Thursday, September 30, 2010

Why I Love Green??

Dalam banyak2 colour kat dunia ni..aku memang sedikit obses pada hijau a.k.a Green..Tak kiralah..hijau terang ke..gelap ke..hijau lumut ke..hijau pucuk pisang ke *banyak nama tapi benda tetap sama kan..yang penting..I Like Green!!

Setiap kali aku stress..pokok2 hijau selalu menjadi pendamai hati..Ada masa..time petang2 selalu bawa bawa Allesya jalan2 kat padang tembak coz kat sana banyak pokok2 besar..*tempat dia ala2 hutan simpan gitu..sunyi.hijau..sejuk..besh3...

Rumah hijau aku..tersangat mendamaikan..walaupun just rumah kotak..itupun PDRM punya umah..i duduk je...
*bukan free tau coz my hubby tak dapat pun elaun rumah RM270 sebulan tu..tapi disitulah aku + Papa + Allesya menjalani kehidupan bahagia seharian..

Kalau dilihat betul2..langsir rumah pun hijau..peralatan dapur aku semua kebanyakannya berwarna hijau..tutup tupperware..tutup jug air..cawan..nasib baik kuali tak ada orang jual colour hijau..kalau tidak..aku mesti beli..


Time wedding dulu pun..my colour for dress..pelamin + etc ..green colour..adik2 beradik aku pun terpaksalah mengeluarkan belanja beli baju warna hijau juga..mak pengantin pun warna yang sama gak..huhuhu..sungguh ku terharu dengan keprihatinan semua..thanks ye *4 tahun dah kawin...baru berkesempatan nak say thanks..kakakaka...


Walaupun aku suka hijau..aku pula tak suka badan aku dibaluti dengan warna tu..takut orang tengok dah macam pokok berjalan plak..aku lebih cenderung membeli pakaian berwarna hitam @ putih..dah tersampuk dek warna kesukaan papa..


Oleh kerana minat yang mendalam pada hijau akhirnya aku dah terjumpa colour tersebut kat blog templates..aku edit sikit2..

so inilah hasilnya walaupun sebelum ni background blog aku kaler oren..

Background sebelum ini..bukan kaler jer berubah..pic dia pun aku dah tukar lain..

Kecil Tapi Chumel..ahaks!!!

Nak story about rumah Tok Yah..dulu dia jadi baby sitters for Lan + Lin * adik2 ipar aku..

Rumah dia tersangat chumel..kecil & kemas..
Ruang tamu dia agak2 aku just sebesar sebuah kereta *dok 5 orang dah penuh.

Nampak sikit gambar ruangtamu & bilik tidur

Bilik tidur pun sama besar dengan ruang tamu. Dapur dia panjang sikit *imagin dua buah kereta diparking memanjang. Bilik mandi dia tersangat best. Boleh masuk sorang jer..tapi air dia ...gigil tu sebab ada tempayan kecil. *Allesya suka..aku pun suka..

Inilah rumah chumel tu..ownernya nampak sikit jer..

1st time aku pergi, aku naik ikut tangga depan..tapi kali ni aku ikut dapur sbb gayat..maklumlah si kecik tu nak berdukung je hehehe..Rumah dia tinggi sikit..so anak tangga kayu dia pun tinggi..

Part yang paling aku suka sebab sinki dia teramatlah unik..
Belum pernah aku jumpa rumah yang ada sinki orang boleh basuh pinggan sambil duduk bersila. Siap tile lagi tu...green colour..

Allesya badmood coz semua orang tak bagi dia buka paip air

Allesya awal2 sampai dah usha sinki tu..Maklumlah benda dah terbentang depan mata.. Tok Yah memang seorang yang pembersih..rumah aku kecik juga tapi semak samun..jauh beza la dengan rumah chumel tu yang kemas dan semua tersusun rapi..

Dapat greenlight boleh main air

Dapat main air..dah x pandang kiri kanan..

Rajinnya dier..

Kat ruang tamu dia ada sebuah TV chumel..Fridge dia pun chumel je *taksempat nak ambil gambar..boleh dikatakan serba serbi yang chumel2 jer dalam rumah tu..termasuklah tuannya sekali..

Muka bengang coz semua orang dah nak balik..hik..hik..hik..

Next time balik kedah..boleh bawa Allesya pergi lagi..dia mesti happy sebab dapat bermain di sinki Tok Yah..

New Gadget...(",)..I Like!!

Salam..lama x updated blog..buka pun x..apatah lagi nak baca post kekawan..senang cter..mmg lgsung xteringat yg aku ada blog sendiri..Wah!!macam ler busy bebenor kan..

Cter pasal balik bercuti ke Kedah pun xabis updated lagi..tunggu la dulu..peram sat dalam komputer..yg aku nak cter hari ni pasal aku dah ada Notebook Baru..Yeeeaahhhh!!!!sonok sangat la..

Harga....*biarlah rahsia..biasalah..setahun punya perancangan..kena beli yang best2 sikit la..bukan nak 'mengebat' pun..* i tulih slang kedah tau..tp aku kira leh pakai dalam 10 ke 20 tahun tak payah beli dah..huahuahua..besornya angan2..

Notebook yang aku sayang sangat2 tu berjenama SoNY - Viao - icore 3..*nak beli icore 5 takut ada yg cakap berlagak plak kang..

*tp semalam g bawa laptop tu ke kedai untuk cari cover keyboard..ada aweks tu pakai Sony - Viao icore 7 ..rupanya memang sejibik cam laptop aku..langsung xda beza..tanya harga..8 ribu tu..mak aiii..leh bt downpayment kete..tak tercapai dek akal la aku nak beli..membazir..cukuplah sekadar apa yg dah ada ni pun..
Yg lama..kita masuk kotak dulu ye..nanti fikir kot2 nak pasang wireless kat umah..
Leh online sesama..

Dalam kesibukan aku bertungkus lumus menyiapkan majlis sambutan hari raya peringkat FPSK ,aku sempat mengusung VIAO aku ke opis sbb nak minta Zam installkan CloudAntivirus a.k.a Panda..harap2 tiadalah anasir2 jahat yg berani menceroboh ke Laptop aku ye..

To My Hubby ..plizz take care a new gadget tu tau..jangan godam sampai lingkup..yang paling penting...mama nak wish..selamat ber'FB' dengan lancarnya tanpa kena tunggu dia loading lelama..& one more..bila malam tu..mama selalu bagi hint nk juga online..so...harap2 faham2 lah tau..nak buat camne..Brokben tu ada satu je..kenalah sharing + ikut turn..hikhikhik..

* Gambar laptop..coming soon..tak sempat nak snap..busyla katakan...

Monday, September 20, 2010

Ceritera Raya 2010 @ Alor Star


Ramadhan + Syawal 2010 telah pun berlalu. Disambut sederhana oleh aku dan keluarga. Nak sambut lebih2 pun family mmg ciput je..Kalau yang kecoh pun si kecik tu..Semua orang layan dia sajalah walaupun dia asyik moody je..

Tahun ini beraya di Alor Star.Ini kali yang ke 3 aku raya di utara. Maknanya 4 tahun kahwin, baru sekali beraya di kampung halaman sendiri huhuhu...sedey juga la *tak boleh komen lebih2 nanti ada orang marah (",). Tapi kot2 lah tahun depan ada rasa nak merasa raya bersama di timur plak.

Cter pagi rayer
-----------------------]
Bermula dengan bangun awal..mandi sunat aidilfitri..benda wajib yang akan aku buat tiap2 kali raya. Bukan susah pun..
lagipun setahun sekali jer boleh bt kecuali kalau rayer puasa tu berlaku 2 kali setahun..hikhikhik..
Lepas tu kelam kabut sikit seterika baju coz papa nak g sembahyang raya..
*padan muka, saper soh malam sebelumnya layan FB sampai pagi..

Allesya mula - mula happy sebab dapat pakai baju baru

Sesudah tu barulah siapkan my 'pari - pari chumel'..agak moody sikit coz kena bangun pagi..tapi ok jap sbb pakai baju baru..
Tahun ni sedondon jer kami ber - 3..sekali imbas macam boria pun ada..hehehe..makan & bermula lah XTVT bergambar + bersalam - salaman..walaupun penuh gelak tawa tapi airmata aku mengalir jugalah..sedih sbb xdpt raya ngan Abah + Mak..
*sedey bila cium tangan Mr. Khusairi..feeling minta ampun tu kena lebih sikit..

Salam jer dapat duit raya..bestnya Allesya

Bila turn Allesya soh salam..dia dah moody..bagi duit raya pun xlayan..memang awak ni bukan mata duitan la Allesya Nadia..kalau mama, org bg duit raya..senyum sampai ke telinga kot..
tp dah tua2 ni sape yg nak bagi..tengok aje bolehla..

Masih sempat posing dengan Papa + Pak ngah

Pastu terus siap2 g kubur Tok Ayah. 1st time tahun ni kami tak dapat beraya bersama.. Allah lebih menyayanginya..sampai sana, tengok Paksu + familys dah ada with My Mak Tok.
Just sedekahkan Al -Fatihah..
itupun sambil berdiri sbb Allesya xmau turun..asyik nk berdukung jer..
Dah selesai semuanya..meneruskan perjalanan ke rumah Pak Ngah..depan sikit jer dari tanah perkuburan tu..pekena meehun sup dulu..sedap & aku makan ikut suka..

Dah kenyang..terus G umah Mak Tok..makan sate + laksa lagi..
padahal malam sebelumnya dah rasmi awal lagi. Alhamdullilah, perut dah terlebih kenyang. Selepas ni nak G umah Tok Chik plak..

With Mama @ rumah Tok Chiq

Tengahari
---------------------
Memang dah tradisi setiap tahun rumah Tok Chik (family sebelah mak) akan bt makan tengahari + menunya nasi tomato.
Oleh kerana perut dah sebu, aku just minum air jer..dah tak boleh sumbat..
lagipun penat sesangat dah ni + Allesya buat perangai..
Pastu terus balik rumah..hehehe..
aku nak rehat sebentar....perut dah kenyang..mata pun dah mengantuk..tidurlah jap.

Petang / Malam
---------------------------
Aku terjaga bila dengar bunyi suara orang ramai datang..
rupa2nya keluarga Mak Chaq datang..bangun mandi jap..pastu tolong mak buat meehun chiangmai *sampai sekarang aku xlulus lagi walaupun bahan2 dia senang jer.
Selepas tu family Maksu + Mak teh pula yg datang.
Disambung family sebelah ayah + Mak Tok..
Pastu rasanya terus adi open house kot sbb rumah diserbu oleh kawan2 + lin..aku yang selekeh pakai baju buruk *tak sempat nak melaram pun..
just dok kat dapur tolong basuh pinggan....nasib baik Allesya baik..Love u la sayang..
Semuanya berakhir lebih kurang jam 11 malam.
Pastu dah selesai semuanya, kami sekeluarga makan kat Restoren Sri Abadi. Lapar wei..
Sembang2 sikit pastu balik tidur.

Raya Aidilfitri 2010 @ Kedah

Berakhirlah sudah suasana meriah menyambut Aidilfitri 2010.
Raya ke - dua dah planning nak g open house rumah Mak Chaq + Makan sate..nyum..nyum..
Kemudian akan terus ke Jitra rumah Makcik Bad coz chesse cake sedang menati and then terus ke rumah Paksu coz, meehun sup special Mak Su memang sedap :p!


Friday, September 10, 2010

Kuala Lumpur -------> Kedah ... Balik Rayer..

Kisah bermula semenjak 28 ramadhan, 2 hari sebelum umat islam menyambut lebaran @ Aidilfitri. Aku bertolak balik ke kedah (tahun ni turn rayer umah FIL - Mr. Khusairi parent's) selepas waktu berbuka pada 7hb september 2010.

Balik sekali dengan Lin..Saja balik malam ingatkan jalan lenggang..kira bolehlah driver memandu dengan releks..tetapi rupa2nya..jalan jammed..semua R&R penuh, lori besar2 semua dok pulun lorong tengah, traffik pun banyak..dan aku rasa speedtrek pun mesti bertambah2..
Sampai pukul 2 pagi..selepas 6 jam perjalanan..

Alhamdullilah, mata co-pilot masih segar & setia menemani pilot disepanjang perjalanan..Tapi Big Boss dah terlentang kat belakang..Sampai tu terus bersahur kat Yasmeen..pukul 3 pagi makan nasi kandar, mana selera. Telan sikit2 jer..Pastu balik umah..terus bermimpi pergi London sampai pkul 10am..


Bangun, mandi dan bersiap pergi Pasific dulu. Cari tudung raya..Allesya pun nak kena cari keronsang + sepit rambut raya...
Pilih punya pilih..last2 dapat kat Tesco..itupun selepas muka Mr. Khusairi separuh senyum + separuh masam *siap baca doa dari rumah kot supaya aku cepat2 dapat beli tudung padan dengan baju..naughty la you (",) ..

Nasib baik baju raya dah beli siap2 time kat KL...walaupun just simple tapi aku puji baju from Gene Martino tu memang sedap dipakai.Walaupun harga dia mahal sikit tapi setahun sekali, apalah salahnya kan. Colour baju sama tahun ni. Dark Purple *tapi papa kata meroon..suke ati la..dekat2 nak raya ni semua orang dah buta colour sbb banyak bebenor baju yang dijual..lelong..lambak..beli 2 percuma 1 pun ada..siapkan duit berguni2 aje..yang lain2 settle..


Yang seronoknya sebab Allesya Nadia ada 6 pasang baju raya. semuanya masih ada tag harga lagi..memang betul2 baju yang dibeli untuk dipakai semasa hari raya..*anak xkata apapun..mak bapak / tok nenek yang tukang beli. Mama just 2 pasang, papa pun sama..Hari tu g shopink kat Sunway Pyramid..Renoma buat sale..sempatlah Papa ambik yg berkenan dihati.

Rasanya semua dah ada..tunggu rayer menjelma jer lagi..releks2 sebab mak tak buat apapun..semua order..ketupat daun palas + rendang semua beli.. Malam tu g umah Mak Tok jap..sempatlah pekena laksa kelantan + sate..kira rasmi la dulu sebelum raya.. Pas makan..balik umah..lepak2 ngan Allesya Nadia..& tido..sok raya..yeye..

Wednesday, September 1, 2010

Anugerah Dan Kurniaan



Pertama kali Allesya pakai telekung, aku yang seronok lebih..Alhamdullilah..sejuk mata aku pandang anak chumel aku pakai macam ni..Memang doa aku semoga dia menjadi anak yang solehah..



Bulan ramadhan ni memang kebiasaannya pas sembahyang maghrib aku akan terus baca Al - Quran sementara menunggu Isyak..dan disebabkan dia selalu sibuk kacau nak 'Baca Buku' (jeles tengok aku baca Al Quran, nak juga pegang walaupun aku larang)..aku pun pakaikan dia telekung..seronok betul dia mengayakan telekung aku tu..

Mula2 aku sarungkan telekung macam tu saja tapi dia marah sebab nak juga pakai anak tudung tu..Ikutkan saja la..lagipun aku sendiri memang suka tengok dia dalam keadaan macam tu..tersangatlah chumel..(",)



Sekarang lagi hebat sebab dia tiru gaya aku angkat takbir..rukuk siap ngan sujud sekali..Ada masa terdengar dari mulut chumel dia tu dia sebut 'Allah'..(",)



Setiap kali aku beri salam..kepala dia pun akan ke kanan dan ke kiri mengikut gaya aku..
Dan doanya yang panjang berjela tu sampai kena tegur bila nak habis..Kadang2 bila tengah berdoa, Papa dia kacau..sempat lagi gelak2 pastu sambung balik berdoa..Mulut terkumat kamit seperti betul2 memohon sesuatu dengan penuh kusyuk..



Semoga Allah S.W.T memberkati perjalanan hidupmu. Biarpun sesukar mana kehidupan ini, Papa + Mama berjanji..kita akan harunginya bersama.
Doa mama semoga Allesya Nadia akan menjadi anak yang solehah..yang sentiasa beriman dan taat kepada Allah S.W.T serta ibubapa..
Sentiasalah jujur dalam melakukan apa sahaja..
InsyaAllah hidupmu akan bahagia..
Amin


Kami Akan Kekal Bersama (",)

One day, dah tak ingat date dia..tapi before ramadhan..Papa bermurah hati + amatlah prihatin dengan tekak aku yang dah lama nak makan steamboat kat Mr. Johhny..tetiba ajak pergi makan & nak belanja (thanks a lot ye)..
Cter tak ada kena mengena ngan tajuk pun..hikhikhik..



Master mind yang tukang sponsor makan steamboat (",)

Pagi tu dah puas berlari2 di GYM, so dinner kami makan di Mr. Johhny, Jusco Sri Kembangan..Bukan nak g beli apapun..saja jalan2 bawa Allesya..


Allesya nak buat peace tak jadi

Biasalah tempat tu memang selalu 'Q'..tapi disebabkan memang dah rezeki, siap berdoa dari rumah lagi supaya tak payah nak tunggu lama, akhirnya tercapai juga hajat aku nak makan..hehehe..Allesya pula masih setia dengan ice cream vanilla dia setiap kali menjejakkan kai ke restoren tu..


Muka merajuk kena marah sebab nakal / dapat ice cream pun masih tak senyum

Tengok wap dah kuar dari periuk dia..aku dah kecur airliur..sampai jer makanan..rebus kejap pastu ngap ajer..dan hasilnya...hanya tinggal sedikit kuah & sos dia.Aku bertambah 2 kali sos tu (takper..minta banyak kali pun dia tak marah..bayar tu)....sampai berpeluh dibuatnya sebab memang steamboat sedap dimakan panas2..


Ambil set untuk 2 orang jer..tapi aku yang tukang habiskan semuanya terutama sayur - sayuran

Selepas kekenyangan..Papa G beli majalah dikedai buku Fitness peberet dia..Allesya sempatlah godam kuda display orang tu..siap terguling2 lagi atas lantai..


Horse ni sebenarnya untuk display jer tapi Allesya buat macam Papa dah beli..
tapi memang best..lembut jer..


Pastu nampak pula kereta peberet dia..huh!!spoil betul la..baru nak join Papa masuk F.O.S..sudahnya..Papa jer yang masuk..aku jaga dia yang tengah asyik masyuk mengoyangkan badan duduk atas ferrari merah tu sambil melayang RM5 sebab nak naik sebanyak 5 kali!!


Sebelum balik, XTVT wajib kalau ternampak kete peberet dia tu..tapi kali ni siap naik horse hinjut2 lagi..Dasyat betul la Allesya ni..Pandai dia bodek Papa + Mama yer..

Turun nak balik..nampak pula kuda hinjut2 kat level bawah..tangan dah tunjuk2 nak naik..mulut dah bising..Bayar RM3 jalan 2 @ 3 minit..baru senyap..pandai orang tu buat duit yer..memang tahu anak2 suker benda2 mcm tu..saja dipamerkan betul2 tengah jalan..

Dah puas berkejaran dengan Allesya disepanjang Jusco tu sebab langsung xbagi orang pegang dia, kitaorang pun balikla sebab jam lewat malam & esok pagi nak keje..Tata..


Spent Time With Allesya




XTVT Bulan Ramadhan ni, selain daripada turun membeli kuih muih diwaktu petang, XTVT berjalan2 @ ronda2 naik motor dengan Allesya adalah waktu yang paling menyeronokkan. (Papa jangan jeles tau (",))

Allesya lagi seronok sebab selepas satu hari terperap di rumah baby sitter, dapatlah sekali sekala menghirup udara segar walaupun kadangkala tak segar mana pun sebab bau sampah sarap yang berlambak dan teramatlah menyeksakan hidung.


Sebab itulah aku selalu akan bawa Allesya pergi bermain2 tengok BIRD @ FISH @ HORSE dikawasan Padang Tembak Pasukan Gerakan Am..tapi separuh jalan aje la sebab kawasan tu larangan bagi orang ramai..(tempat orang berlatih menembak tu..kot2 ada peluru sesat kang lain plak jadinya)..

Park motor tepi jalan, pastu turn jogging ngan Allesya..Aku just tengok jer..dia pula semua benda nak kutip..sampaikan daun2 kering pun leh dijadikan mainan..

Ada masa, aku akan bawa dia pergi Padang Kawad..tapi kat kawasan ni boring sikit kecuali ada orang main kereta control tu..seronok dia kejar kete orang padahal abang2 yg dok main tu dah tension..ketenya besar..terlanggar anak orang, tak pasal2 jer kena sepak..(tak adalah aku segarang tu kan)..



Tengah kutip daun2 kering

Batu pun nak kutip juga ke??

Masih sempat tersenyum walaupun sibuk bermain

Tapi memang best tengok Alllesya happy..dia akan jadi 'Gud Girl'..kami akan sama2 nyanyi lagu 'ibu' + Adira + Shahir..Aku nyanyi + Allesya akan tepuk tangan..ada masa suara dia akan lebih kuat dari aku..who's care orang nak pandang pun..yang penting...we fun together!!!yeah!yeah!!!

Gym@FPSK.USIM


Pesanan Allesya untuk Mama..sebab mama akan teruja bila jumpa roti canai (",)
Singgah kedai mamak Bt. 9 untuk breakfast dulu. Just makan benda simple2 jer..takda kolestrol+ minyak + lemak
Papa seperti biasa, akan menghabiskan sebotol supplement dahulu sebelum memulakan senaman. Hanya untuk ahli bina badan sahaja. Orang2 macam aku yang senama onn - off ni just leh minum air masak..Dah try makan hydoxycut tapi satu hari pitam + muntah2..
Kesimpulannya orang magrain macam aku tak boleh terlebih kafein ok..

Allesya nadia sebagai fitness instructor untuk hari itu. Kebetulan memang ada dumbell 2lbs yang dicop "AVON' dalam GYM..so amat sesuai untuk baby chumel yang seronok sesangat sebab boleh main lari2 dalam gym sambil memegang dumbell..

Wajah2 kepenatan selepas 2 jam berjaya mengeluarkan peluh + membakar kalori sebanyak 200 psl. (Yang penat tu aku ngan Papa jer..Allesya Nadia tetap maintain cergas seperti biasa sebab dia tak X'cise pun..dok asyik dengar lagu sambil meniarap diatas treadmill)