Thursday, August 29, 2013

Jumaat yang pening!

Salam pagi jumaat...mood pagi ni...biasa2 je..baru lepas menghabiskan secawan kopi Mak Dara...skunk, kepala dah ada2 unsur nak tengok bird terbang atas mata..

Semalam aku sakit dada..aku ingatkan semalamlah malam terakhir aku tengok dunia..tak boleh sedut nafas...aku gerak je, macam ada orang tikam2 dada aku..Kaki terus lembik..terlentang terus sambil cuba bertenang..Sampai hari ni aku masih rasa macam ada jarum2 halus cucuk dada..dengan bantuan Uncle Google..aku dah baca kenapa boleh jadi macam tu..punca tidak diketahui tetapi berkemungkinan mengalami stress secara dalaman..iaitu stress yang terpendam..hahaha..aku tak tahulah kalau dia tipu aku sebab bahasa indon tu aku bukan faham sangat..

Jika sakit dada sebelah kiri tu berlarutan hingga ke pangkal bahu, pastu terasa mual dan nak muntah..itu plak tanda serangan sakit jantung awal..Ya Allah!!!Minta la panjang umur..aku masih mahu memeluk anak2 aku yang baru nak kenal dunia tu..Inilah akibatnya kalau orang yang banyak masalah mcm aku ni..

Tapi inilah peel aku..suka peram masalah dalam dada..Masalah aku xdalah tahap orang nak serang Malaysia pastu aku kena bermusafir ke tempat lain dan yang lebih teruk suami aku tak boleh ikut sbb mempertahankan negara..Terpaksalah aku angkut anak2 sendiri, pastu meraban tak tahu nak pergi mana.Giler punya imaginasi..camna tak sakit dada..

Masalah aku sebab aku suka fikir masalah..Contoh, duduk dekat opis..tapi kepala otak tengah fikir kat rumah kain sebakul tak berlipat..balik nanti nak sapu sampah, mop lantai, basuh kain..hari ni nak masak apa..hari ni nak amik anak pukul berapa dari rumah pengasuh..pastu fikir..sempat tak pergi kedai tengok stok, fikir masalah hujung bulan nak bayar itu..nak bayar ini..tengah2 fikir masalah lain, otak teringat plak barang basah xda dekat rumah..pampers anak habis, susu tinggal sikit, ish!macam2 lagi la..Penat tau fikir benda2 tu..

Tapi bila duduk dekat rumah, fikir plak pasal keje..dekat opis ada lagi 3 troli buku tak katalog, dah set dalam kepala, esok nak siapkan benda ni..hantar benda tu...See!!benda2 macam tu pun boleh buat aku terbeban..

Laki aku selalu marah..dia kata mama ni perangai suka fikir teruk2...Pastu nak bt sesuatu benda tu..fikir negatif 80%, positif tu 10%, 10% lagi dalam dilema...hahaha. Padahal benda tu bukan masalah besar pun..Eh!!dah tuhan nak anugerahkan sikap aku camtu..nak buat camna kan...kan..kan..yang penting aku tak menyusahkan orang...

Disebabkan dada sakit, pastu tido pun sekejap tido sekejap jaga..dahlah masalah kesihatan tidak memberansangkan, malam tadi Airis plak tido siap kaki atas muka aku..Entah bila dia pusing 360 darjah pun aku tak tahu..ikut suka dia je kat mana dia nak landing..Aku tido hujung2 katil je..Natijahnya, pagi ni bangun sakit habis badan2 aku, maklumlah tidur sopan giler..buas sikit je memang sah tergolek ke bawah..Hah!!Kau pilih mana nak??
Pagi ni lagi sempoi..puas aku gelak sesorang..entah apalah masalah aku hari ni..Aku pun tak faham diri aku sendiri..Tengok..masalah lagi...*tampokepalasendiri!*
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
*V*

 Kalau member aku tak tegur "lawa selipar', SUMPAH aku tak perasan..nasib baik bawa kereta, cuba bayangkan kalau aku merempit pakai selipar lain sebelah camni..Comfirm takda orang nak lawan aku merempit hari ni..sebab tau dah budak ni putus wayar..
Yang lebih syahdu tu dua2 SELIPAR JAMBAN!..Hahaha, Ah!!Cannot Imagine..

Cadang nak LINE laki aku tunjuk fesyen terbaru kasut raya aku..tapi comfirm dia kata aku Gila!..so, pendam je la hajat tu..daripada kena kutuk baik duduk dalam opis diam2 main Candy Crush.

Yang ni satu lagi..entah apa motif aku pagi ni pergi angkut masker muka ni letak dalam handbeg..Takkan nak pakai sambil buat keje kot..ada juga yang kena tampo dengan boss aku ni kang...
Teruk juga masalah aku hari ni..

Nak kena main tepuk amai - amai balik ni bagi hilang sikit stress..
Ajak Airis nyanyi lagu ayam patuk itik sudu ok juga kot..Nanti kita try..
Okebai!

Monday, August 19, 2013

7 Tahun!!


Macam sekejap je masa berlalu..sedar2 dah 7 tahun bersama..tapi adakala aku masih lagi meluangkan masa membelek gambar pelamin dengan hantaran di google..Motif???hahaha..sendiri buat sendiri tak tahu..

Alhamdullilah, masih kekal bersama...tak pernah terlintas dalam kepala nak buang dia dari hidup aku..tiap2 hari berdoa semoga dia dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa menjadi suami yang terbaik..Semoga dia sentiasa berada dilandasan yang betul agar dapat membimbing aku dan anak2 ke jalan yang diredhai Allah SWT

gaduh2..tak puas hati..itu lumrah..kadang2 dengan diri sendiri pun boleh tetiba rasa sakit hati..apatah lagi dengan orang lain..tapi pengalaman mengajar kami supaya menjadi lebih dewasa..tapi biar apapun..saya sentiasa sayang dia setiap hati..

Thanks atas doa keluarga dan kawan2 supaya kami sentiasa kekal bahagia bersama..Sambutan?? semalam wish je dulu..dah fikir macam nak bawa anak2 pg makan je..tapi xtahu lagi..Tekak macam terasa nak makan dekat Texas Steak House..tapi tekak mamat ni The Very Melayu...tengok la macamana..kami ni kadang2 bab pilih tempat makan pun tak sebulu..biasalah...tak gaduh tak rock kan...puiiii!!!!

Kata2 untuk dia pada tahun ni :
UNTUK 7 TAHUN BERSAMA, SAYANG KAMU TIADA MULA DAN AKHIRNYA
TUHAN, TERIMA KASIH KERANA PINJAMKAN DIA KEPADA SAYA
MY BFF # ENEMY # CHENTA HATI ~HEPI ANNIVERSARY~

Mood : Hepi sangat!! Alhamudllilah (",)

Tuesday, August 6, 2013

Syawal 2013



Hari ini insyaAllah hari terkahir ramadhan 2013..Alhamdullilah sebab tahun ni aku dapat sempurnakan ibadah dengan jayanya..dan lagi membanggakan..segala makanan yang terhidang atas meja untuk suami dan anak2..adalah hasil air tangan aku sendiri uols..mula2 puasa je jejak PARAM..tapi setiapkali pergi mesti sentap..so, amik keputusan better buat sendiri..

Kalau korang tengok aku berkawan rapat dengan En. Google pasal nak masakan hidangan sedap2..memang kelakar tau..habis samsung aku kena cili, kena kunyit, kena tepung..ada satu hari tu, nyaris dia termasuk dalam gulai kari..Fuh!!urut dada aku..

Itu belum lagi korang tengok aku bersilat nak buat kuih lopes...Gigih giler aku sehari suntuk nak siapkan kuih tu! Serik tu xda la..tapi kalau nak makan..aku rasa better beli je la..Xmampu aku nak membuatnya..step kena betul..kalau tidak..lopes tak jadi..jadilah Pulut Hijau yang terpaksa dimakan menggunakan sudu...OMG!

Tahun ni memang nak bagitau ikhlas..xda baju raya..sebabnya, kami xbalik beraya..Bermusafirlah kami di Hulu Langat tahun ni...bertapa aku rindukan rendang mak aku..tapi apakan daya..diatas sebab2 yang xdapat dielakkan...terpaksalah menahan diri...Anak2 je sempat bertukar baju..xpa, dah tua2 ni semangat raya tu menurun dah pun..yang ada cuma rindukan suasana berkumpul adik beradik...Sayu je hati ni...

Tadi dah telefon mak aku..dia buat rendang, pulut kuning dan macam2 lagi la..Akak aku je tak semenggah..dia nak buat nasi lemak pagi raya..Kau dah kenapa??Kot ye pun mengigau..tunggu la hari lain...Sempatlah bergaduh sekejap dengan dia..hahaha...Poyo kan..Kami memang camni..bila bercakap ayat mana pernah teratur..ikut la yang mana dulu kuar dari mulut..gelak macam mafia tapi air dicincang xkan putuskan..

Okeylah..Sempena hari baik bulan baik ini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dah maaf kepada semua saudara mara dan kenalan..xkira dimana anda berada..Jika selama ini ada kekhilafan..maaf zahir dan batin dipinta..Selamat Hari Raya Aidilfitri..Semoga syawal ini memberi seribu pengertian kepada anda semua..Kepada yang berhajat dan datang kerumah..bagitau awal2..bolehlah saya masak apa yang patut sebagai juadah sempena hari raya sebab saya hanya ada 6 jenis kuih je..itupun semua ditunjuk dan bayar...hehehe...

Pesanan Ikhlas : Berhati2 dijalan raya..Ingatlah keluarga yang tersayang