakaka...
Habis tu asyik terpinggir je, nak juga manja2 dengan papa...tapi apakan daya, dengan Allesya Nadia tu, cakaplah macamana pun..dia memang pandai cari alasan..buat penat mulut je bergaduh dengan dia..takda maknanya nak menang..
Papa dia memang menangkan dia..ayat yg bt mama geram "Mama ni, dengan anak pun taknak mengalah"..pastu boleh plak kan..siap tepuk2 tangan dengan papa dia sebab menang..Grrrr.....

Apapun..inilah cinta hati saya..Saya akan tenang apabila bangun pagi, melihat mereka berdua masih menjadi milik saya...
Dan apabila mereka masih beradu, saya akan kiss kedua2nya dengan penuh kasih sayang..ahaks!!!!
|
|
|
|
*V*
"HEAVEN"

Dulu Lain --- Sekarang Dah Lain


Semua barangan princess tu, hasil sumbangan Tok Ayah dia..

Dulu pantang nampak barangan Princess..
Beg, kasut, baju, mainan, wallet..mesti kena cop gambar Puteri tu..
Kalau diizinkan beli, agaknya dia dah angkut dengan kedainya sekali..
Sangat Fanatik...
Tapi..
Dia juga berubah mengikut zaman..
Skunk inilah benda yang dia tak boleh tengok
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
*V*
TADA

Baju, seluar, kasut, beg, bantal, buku kaler2, mainan..semuanya ANGRY BIRDS
Memang tak boleh tengok langsung..comfirm nak beli!!!
Lepas ni minta sape2 yg cipta benda ni...saya nak request..boleh tak cipta..
ANGRY MAMA plak...
Hahaha..
Allesya Nadia..awak selalu buat mama ketawa sendiri..

Sunday, March 4, 2012

Bukan M.A.L.A.S

Dah lama tak menulis..bukan malas tapi memang sangat2 sibuk..xda masa nak mengarang bahasa2 puitis..FB pun dah lama x berjenguk..yaho.Mail dilupakan terus..password pun kena buka kitab baru tahu..

Adalah org bagitahu, kena pakai BB ni..hahaha..
Tolong beri saya 5 sebab je nape saya kena beli BlackBeri tu sedangkan saya nak guna pun tak tahu..
Giler punya naif aku nak faham fungsi benda alah tu..
Veranganlah juga nak up sikit beli iPhone..tapi tengok Galaxy Tab pun dah separuh jakun..
Apa kes aku nak seksa otak fikir pasal benda yg canggih2 tu..
Akhirnya X6 aku tu jugalah yg menjadi pojaan hatiku..

Tapi adalah benda yg aku nak update nanti..
Kisah IRONHEAD yg makin berkembang & mengembang seperti tuannya..*tuannya tak boleh stop nak makan..nak bt camne kan..

Juga kisah tak tidur selama 23 jam sebab balik Kedah tanpa dirancang selepas dapat berita Datuk Saudara Mr. Biceps telah kembali kepada PenciptaNya..
Citer jalan2 sambil menghabiskan duit ke Padang Besar & Kisah tiap2 hari kami kena survive nak balik umah panjat tangga hingga ke tingkat 8.

...SEMUA ITU COMING SOON...

Notchumels : Pagi ni saya dengan selambanya redah jammed G keje padahal xtahu shift kul berapa..tp nampaknya tekaan saya tepat.Memang saya kerja shift PAGI..YEAHHHHHHHHH!!!!!!!!

Thursday, February 16, 2012

Sumber Inspirasi

Dialah sumber inspirasi kami..saat kami hampir tersungkur...mengerah kudrat mencari rezeki dengan penuh kepayahan dan kepenatan..
Dialah yang menjadikan kami kuat untuk terus berdiri..

TANPA DIA
Papa & Mama mungkin tidak akan sentiasa tersenyum begini..

Kerana dia jugalah, kami meniti kebahagiaan ini dengan penuh kesyukuran

We Love u Allesya Nadia
&
Baby (",)

Suka Duka Membina IHG


Berangan memang mudah..bukan kena bayar..kan..kan..kan tapi untuk merealisasikan apa yang kamu angankan tu sangat2lah sukar..tak mampu nak petik2 jari je..kenyit2 mata pun tak boleh..

Tapi :) *senyum lebar sampai mata juling..heheheh


IHG - IRONHEAD GYM & FITNESS..
I LAP U LAH..

Mari kita tengok suka duka disebalik terbinanya IHG ni..

Masa ni kedai pun belum dapat..nak dapatkan sikit punya seksa..bukan mulut je penat bercakap..tenaga, duit..semua keluar bagaikan air..
Sebab tulah bertapa gigihnya abang ni buat banner sendiri sebab nak jimat budget

Bermula dengan pergi KPDNKK Putrajaya register company...menapak jalan kaki tengah panas terik dengan sharepartner...
Selepas wiring..tu pun guna khidmat kawan lama time sekolah SMJ dulu..*jimat kos lagi..
Maka kami pun mulalah shopink sikit2 apa yang patut..
Cat kedai je dah boleh buat downpayment bayar motor..
Bila minta murah..jawapannya..BIASALAH KL...

Sound System kami guna khidmat kawan lama juga. Soundman from MUBARI..Kalau rasa nak bergegar kepala mehlah dtg IHG dengar lagu dengan 4 biji speaker 12"..(",) *dulu time mabuk teruk, setiap kali dtg IHG aku muntah...siap menangis sebab aku rasa bunyi speaker tu macam bom jatuh dari langit..hahaha
Tambah2 bila pasang lagu omputih yg bila sekali dengar sebiji macam tengah maki orang..

Rubbermat + Karpet hampir mencecah 5 angka..
Bagi aku itu satu pembaziran..tapi sebab memang terpaksa..aku relakan diri menghulurkan cheque kepada supplier dengan muka tak berapa nak senyum..

Kerusi antik tu, angkut dari rumah hijau je *jimat lagi..
Sebulan survey tempat buat banner murah, akhirnya dptlah tempat yg ambil 0.45sen/sekaki..kalau tak..bila congak2..makan ratus juga nak buat benda tu...
Alhamdullilah..
Changing room antik kami buat guna playwood tau..nak upah supplier, dia cekik sampai 1K sebiji..*jimatkan..Cat pun sendiri..TQ Dedi Cool (",)

Dan yang paling aku suker, kaunter kayu jati tu..beli 2nd hand..hahaha..jangan
pandang dia buroks tau..4 org angkat baru bergerak tu..berat....


Selepas semuanya selesai, sementara menunggu barang yg masih belayar dari negara China, kami buat doa selamat & makan ajak org taman depan tu..
Lauk simple2 je, aku masak kira2 2 minggu selepas dioperation..dibantu oleh kawan2..
Thanks Uols..Alhamdullilah, semua habis licin..

Inilah hari terjadinya bila barang sampai..Kucar kacir satu kedai..
Kontena dikunci pakai PADLOCK MADE IN CHINA..1 jam baru berjaya dibuka..itupun hasil usaha pembuka kunci IMPORTED FROM INDONESIA *kesian pekerja indon tu, berpeluh buat keje tengah panas..

Semua barang diangkat, dipasang & disusun memakan masa hampir 20 jam..
Equipment Heavyweight tu semuanya dilakukan secara manual oleh Abang2 Badang..
Takut tengok diaorang angkat..memang powerful..
Satu barang 400kg, 6 hingga ke 7 org baru boleh angkat..
*TQ2 semua..

& Sangat terharu walaupun selesai kul 3 pagi, sanggup lagi menerima ajakan kami makan2 di Restoren yang hampir nak tutup kalau tak diserbu oleh mereka2 yang sememangnya kepenatan..

Kini, hampir sebulan beroperasi, sememangnya kami langsung tidak menyangka..
Allah S.W.T menurunkan rezeki yang melimpah ruah..
3 bulan kami bersabar..berendam airmata...keluar masuk hospital..Stress...
Tidur hanya 4 - 5 jam..
Akhirnya...KAMI BERJAYA!!!!!!!!!!!!!

Notschumels : Terima kasih kepada saudara mara, sahabat handai dan kepada sesiapa yang terlibat dalam pembinaan IHG..
Doa kalian mengiringi perjalanan hidup kami..
Hanya Allah S.W.T mampu membalasnya * sangat terharu..

Thursday, February 9, 2012

Jumaat Yang Indah

Pagi ni breakfast dgn nasi lemak mabeles makcik depan Maybank..hahaha
Dulu sebelum mengandung memang teringin nak makan nasi lemak tapi tak tergamak bila memikirkan kolestrolnya yang tinggi..entah nape, mengandung kali ni aku belasah je apa yang tekak aku nak makan...sedapnya macam nak nanges..hihihi

Semoga Jumaat ini membawa berkat untuk kami sekeluarga..Allah S.W.T mengurniakan rezeki yang melimpah ruah pada kami sekeluarga..semoga kenikmatan itu bukan jalan untuk kami menuju kealpaan..

Dan...

Semoga kami tidak lalai dengan nikmat dunia..InsyaAllah..

Notchumels : Dah pekena nasi lemak, terus hilang idea..so..bye2..

Wednesday, February 1, 2012

Bila RIndu Datang

Pagi ni jaga kaunter, usik2 komputer..tetiba terjumpa plak gambar Allesya masa dia kecil dulu..tak tahu nak bagitahu macamana...tapi macam saat dan ketika ini juga, start kereta nak balik umah peluk cium dia..TERSANGAT RINDU......
Layan je lah pic ni
|
|
|
|
|
|
|
*V*

RINDU..RINDU...RINDU..

Waktu dia 4 bulan..suka tengok dia tido..muka penuh keikhlasan..mana ada masalah..

Time suka tengok flash kamera..mulut mesti nganga macam orang lapar..

Ekperimen harta benda dalam rumah..semua nak masuk mulut..pernah dia kunyah duit syiling lima posen sampai meleleh airliur..mcm le sedap sangat..mama dah jerit2 takut tercekik..

Waktu ni memang selalu nak geget dia..geram bangat!!!!!!!!

Pic yang selalu buat aku touching...Papa nak G keje cari rezeki, dia tetap nak temankan..

I Love Both Of U <3..<3...<3

Monday, January 30, 2012

Well Done (",)

Setakat hari ni, dah 2 makanan idaman aku terpamer depan mata..meleleh airliur beb..maklumlah orang mengidam..memula makanan yang aku panggil masak lemak budu tu..

Mak aku sampai xtidur malam mengenangkan anak tengah mengidam nak makan..macamlah
aku duduk london..padahal kolumpo je, sempadan dengan pahang..sanggup le orang tua tu, usung segala bahan fresh dari kampung..pastu masak kat Shah Alam rumah abang aku..

Aku??eemmm..jumpa masakan tu yang dah siap duduk dalam tupperware je..bau dia..fulamak..tak tahan..dekat pejabat aku dah hadap sepinggan..memang sedap..

TQ my Mum (",)

Kedua..laksa telok kechai..imported from Alor Star..mak mertua aku buka perli tau, tapi memang dah tahu menantu dia buroks lantak..sekilo dia kirim..hambek ko..yang best tu, aku makan sorang..sampai hari ni masih ada lagi dalam peti ais..makan sikit2..nak perabiskan macam sayang je..maklumlah kalau nak dapatkan laksa tu, kena drive 300km..barulah jumpa..

Anak pertama mengidam yang ni, kedua pun yang ni juga..
memang kelaslah ko nak..mama kena travel 300km kalau nak makan benda ni tau..

Yang 2 makanan idaman aku tu masih belum dapat dicari..tak tahulah bila agaknya boleh jumpa..Jeruk beremi tu mungkinlah..beratus batu jauhnya nak cari..tapi Mee Udang Mak Jah tu..nak cerita pun sedeylah..Ironhead punya pasal..nikmat hidup dah dilupakan buat sementara waktu..

Yang penting mungkin depan nak balik kampung..nak ajak mak aku buat kuih tapak kedidi..nama pun dah pelik kan..tak tahu nak bagitau rupa dia macamana sebab dalam goole memang tak ada rupa kuih tu..itu hanya makanan tradisi keluarga aku sahaja..


Sunday, January 29, 2012

You Make Me ANGRY!!




Aku memang geram kalau bab menipu ni..
Kalau bila ko nak duit...2 3 kali sehari ko telefon..bila aku nak minta balik DUIT AKU..
macam2 alasan ko bagi..

Memang ko bongok..

Nama belajar pandai..tapi tetap BENGONGS!!!!!!!!!!!!


Aku rasa macam nak jadi ULTRAMAN je hari ni..
SENGAL TUL!!!!!

DUSH!!DUSH..HAMBEK KO..BONGOKS..

Sunday, January 15, 2012

BEST!!!

Hari ni medical check up..anak mama dah makin besar..yeah!!!
Rugi papa dia takda..kalau x mesti senyum sampai ke telinga..
Dia dah ada KAKI & TANGAN!!!Hahaha..
HA tu nak ambil ukur lilit kepala, baik punya dancing dia bagi..langsung xdiam..mentang2lah kecil lagI..boleh gerak ikut suka kan..tunggu besar sikit..nakal lebih2..mama babap tau!!!

Perasaan???
Teruja sesangatttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!
*series airmata bergenang..
3 bulan menghadapi pelbagai cabaran..tapi anak mama masih sihat walafiat..

Bermula dengan bleeding..
3 minggu langsung xboleh makan apa..
&
operation,
tapi tadi bila scan..nampak dia sangat

|
|
|
|
|
|
|
|
*V*
COMEL
(",)

Nampak peha dia..terus sampai ke kaki comel dia tu..tangan dia sangat cute tau!!!

|
|
|
|
|
*V*
Doktor kata tak lama lagi akan rasa dia buat kick boxing..tp slow je la..
Wah!!!Best..best..best..

MAMA SAYANG KAMU
Muaahhhhh...muahhhhh

Sunday, January 8, 2012

Xbest Mana Pun

Aku x faham kenapa orang nanges sampai guling2 tengok cter ombak rindu??
Lagi x faham pasai apa dpt 4 juta dalam masa 4 hari..rugi dooo...
SEBAB
|
|
|
|
|
|
*V*
2X aku ulang, boring gler...kali pertama tengok x habis..x feeling pun..kali kedua tengok sampai menguap dibuatnya..

Cter dia best sebab ada aaron aziz je kot..tu pun masih belum buat aku teruja macam Nora Elena dulu..mungkin disebabkan aku mmg dah baca buku dia kot..so, mmg buku dia terlebih hebat dari filem yang kejap kisah ni, pastu dah tempat lain plak.

Ada brother tu cter, dia G tengok cter ni ngan awek dia, awek dia menangis macam tak dapat kawin tu..puas plak dia pujuk..
Agak2 kalau aku buat macam tu, mau bila pusing tengok laki aku dah xada..comfirm dia tunggu luar sambil hisap rokok..hahaha

Harap2 pasni adalah cter yg boleh buat aku angau lagi ye..
Untuk Ombak Rindu, aku bagi 1 1/2 bintang je..

Wednesday, January 4, 2012

LEMAS

Hari ni entry ala2 aku keje indah water..so, bahasa pun xadalah sesopan mana..sape2 yg rasa berbulu je baca n3 ni, tekan je close kat belah kanan tu..

Memula datang keje dengan tersangat hepi selepas 1/2 bulan MC a.k.a makan gaji buta..seronok sebab bangun sikit pun xada macam nak potong kepala boh dlm peti sejuk walaupun tersangkut dlm jammed selama 40 minit..ah!!still haeven..

Tapi malang tidak berbau..yg tu xpe..tapi yang buka je pintu lift depan opis..bau semerbak dari cafe ni mengingatkan diri bawa aku sudah tukar tempat keje kot..skunk saya menjadi KAKITANGAN INDAH WATER!!!Uweekkkk!!!busuknya..tersangat meloyakan sehingga airliur kalau ditadah..dapat secawan penuh..

So, masa melarikan diri ke aras lain..

  • Malangnya nasib dpt keje bila depan pintu pejabat yang aircondnya ala2 beku, terdapat cafe yg menumis hingga yang tak mengandung pun turut menutup hidung...
  • Azabnya kalau terpaksa menahan kepala ni dari terus berdenyut2 dengan bergantung pada uphamol sebab dari pagi sampai ke ptg bau org merebus cili kering tak habis..
  • Sayangnya, kalau keje yg urgent pun asyik tertangguh sebab memang asyik layan tekak yg nak termuntah je..*aku muntah atas invoice..nasib baik yg copy..sebab tersedak bau makcik cafe tu menumis cili..rasanya lepass ni, ada juga aku termuntah atas buku kot..
  • Dan yang paling aku sakit hati bila pertama kalilah aku keje dalam suasana yg tak selesa begini sudah hampir mengjangkau 3 - 4 tahun!!!!

Kalau macam ni..aku pencen sebelum sampai waktunya kot..Penat menahan perasaan..

Maklumlah kuli2 macam aku ni, sape nak ambik tahu..lantaklah kalau kau nak terbujur kaku pun kat situ, ada org kisah ke..3 minggu aku mabuk bau tu, 2 kali aku pitam kat opis..sekali tu terus gelap rebah sorang2 dalam bilik rehat..bukan sebab baby, sebab bertapa aku dengan bersungguh2 menutup hidung bila makcik tu menerus cili kering yg bau dia..korang imaginelah sendiri..nak cter pun malas dah..

Layan "KOYOK" tempek kat kepala lagi bagus..