Monday, February 22, 2010

Marah @ Angry..LU PIKIRLAH SENDIRI!!!!

Hari ni pagi2 lagi aku dah badmood..ni semua gara2 polis perempuan kat Briged Tengah tu yang dah layak aku panggil makcik pun tapi mulut mengalahkan orang mundur lagi..

Kecoh + cerewet + ego + berlagak..

Kalau ada 10 polis perempuan kat Malaysia ni macam tu alamatnya memang orang takkan respect la PDRM.Sia2 jer pegawai2 atasan tu memikirkan cogankata yang terbaik untuk PDRM..tapi macam tak menjadi jer..Sebab tak mesra pun..

Padahal aku parking motor tu rasanya tak ada langsung menghalang bilik apa benda entah kat bawah rumah aku tu..Padahal pakcik yang naik motor kriss tu yang membuatkan pintu bilik tu hanya boleh buka separuh jer...Aku yang parking kat depan tingkap bilik tu pulak yang dia nak persalahkan..Compius aku..dia ni nak masuk ikut tingkap ke @ ikut pintu???

Tak pasal2 aku pula yang dia soundnya..Dahlah tak bagi salam..main sembur jer..pastu cakap sikit pun tak beradab..siap ugut2 lagi..nak ambik nombor plat motor pastu cakap kataku.. 'siaplah laki ko nanti!!'

Itu memang dah TOO MUCH!!!..Orang lain yang salah..orang lain plak yang nak kena bahananya...Cis!!!undang2 manalah yang makcik tu pakai..Kalau macam tu prosuder orang yang dikatakan 'Penegak UNDANG2' sangatlah pakai..aku rasa makcik tu kena belajar balik macamana nak jadi POLIS yang baik..
Kalau boleh buat macam tu..tak payah la da jugde kat Malaysia ni..Si 'A' yang membunuh..hukum ajer si 'B'..


Aku bukan nak marahkan PDRM sebab ada orang macam tu..lagipun suami aku pun POLIS..Tapi cubalah bersikap elok sikit bahasa tu..Aku parking motor tu pun dekat dengan tingkap bilik tu jer..Dan aku rasa memang langsung tak ada kena mengena dengan pintu yang dia nak buka tu..

Saja nak tunjuk samseng ker???Takkanlah nak kena jarak 25 meter dari pintu tu kot kalau nak buka..bukannya aku parking 'JENTOLAK' ke 'KERETA KEBAL' ker yang dia kalut mengalahkan nak berperang lagi..Motor EGO S jer..
kalau menghalang pun..boleh tolak jer ke tepi..Tak mati pun nak buat benda2 macam tu..memang saja Makcik tu nak test power pagi2..Datang bulan la kot sebab tu temper semacam jer..


Yang aku tak tahan tu..boleh dia kata aku 'KURANG AJAR'..Ikutkan hati yang panas memang nak jer aku lawan balik..tapi walaupun aku ni tak belajar kat Sekolah Polis..tapi cikgu aku dulu ada ajar cara2 nak hormat orang tua..Sebenarnya sapa yang tak cukup di ajar..Konon2lah dia Polis...ingat dia berkuasa sangat la..Ada aku kisah dia tu sapa...

Muka bumi Allah ni semua umat dia sama jer..yang membezakan seseorang tu hanya keimanan + sifat sebagai seorang manusia..

Kalaulah makcik tu fikir secara rasional + logiknya..dah memang kat Blok G8 tu kawasan perumahan...memanglah orang parking kat situ..Sudahlah parking terhad..takkan nak parking kat tengah2 jalan pulak...Aku rasa kalau dia yang duduk kat situ pun..dia sayang juga harta benda dia nak parking merata2...sebab dia beli..bukannya curi..

Kepada makcik yang aku sendiri pun baru tahu dia wujud kat muka bumi Allah ni..sori la kalau aku pun melawan apa yang dia cakap tadi...Tapi aku bukan balaci yang main angguk jer bila orang cakap..semua orang berhak bersuara + keluarkan pendapat..Think positif la..aku rasa betul apa yang aku cakap pada dia...

Kalau nak guna bilik tu...Tulislah notis minta jangan parking kat situ..sebab boleh kira ngan jari jer berapa kali bilik tu berguna dalam sebulan..bukannya orang parking depan umah dia yang memang dia nak keluar tiap2 hari...
Jangan jadi SELFISH la makcik oii...

Selama ni bukan takada orang parking pun depan bilik tu..Dah beratus orang pun...tak pernah pula dengar ada orang mengamuk sebab parking kat situ..Orang lain takada apapun..Makcik jer yang kecoh2...Kalau ye pun nak buat keje..agak2 la..jangan sampai memalukan diri sendiri..sebab kurang adab..


Kalau kami yang tinggal katG8 tu ada pilihan lain tak payah parking kat situ tak apalah.Ini parking pun ciput..balik keje lambat sikit jer dah tak ada parking...kena faham la..yang duduk kat situ bukan sorang dua..majoriti ada motor...Kalau benda tu boleh lipat2..dah lama angkut bawa naik rumah..

Satu lagi...Jangan kata orang kurang ajar..sebab yang tukang kata tu cukup ajar sangat ker...Orang boleh imagine la..kalau dengan orang luar dah boleh maki macam2..kalau dengan suami + anak2 agaknya lagi teruk bahasa dia..
Tak tau la nak kata apa..
LU PIKIRLAH SENDIRI!!!!

Sunday, February 21, 2010

In Future..

Aku terfikir..apa akan jadi pada aku & keluarga aku di masa hadapan...
Gembirkah???bahagiakah??? @ sebaliknya???...

Jauh lagi untuk aku menempuhi semua itu..Tapi memang tidak boleh disekat bahawa masa akan merubah segalanya..Tapi aku harap sangat2 untuk merasai saat2 itu..

Time tu aku dah tua..anak2 pun dah besar(harap2 Allah kurniakan aku anak2 yang solh & solehah)..Kalau ikut keturunan sebelah arwah ayah...mesti uban dah penuh di kepala..hahaha...
Tapi kalau ikut sebelah mak pun apa kurangnya..sama jer..dah nama pun tua..kan..kan...kan..

Oh! My God...mesti garis2 kedut dah penuh di muka..Aku & Papa..sama saja..menghadapi situasi itu..mata pun dah terang2 kelabu..kejap nampak..kejap2 malap..(sekarang pun dah rabun..lagi 30 tahun lagi la rabun kot..:-)..)


Allesya pula???harap2 time tu dah ada insan yang baik menjaganya..Ada kerja yang bagus..suami yang bagus & anak2 yang bagus..ibarat kata..aku sentiasa mendoakan yang bagus2 jer untuk dia..& aku + Papa dah ada cucu...tempat kami meluangkan masa setelah retired from Goverment Services..

Aku sentiasa berdoa semoga kami sekeluarga dipanjang umur..diberikan kesihatan yang sempurna dan dimurahkan rezeki..

Aku memang teringin untuk melihat semua2 itu...Kalau ikutkan services...aku akan bersama pada 11.7.2036..So long..& Papa pula maybe pada 1.4.2036..Tahun yang sama but Papa retired pada umur 58 & aku 56 tahun..Saja aku pilih tahun yang sama sebab InsyaAllah kalau panjang umur..aku nak menunaikan haji bersama Papa..

Teringat cerita 'soal hati'..lakonan Erra Fazira & Aflin Shauki..kot2 la ngan Papa leh jadi cam tu..
Dah tua2 tapi leh lagi round kampung naik motorbike..mesti best..itupun kalau Allah izinkan la..
Jika ikutkan pelaburan keluarga untuk masa depan...dalam masa 26 tahun kami dah boleh hidup senang lenang..tak perlu mencontohi sesetengah insan yang kurang bernasib baik...setelah pencen terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan di bank..bagi kaum ibu pula...terpaksa berniaga nasi lemak untuk menyara keluarga..

Aku rasa tidak sanggup untuk menempuhi hidup sebegitu..dan cukuplah masa muda ini aku bertungkus lumus mencari rezeki..di masa tua...hanya amal ibadat yang hendak aku kejar sebelum menutup mata...

Disebalik kejadian..mesti ada hikmah..dan disebalik hikmah yang Allah turunkan..mesti terselit sedikit kemanisan akhirnya..

Hidup ini ibarat makanan...mesti cukup perisanya..mesti ada masam masin serta manis..dan kadangkala jika terlebih perasa..pahit pula jadinya..

Oleh itu, sebagai insan kerdil dimuka bumi Allah S.W.T..yang kadangkala alpa..kadangkala ego....kita haruslah ingat..bahawa hidup ini tidak semestinya indah..tetapi tidak akan gelap untuk selamanya..

Kita tidak akan mengetahui apa yang akan terjadi kepada kita untuk sesaat lagi..apatah lagi jika untuk hari esok dan dimasa yang akan datang..

Tuesday, February 16, 2010

Sambal Hitam - Tradisi Keluargaku

Sambal Hitam @ lebih dikenali dengan nama sambal belimbing jeruk oleh kebanyakan penduduk Pahang ini memang amat menyelerakan bila dimakan dengan nasi yang masih berasap.

Resepi turun temurun keluarga Abdullah B. Mat Said ini masih popular hingga sekarang dan diturunkan dari zaman berzaman hingga ke anak cucu.

Masakan tidak (Noor Akmar) yang sedang belayar mengelilingi dunia untuk menamatkan pengajian di ALAM (Akedemi Laut Malaysia) iaitu cicit kepada Abdullah + Kechik ini sanggup pulang ke Pahang untuk meminta Neneknya (Samsiah Bt. Bakar) membuatkannya sekilo sambal hitam untuk dibawa belayar.

Sambal ini boleh tahan kira - kira 3 bulan jika disimpan didalam peti sejuk dan boleh dimakan selama 2 minggu jika disimpan didalam suhu bilik.

Belimbing buluh iaitu bahan utama dalam menyediakan masakan ini akan direbus dahulu bersama garam kasar lebih kurang 12 jam. Ia akan direbus dengan api yang sederhana besar daripada buah tersebut berwarna hijau sehinggalah menjadi warna hitam.
Walaupun ia berubah warna, namun rasanya yang masam - masam masin itu juga sedap dimakan begitu sahaja selepas dimasak..tambahan lagi bagi para ibu yang baru mengandung untuk menghilangkan rasa loya dan mual.


Walaupun untuk membuatnya sedikit rumit namun kerana kelazatannya...ramai yang sanggup menanggung segala kepayahan untuk menyiapkannya.

Resepi sambal hitam
Ikan bilis (Dibuang perutnya) - kuantiti ikut suka
Belimbing jeruk - kuantiti ikut suka
Cili padi - kuantiti ikut suka
Bawang halus - 5 biji
Bawang putih - 2 ulas
Garam
Serbuk perasa
Air putih
5 sudu besar minyak masak

Cara2nya :-
Tumbuk ikan bilis yang telah dibuang perutnya dan direndam seketika bersama cili padi.Tumbuk separuh lumat. Selepas itu masukkan belimbing jeruk, garam dan serbuk perasa. Kacau kemudian masukkan sedikit air supaya bahan2 tadi sebati. Kemudian letakkan didalam bekas lain.

Kemudian tumbuk bawang merah sehingga lumat dan ketuk bawang putih sehingga separuh lumat.

Selepas itu panaskan minyak didalam kuali. Masukkan bawang yang telah ditumbuk tadi dan goreng sehingga kekuningan. Kemudian masukkan sambal yang telah ditumbuk tadi dan kacau sehingga kering dan mengeluarkan minyak dengan api yang perlahan. Apabila sudah siap, hidangkan bersama nasi panas..

Selamat mencuba..

Disebalik nama 'nUr AlLeSyA nAdia'



N - Nama yang terindah hadiah dari Papa & Mama
U - Untuk Puteri Kecil yang amat kami berdua sayangi
R - Rasa kasih dan cinta ini hanyalah untukmu..

A - Allesya bermakna yang dilindungi
L - Lahir pada tanggal 05.05.2008
L - Lokasi kelahiran ialah HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia)
E - Emosi Papa & Mama tidak menentu menanti
kelahiranmu sayang
S - Semoga Allesya menjadi anak yang baik
Y - Yang solehah, yang bijak dan bertuah
A - Agar seimbang perjalanan kehidupanmu antara ilmu
dan iman

N - Nadia nama pilihan Mama
A - Airmata mama menitis pertama kali melihat wajah
mulusmu
D - Doa mama untukmu sayang...semoga berjaya dihari depan
I - Impian Papa & Mama..agar Allesya berbahagia selamanya..
A - Antara duniawi & yang hakiki..kedua2nya Allesya beroleh kegembiraan..
InsyaAllah..

Thursday, February 11, 2010

Goverment...like a diamond now..

Kerajaan..kini ibarat seperti mutiara..amat mahal untuk menempatkan diri di dalam sektor awam. Dan sesiapa sahaja akan terus menganggukkan kepala jika ditawarkan menjadi pekerja kerajaan..

Dahulu..bila sebut bidang kerjaya dalam kerajaan, majoriti rakyat malaysia mencebikkan bibir..buat apa bekerja dengan sektor kerajaan..Just buang masa..gaji sikit sangat..Tak cukup makan.

Gaji permulaan P1T1 hanya RM656.30 sebulan (itupun setelah gaji dirombak semula).Elaun rumah RM180 dan Elaun khidmat awam hanya RM95.00. Jika dihitung, ditambah semuanya..ditolak dengan KWSP..kadangkala ada yang buat potongan SOCSO..Tabung Haji...ASB..dan sebagainya..gaji bersih tidak sampai RM1000.

Itu belum dikira tolak duit kereta, sewa rumah, barang keperluan dan sebagainya..lebih perit jika berkeluarga..isteri surirumah sepenuh masa..anak ada 3..

Tapi itu dahulu..zaman kegemilangan bagi pekerjaan sektor swasta. Semua orang berlumba - lumba mahu bekerja kilang. Boleh dapat duit lebih. Ada elaun makan, elaun kenderaan, elaun lebih masa..ibarat kata pelbagai nama elaun yang ada..memang pekerja swasta lebih senang dari pekerja di sektor awam.

Tapi setelah gaji kakitangan awam dikira semula..dah kenaikan sebanyak 35% telah diluluskan oleh kerajaan pada tahun 2007, ramai pekerja swasta yang beralih kepada sektor kerajaan. Ramai pula yang berlumba - lumba untuk mengisi borang jawatan dalam kerajaan.

Ibubapa pula lebih senang memiih menantu di dalam sektor kerajaan. Alasannya masa depan terjamin. Gaji pun ada, perubatan, cuti dan sebagainya senang nak dapat. Yang paling penting senang nak buat personal loan..Nak beli rumah, kereta, motor dan sebagainya boleh guna rate goverment..

Jika dilihat di kampung - kampung..makcik2 , pakcik2 sibuk bertanyakan bakal menantu bekerja sebagai apa. Dan bakal2 mak mertua pun dah tak malu - malu nak bagitahu menantu bekerja kerajaan. Cuba bila bakal menantu bekerja swasta..mesti jawapannya.."Alah...kerja kilang jer"..(itupun dengan nada yang sedikit sedih)

Itulah dikatakan lumrah kehidupan...memang pada dasarnya kini sektor kerajaan menjadi satu peluang pekerjaan yang amat ditunggu2 oleh semua. Dan ada sesetengah tempat pula dalam kerajaan ini..yang pakai 'kabel' untuk masuk..atau lebih senang dikatakan..pakai orang besar2 yang berpengaruh..orang dalam..kaum kerabat & sebagainya..Dan ada disesetengah tempat pula..memang kalau ikut susur galurnya..semua kaum keluarga jer yang bekerja disitu.

Ada anak saudara..mak saudara..bapa saudara..pakcik..makcik..adik beradik dan sebagainya...

Ahh...itulah trend masa kini..dan siapa pun tidak peduli semua itu..yang penting..selagi belum menutup mata..kerja..kerja..kerja...