Tuesday, March 6, 2012

Shopink Mopink @ Padang Besar

Sempat snap gambar walaupun jalan jammed

Sebenarnya balik kali ni memang tak rancang langsung nak ke padang besar..sikit pun tak..memang nawaitu tu betul2 nak menziarah arwah Tuk Teh..tapi ibarat kata pepatah.."Sambil menyelam tu, minumlah airkan"..hehehe

Memula Mr. Khusairi mmg taknak layan permintaan aku..maklumlah, dah nampak kot sayap2 RM nak terbang..tapi sebab badan besar, hati kecil..hahaha..aku pujuk rayu sikit je..terus OK..

Anggap sajalah wife anda mengidam ye sayang..aku sebenarnya nak beli baju maternity...sebab kat sana murah2 & banyak pilihan...dan disebabkan memang aku nak beli..sekali amik..terus 6 helai baju & 2 helai seluar..sampai baju Allesya pun dapat sehelai je..kesian anak aku..Mama dia shopink sampai lupa nak belikan untuk dia sekali..

Tapi jgn ingat dia tak dpt apa2..Dia 'Pow' Tuk Ayah dia Beg Angry Birds, bantal, mainan..tengok plastik..lagi besar dari aku...Bijak kamu ye sayang..

TQ to MIL coz sabar je layan ibu mengandung ni..semua kedai aku masuk..kalau boleh nak beli semua, nasib baik aku tak keje kat Bank Negara..

Lepas penat jalan, pastu makan tomyam thailand..wah!!!berpeluh..

Elok pulak time Allesa buat PEACE..burung tu pandang kamera

Waktu nak balik dari Padang Besar tu, singgah kejap dengan Ostrich Farm..bagi Allesya tengok Burung Unta..Dia duduk jerit2.."mama bird"..maklumlah burung tu mmg besar dari dia..

Mummy To Be pun nak posing juga..

Sampai rumah kul 6pm..Rehat2 G makan & terus G rumah Mak Tok..

Royale Rice In Da House

Selepas puas merehatkan diri selepas travel selama 6 jam..berjaga selama hampir 30 jam..kami pun terus teringatkan makanan yang memang takkan jemu dikunyah selagi tokey kedai tu berniaga..

Petang tu MIL dah jamu aku dengan laksa Telok Kechai..jangan tanya berapa pinggan aku makan..sebab memang aku takkan muak punya makan laksa tu..
Allesya pun makan 3 mangkuk tau...Like Me!!!(",)

Malam tu, mak nak G tahlil, tapi kami plak melencong ke kedai Nasi Royale dengan ayah..bukan taknak tahlil, tapi aku segan sebab tak ada baju kurung dah pun..taknak nak langgar tatasusila pakai t- shirt lengan pendek plak..kan..kan..kan..*alasan..
Maka dengan itu..kami pun :
|
|
|
|
|
|
|
*V*
TADA
Senyum je lebar dapat nasi dengan chicken..tapi tak makan pun..
Dia dah kenyang hentam laksa 3 mangkuk

Tengok udang terus terliur...SEDAP....

Hilang nak diet bila terhidang depan mata makan kegemaran dia..
Makan sampai puas, bukan senang nak jumpa Nasi Royale kan..

Dalam Kenangan

Hanya tinggal kenangan

Gambar paling sweet..diusia emas, masih mesra berpimpin tangan...Masih sudi tolong menolong diantara satu sama lain...*oh!touching...

Aku memang tak pernah story tentang arwah Tuk Ayah..
Datuk kepada Mr. Khusairi..tapi bila belek2 CD kahwin, teringinlah plak nak publish kisah dia disini..

Kiranya aku sempat mengenali dia hanya selama 5 tahun...1st jumpa tengok muka memang takut gilerlah..Tak senyum langsung...memang semua orang kata dia garang..maklumlah polis pencen..tapi dengan aku, dia selalu cakap lembut2...mungkin dia tahu cucu menantu dia ratu airmata kot..hehehe..takut plak banjir Taman PKNK tu kalau dia kuatkan suara..

Dia selalu cerita, dulu dia jadi polis masa zaman komunis..Gaji masa tu RM90 je..Jalanraya semua tanah merah..sangat susah tapi dia dapat besarkan anak2 sehingga berjaya..
Aku mmg suka dgr cerita yg bermotivasi macam tu sbb aku pun masa kecil2 dulu sgt susah..
Tapi sayang, umurnya tidak panjang...

6 tahun dulu, dia merestui perkahwinan kami berdua..

Sempatlah dia merasa pegang cicit dia yang pertama..seronok sungguh dia terima ahli keluarga baru, Allesya Nadia je yg tak berapa nak mesra..asyik nak angin je bila Tuk Nek dia nak sayang..

Suka tengok gambar ni walaupun aku kenal Arwah Tok Ayah & Mak Tok je..

Arwah pun meninggal dunia tanpa disangka..masuk ward sebab nak operate, tetapi lepas operate BP terus low mendadak..kami pun tak sempat jumpa..balik tengah malam..sampai kedah kul 5 pagi..& berjaga sampai lewat petang selepas memberi penghormatan terakhir..

Walaupun menumpang datuk suami je, tapi aku menangis sampai bengkak mata jugalah..dan memang sama2 merasa kehilangannya..
Al - Fatihah

Hanya Tinggal Kenangan

Saya memandu dengan penuh berhemah tau
Pukul 7 pagi..nyaman je sedut udara dikelilingi sawah padi (",)

29.02.2012, Saya bangun kul 6 pagi sbb nak pergi kursus ke Nilai. Tengahari, My MIL call bagitau, datuk saudara Mr. Khusairi tenat..Memandangkan kami je yg belum menjenguk arwah semenjak dia uzur, mmglah ada perancangan nak balik tu..Kebetulan Mr. Khusairi cuti tanpa rekod selama 14 hari..tapi bukanlah dalam waktu ON THE SPORT..

Malam, tengah close account untuk bulan Feb, My MIL call bagitau arwah dah meninggal..so, decided nak balik jugalah coz mungkin sempat tengok arwah untuk kali terakhir sebelum dikebumikan..

Pencapaian semasa memandu, cuba berlumba dengan train yang menghala ke uatara..
Mr. Khusairi sudah tidur.kalau tidak jangan haraplah nak buat macam ni..hahaha

Punyalah tidur sesungguh hati, sampai kampung sendiri pun dia tak sedar

Lepas tutup kedai & settle semua benda dalam pkul 1 pagi, terus balik rumah, panjat tangga sampai tingkat 8..kemas barang , check kereta & gerak dalam pukul 2.30 pagi..
Mata mengantuk tp perut tersangatlah lapar, so layan Mr. Khusairi drive sambil2 cari R&R..

Sampai Tapah, berhenti makan Mee Gorang yang buat aku meloya..tak tahulah rasa apa..tapi mmg XSEDAP..
Lepas tu, meneruskan perjalanan..kiranya aku berjaga sampai pukul 5.00 pagi, pastu lelap sekejap sebelum tukar driver kul 6.30 pagi..Oklah 1 1/2 jam mampu bt mata aku segar semula..

Terima kasih kepada My Racing Car..kerana membawa kami pulang dengan selamat dan anda sungguh baik hati kerana bergerak lancar tanpa kami terpaksa tidur ditepi highway..
Memang I Lap U sangat2lah..

Sampai Kuala Kedah pukul 8 am, terus siap2 pergi rumah arwah... elok je sampai org baru nak mandikan mayat...Mr. Khusairi pun yg mmg nak sangat2 berjasa pada arwah buat kali terakhir, sama2 tolong mandikan, kafankan, sembahyangkan dan kebumikan arwah...Tengok dia mmg letih, tapi dia kata puashati dpt bt semua tu..

Al - Fatihah..menuju ke perjalanan terakhir
Nampak tak mamat yg pakai baju t-shirt hitam tu..
Itulah Mr. Khusairi..sangat comel tengok 1st time pakai kopiah..
Tiba2 fall in love with him..hehehe

Lepas kebumi, kami G makan tengahari di rumah Mak Su..sebab tunggu catering lambat sampai, aku terlelap jugalah atas sofa..hahaha...tak dapat menahan rasa dah..kelopak mata tak boleh angkat..

6 tahun yg lalu, dia masih sihat walafiat ketika menghadiri perkahwinan kami
Semoga Arwah Tuk Teh bersemadi dengan tenang disana..
InsyaAllah..doa kami sentiasa mengiringimu..Amin

Ini arwah Tuk Teh perempuan, dia meninggal 3 bulan sebelum Tuk Teh lelaki..
Maknanya genap 100 hari pemergiannya, suami tersayang pula yg menyusul..& mereka dikebumikan berdekatan diantara satu dengan yang lain..Inilah namanya sehati sejiwa...

Lepas makan, kul 2 pm..balik rumah..salin baju, buka aircond & ZZZZZZZZZZ sampai maghrib..
Maknanya jika dikira dari pukul 6 am 29hb, sampai kul 2pm 1 Mac 2012, aku berjaga selama 30 jam..
Hebat ker???Nope..nak tertiarap adalah..
Letih tapi untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah...semua tu boleh tolak tepi..

Notchumels : Tak dapat lagi nak makan nasi carrot mabeles dgn rendang hitam arwah Tuk Teh..
Tiada siapa jugalah yg nak sediakan serunding udang & daging sebagai makanan wajib waktu sahur...
Tak boleh dah nak ngada2 minta arwah masakkan apa saja yang tekak terasa nak makan..
Yang ada..Hanya kenangan bersama kalian

Murahkanlah Rezeki Kami

Tiada apa yg dapat dikata selain daripada ucapan Alhamdullilah...syukur kepada Allah S.W.T..sebab melimpahkan rezeki kepada kami..
Memang langsung tak terduga, kehidupan kami berubah dalam sekelip mata..Betul sangat2 jika ita pegang kata2 ini "Allah tidak akan merubah nasib seseorang tu, melainkan dia sendiri yang merubahnya"
Terima kasih kepada semua yang menyokong usaha kami ini..Hasil sumbangan andalah kami jadi begini...Dalam masa hampir dua bulan, nampaknya rezeki tu lagi melimpah ruah..
SYUKUR ALHAMDULLILAH..

Notschumel : Hari ni AB Machine, the latest design sampai..sape2 yg teringin nak cuba, datanglah ke
IRONHEAD GYM & FITNESS, BT 14, NANDING, ULU LANGAT, SELANGOR

Cinta Hati Saya (",)

Dia dah take over tempat saya..
Dalam rumah dia asyik berkepit dengan Papa..
Dalam kereta pun nak duduk depan dengan papa..
Makan duduk sebelah papa..
Tidur pun dengan papa..
Ibarat kata, semuanya papa..tapi kalau papa marah, mama jugalah yg dia cari..

Semenjak mengandung ni, adakala sensitif lebih, selalu bergaduh dengan dia sebab berebut papa..kakaka...
Habis tu asyik terpinggir je, nak juga manja2 dengan papa...tapi apakan daya, dengan Allesya Nadia tu, cakaplah macamana pun..dia memang pandai cari alasan..buat penat mulut je bergaduh dengan dia..takda maknanya nak menang..
Papa dia memang menangkan dia..ayat yg bt mama geram "Mama ni, dengan anak pun taknak mengalah"..pastu boleh plak kan..siap tepuk2 tangan dengan papa dia sebab menang..Grrrr.....

Apapun..inilah cinta hati saya..Saya akan tenang apabila bangun pagi, melihat mereka berdua masih menjadi milik saya...
Dan apabila mereka masih beradu, saya akan kiss kedua2nya dengan penuh kasih sayang..ahaks!!!!
|
|
|
|
*V*
"HEAVEN"

Dulu Lain --- Sekarang Dah Lain


Semua barangan princess tu, hasil sumbangan Tok Ayah dia..

Dulu pantang nampak barangan Princess..
Beg, kasut, baju, mainan, wallet..mesti kena cop gambar Puteri tu..
Kalau diizinkan beli, agaknya dia dah angkut dengan kedainya sekali..
Sangat Fanatik...
Tapi..
Dia juga berubah mengikut zaman..
Skunk inilah benda yang dia tak boleh tengok
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
*V*
TADA

Baju, seluar, kasut, beg, bantal, buku kaler2, mainan..semuanya ANGRY BIRDS
Memang tak boleh tengok langsung..comfirm nak beli!!!
Lepas ni minta sape2 yg cipta benda ni...saya nak request..boleh tak cipta..
ANGRY MAMA plak...
Hahaha..
Allesya Nadia..awak selalu buat mama ketawa sendiri..

Sunday, March 4, 2012

Bukan M.A.L.A.S

Dah lama tak menulis..bukan malas tapi memang sangat2 sibuk..xda masa nak mengarang bahasa2 puitis..FB pun dah lama x berjenguk..yaho.Mail dilupakan terus..password pun kena buka kitab baru tahu..

Adalah org bagitahu, kena pakai BB ni..hahaha..
Tolong beri saya 5 sebab je nape saya kena beli BlackBeri tu sedangkan saya nak guna pun tak tahu..
Giler punya naif aku nak faham fungsi benda alah tu..
Veranganlah juga nak up sikit beli iPhone..tapi tengok Galaxy Tab pun dah separuh jakun..
Apa kes aku nak seksa otak fikir pasal benda yg canggih2 tu..
Akhirnya X6 aku tu jugalah yg menjadi pojaan hatiku..

Tapi adalah benda yg aku nak update nanti..
Kisah IRONHEAD yg makin berkembang & mengembang seperti tuannya..*tuannya tak boleh stop nak makan..nak bt camne kan..

Juga kisah tak tidur selama 23 jam sebab balik Kedah tanpa dirancang selepas dapat berita Datuk Saudara Mr. Biceps telah kembali kepada PenciptaNya..
Citer jalan2 sambil menghabiskan duit ke Padang Besar & Kisah tiap2 hari kami kena survive nak balik umah panjat tangga hingga ke tingkat 8.

...SEMUA ITU COMING SOON...

Notchumels : Pagi ni saya dengan selambanya redah jammed G keje padahal xtahu shift kul berapa..tp nampaknya tekaan saya tepat.Memang saya kerja shift PAGI..YEAHHHHHHHHH!!!!!!!!