Sunday, April 29, 2012

Nasi lemak & Nescafe tarik

Dulu masa bujang, memang selalu makan nasi lemak..masa tu sangat naif tentang kolestrol..
High Blood dan sebagainya ni..
Maklumlah time tu slim melim..makan le banyak2 pun, maintain tak besar..48kg statik..
Baju size M, pinggang seluar 28..cuba skunk..tak cukup jari nak kira inci..
Penimbang pun minta ampun supaya aku jangan naik atas dia...kakaka

Selepas lahirkan Allesya, aku makan nasi lemak adalah 2 3 kali dalam masa 3 tahun!!
Roti canai langsung x sentuh..Teh tarik..Nescafe @ kopi pun xminum..selalunya order, Teh O suam kurang manis, kadang2 yg tukang bt tu kureng asam juga...dia kasi yang betul2 xda rasa..kedekut gula..

Thats whylah, aku boleh maintain berat kejap 55kg, naik pun takat 57kg..pastu turun semula..yg penting setiap hujung minggu, aku borong ulam2 kat pasar..awet muda la konon..huh!!!xda maknanya..terseksa jiwa raga bila org kata umur aku 35!!!

Now!!pejamkan mata...seminggu 2 kali hadap nasi lemak sambal kerang...sedap woo...nescafe tarik kurang manis plak tiap2 pagi...sangat heaven..lagi 2 bulan je boleh bt semua ni..selepas ni..menu harian saya..
Roti bakar & teh o suam kembali...
Nasi putih + sup sayur rebus & ikan goreng...
Kadang2 bila teringin..p makan steamboat
Kan dah berazam untuk kuruskan badan..
Semangatnya..

Makan tanpa sempadan..suami saya yg suruh tau sebab skunk sentiasa diserang gastrik tahap teruk...jangan bagi lapar, jap lagi xboleh nafas..sudah merasa sedut oksigen kat klinik...serik aku..tak sedap lansgung..

Semenjak test MGTT -VE diabetes...aku betul2 kemaruk dengan nescafe tarik..entah kenapa..kalau sehari xdpt minum..macam minah gian la plak..tragis giler kalau camni...

Friday, April 20, 2012

Bila Tuan Tanah Borink...

Tersangat borink bila kena lalu 10 traffic light untuk sampai ke rumah..
Betul2 melambatkan perjalanan..

Skunk hari2 tuan tanah pergi keje ikut Ampang look Out Point...kalau bila hari cerah memang boleh santai2 sambil dengar lagu dangdut..kikiki..tapi bila keje petang, sampai hutan tu pun dah petang rembang..mulalah gear D jadi no 3..tak sempat nak dangdut, lagu Cromok pun tuan tanah belasah..masa tu la rasa macam lama giler nak habis pusing bukit bukau tu..

Kadang2 terfikir juga, buatnya aku terjun gaung ni, sorang pun xjumpa..tapi keinsafan tu memang sekejap je la..gerun punya pasal kan...dengan cara fokus sedikit luar biasa..dibantu dengan kete lambang banyak bintang aku tu..mmg tersangatlah pasrah lalu jalan tu sorang2 ditemani baby dalam perut..dia plak macam tau2 mama gerun, tendang2 bagi semangat..macam tergiang2 je kat telinga dia cakap..go mama go.(",)

Demi mencari rezeki, terpaksalah mengharunginya..semoga Allah S.W.T memelihara keselamatan kami..
Amin..

Kawan Baru Allesya




Haiii...saya kawan baru Allesya Nadia..nama saya Minnie..
Mula2 Allesya tak suka saya sbb seminggu dia asyik cakap pada mama dia yg dia nak 'Dibo' tapi mmg luck saya kot sbb dah lama sangat duduk kat World Of Cartoon tu,
Allesya pun amik saya bawa balik..
Tq Allesya..
TQ to Mama Allesya juga sebab sanggup kuar duit belikan saya untuk Allesya Nadia...

Skunk hari2 Allesya bawa saya naik kereta pergi rumah mummy baru..
Malam2 pun Allesya mesti tido peluk saya..
Yang paling saya suka..sebab Allesya cakap saya comel..So sweet..

Touching Giler!!!


Dua kali aku baca kisah ni..dua kali aku nanges..Airmata mengalir xdapat ditahan2..
Sungguh terharu giler aku dengan pengorbanan makcik ni...
Selalunya naluri perempuan mmg selalu begini...sanggup berkorban apa saja...
Setiap pengorbanan tu pulak, isteri tak pernah minta dibayar dengan wang ringgit.
Cukuplah sekadar kasihsayang dan keikhlasan dicintai dan disayangi..
*Kadang2 kebahagiaan tu tak mampu dibeli dengan wang ringgit..kan..kan..kan...

Ah!!!tak boleh cter banyak2..*mcm ada pasir masuk mata...:p

Notchumels : Mr. Khusairi, if something happen jadi kat u pun, i tetap akan bt benda yg sama mcm auntie ni bt..Sungguh, i tak tipu..hanya i & Allah S.W.T je yg tahu semua itu..
Takkan goyah dan berundur walaupun setapak pun ke belakang...
X ada sape yg boleh pujuk rayu i untuk biarkan saja lihat u sengsara..
I tahu, i bukan tergolong dlm golongan isteri idaman hati u..bukan juga isteri yg taat setia..yg sentiasa bt u angaukan siang malam...hihihi..tapi...i xkan tinggalkan u sorang2 saat u susah..& akan berada disisi u, if u perlukan i saat u gembira...(",)

Strawberi Tanpa Coklat

Strawberi tanpa coklat..sweet ooo..imported from USA gitu..Nak promote pada sape2 yg teringin..RM27.00 - 10 biji..

Kali ni mengandung mmg ala2 keje cop duit kat bank negara..
Makan benda yang mahal2 je..ada masa rasa mcm nak tercekiklah juga..tapi bila mengenangkan takut anak kuar meleleh airliur..pejam mata N beli je..

Nafsu makan membuak2..xdapat disekat2..nasib baik bebas dari diabetes..
Alhamdullilah..
Yang paling best sebab hubby kusayang pasrah je bini dah nak sama besar dengan tong drum..kikiki...

Jangan nak buatla ayat takut orang kata Wife Owner Ironhead Gym sihat walafiat..memang xda maknanya aku nak layan...
Skunklah masanya..
Biarlah terpaksa kuar duit beli baju size XXL...
Daku sangatttttt RELA...

Yang penting inilah masanya makan tanpa sempadan..
Nanti pas bersalin..aku berazam untuk diet mengalahkan orang tersampuk hantu...
Kalau boleh, puasa je..sbb memang pantang dalam bulan puasakan..
so WAJIBBBBB ganti poser yg sebulan tu le..Hohoho..
Menjawab le aku nanti..

Sunday, April 8, 2012

Nope!!


Tidak pernah menyesal menangis kerananya...(",)

?????

Entah kenapa..aku masih disini??
Tiada JAWAPAN
Entah mengapa..masih rela disakiti..dan terus disakiti???
Tiada JAWAPAN
Entah sampai bila..aku akan terus begini???
Tiada JAWAPAN

Haruskan terus menunggu???
Masih mencari JAWAPAN
Haruskah mencari perubahan???
Masih mencari JAWAPAN

TIDAK AKAN PERNAH MENEMUI JAWAPAN ITU KERANA
AKU TIDAK PUNYA JAWAPAN UNTUK PERSOALAN DIATAS


Tazkirah Isnin

"Mencintai dan dicintai adalah 2 perkara yang berbeza"

"Mengharap dan menjadi harapan juga adalah 2 perkara yang sangat berbeza"

"Adakala kita tidak akan dapat apa yang kita mahu..kerana tiada siapa yang sudi menghuni dunia kita yang berbeza"

"Kita tidak akan menghargai apa yang kita ada apabila ia berada didepan mata kerana walaupun terluka, disakiti dan dilupakan..ia tetap menanti untuk mengisi ruang - ruang kosong itu..

NAMUN

Kita akan mula mencari dan terus berharap ia akan kekal bersama kita tatkala hati dan perasaannya telah jauh hilang semua rasa walaupun ia masih kukuh berdiri dihadapan kita"

"Lumrah dalam hidup..kita tidak akan mampu memenuhi setiap kehendak manusia yang bernama insan ciptaan Allah S.W.T kerana kita tidak sesempurna Malaikat"

"Alasan akan terbit sendiri apabila tidak wujud perasaan sayang dihati"

"Hidup tidak akan pernah lari dari dugaan selagi ada nafas didunia ini"

"Disaat saya terjatuh..saya harap ada tangan yang sudi menarik supaya saya bangun kembali"

"Memohon supaya difahami memang sukar"

"Meminta supaya disakiti, lebih mudah dariapada mengharap supaya dikasihi"

Notchumels :
Saya memerlukan pertolongan..
STRESSSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!*kena bangun awal untuk MGTT kat hospital :P