Sunday, October 24, 2010

Allesya Shop Telah Dibuka!!! Kunjungi SEKARANG

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Alhamdullilah..kerana memang dah lama sesangat berminat nak buat bisnes ini
ditambah dengan harga baju anak yang ter 'over' mahal jauh
daripada baju mama dia sendiri..i dengan my hubby dengan ini telah membuka
: -

*
*
*
*
*
V



Kepada kekawan blogger, jenguk2 la masuk yer..saya boleh bagi rege murah2..
bagi yang duduk USIM nilai, jangan risau..penghantaran menggunakan pos USIM
(free jer)..hehehe..*i tumpang van pos USIM..harap2 they all tak marah..
.

Selain tu minta ler juga kat kekawan tolong promotekan bises i ni yer..
Juta2 TQ i ucapkan pada sape2 yang sudi promotekan Allesya Shop pada orang lain..


Takmau cakap banyak..boleh terus ke

http://allesyashop.blogspot.com

@
http://facebook.com.my/allesyashop


My nots : pada hari ini, blog & facebook baru ada introduction..
esok mungkin Allesyashop akan beroperasi sepenuhnya..

Wednesday, October 20, 2010

Jalan2 buang masa

Bebereapa hari yang lepas..i + of course la with my hubby bawa Allesya ronda2 KL di malam hari..Suka suki je kan i jalan2 padahal esoknya i keje..kira2 macam ladies night la kan coz pusing sampai bukit bintang..hahaha..*saja2 tengok orang mabuk jalan terhuyung hayang sambil muntah2 kat tepi jalan..erk!!!keji tul bila i tengok orang islam bt macam tu..:(

So..siap2 around 10 pm..1st G downtown Cheras dulu..teringin nak makan Char Kuew Teow *betul ke i eja tu??itupun sbb i geram coz sebelum tu i G pasar malam beli laksa tetapi rasa dia mmg hampeh..tawar..tak masam..rasa pahit2 sikit..sejuk jer..RM3.50 i beli tapi akhirnya i buang jer dalam tong sampah..membazir tul..

so, untuk menghilangkan bebelan i yang dah macam pemberita i, hubby i pun bt2 la prihatin ajak i kuar jalan2..ingatkan nak G downtown setapak..tapi macam tak termampu la plak coz jauh..sure balik lewat punya..esoknya nak keje..


Bawa stroller soh dia naik..tp tuan empunya diri sendiri yang nak tolak..

I just jalan2..kalau malam bekerja memang susah nak cari benda2 yang menarik kat downtown tu..yg ada baju..kasut + beg jer..yang lain2 tu kurang..kena pow ngan Allesya jer..sibuk nak beli jam tangan gambar Hannah Montana..padahal yg dah ada kat tangan tu elok lagi..siap buka jam yg ditangan sbb nak juga pakai yang baru..huhuhu..layan je la..

Pastu i jumpa keronsang..murah2 la plak..selalunya kalau orang jual 5 biji 10 hinggit..kat downtown..7 biji sepoloh..so..i beli la..yang cute2 jer i pilih coz banyak sangat pilihan..

Bukan nampak jalan pun..main tolak jer..

Pas penat jejalan..tiba la masa untuk makan..i buat2 lupa yang i ni on diet..jeling jam dah kul 12 malam..alololo..bleh ker i belasah char kuew teow ni??
Disebabkan telinga i dah terdengar Mr. Khusairi tu siap order yang special lagi with kopi O ais..airliur i pun dah hampir2 nak meleleh ni..emm..i just order yang biasa jer plus kerang lebih *tapi takda maknanya dia nak bagi kerang lebih...kedekut tul..i bayar tau..

Bye2 downtown..next time i datang lagi

Pas makan..Allesya pun dah bising nak kejar cat yang banyak tu..so Papa dia cakap..kita jalan lagi K..so kami pun masuk KL..entah jalan mana yang hubby aku bawa..tetiba kuar kat Jalan Sultan Ismail..

Sempat lagi posing sementara tunggu traffic light bertukar hijau

Pastu G chow kit + Jalan Tar..ah!!bahagianya bila jalan lengang..seronok betul tengok KL tak jammed..pastu pusing2 lagi..menuju ke Jalan Dayabumi & masuk jalan Loke Yu... tengok jam dah kul 2 pagi..i pun dah mengantuk sesangat..so kami balik aje la..

Inilah Kuala Lumpur yang lengang

Allesya maintain happy..siap nyanyi lagu peberet dia tu..sepanjang jalan dia nyanyi lagu Adira..siap dengan seni persembahan yang menarik..Baguslah sayang..dah semakin bagus nyanyiannya sekarang *lagu terbaru yang berjaya dihafal ialah lagu JAHAT - Stacy..extra with dancing (",)


Bestnya perjalanan lancar tanpa gangguan

InsyaAllah..lain kali kami akan meronda2 ker putrajaya pula di subuh hari..

Ada budak sudah mengantuk...hehehe

Mesti Allesya suka dapat jalan2 ngan Papa + Mama..maklumlah siang mak bapak sibuk keje..adakala bawa dia jalan2 macam tu nampak jugalah yang kami ni prihatin..adios...chill!!!

Meehun Chiangmai

Ya Tuan2 dan Puan2..kali ni i nak ajar memasak resepi yang amatlah mudah..simple tapi sedap juga la..resepi ni i ciplak from my mum in law time balik rayer aritu..1st time makan..series i cakap..i terus suka..nama dia meehun Chiangmai..*meehun ker beehun??..belasah je la ye..

Cuba la resepi yang senang ni..*nampak sangat i bawa bekal G pejabat kan..

I pun tak tahu asal usul resepi ni dari mana..maybe from thailand la kot..1st time i bt memang tak jadi..husband i kata ada rasa macam tomyam..erk??nape plak jadi macam tu..tapi mmg kureng sedap pun..pastu i try lagi & lagi..now i expert tau nak masak meehun ni..if i keje pagi pun..kul 7 i still leh masak meehun ni bawa G pejabat..i suka rasa dia yang manis2 wangi..

Walaupun nampak tak menyelerakan..tapi i terliur sebab hidu bau bunga kantan dia yang wangi

Alolo..i ni banyak cakap mengalahkan chef wan plak ye..oklah..just follow apa yang i tulis kat bawah ni..makesure you all jangan tambah benda2 asing plak selain apa yang i tulis ni jer...coz nanti tak sedap..you all kata i tipu..selamat mencuba

Inilah rupanya..memang tak chumel pun..
  1. Meehun sebungkus (rendam)
  2. Bawang putih (4 - 5 ulas @ bergantung pada kehendak sendiri la)
  3. Cili api (3 -4 ulas @ pada2 yg suka pedas..tambah le bebanyak sikit)
  4. Daging ayam @ udang @ sotong @ apa2 yang you all rasa nak taruk sebagai bahan2 dia..
  5. Sawi (jangan boh tauge ker @ sayur lain..sebab nanti bau dia jadi lain) - kalau nak boh juga ikut suka la..(",)
  6. Kicap kipas udang (jangan boh kicap lain *thats whylah suami i kata meehun i rasa tomyam coz i guna kicap cap mudim..kat KL takde kicap tu..i import from kedah..sangat sedap dimakan dengan nasi panas..
  7. Bunga Kantan (sebatang dah berbaloi untuk sebungkus meehun *lagipun bunga kantan sekarang ni mahal)
  8. sedikit garam
  9. Minyak untuk menumis
Cara2nya
  • Bawang putih, cili padi (jangan guna cili besar tau), dan kicap diblander sekali sampai lumat..panaskan minyak & tumis bahan2 yang telah diblander tadi..kemudian masukkan ayam @ udang @ sotong @ semuanya sekali...biarkan seketika
  • Selepas itu masukkan sawi dan kacau sebentar..apabila sawi dah agak layu..masukkan meehun..kacau dan rasa..tambah sedikit garam dan i syorkan you all banyak gunakan kicap berbanding garam sebab rasa dia lagi sedap..akhir sekali barulah masukkan bunga kantan yang telah diracik halus..kacau sampai sebati..& boleh dihidangkan..
Simple kan..
SELAMAT MENCUBA

My nots : if confuse dengan apa yang i tulis..leh la tinggalkan comment atau tulis jerkat ruangan chat tu..nanti i reply k..(",)

Harap2 cepat sembuh

Minggu lepas Allesya demam + cirit birit + muntah2...kesian plak aku tengok dia & dlm masa yg sama sedih tengok pampers yg baru je pakai dan kena buang sbb uk..uk..

Allesya kata "nyummm"...

Hati pun risau..kejap demam..kejap ok..tapi aktif dia selamba jer..macam orang yg tak sakit..pergi bawa jumpa doktor..dia yg cakap banyak..sampai doktor pun tak tahu nak cakap apa..siap cakap kat doktor lagi.."nak dula" (gula2)..

Masih happy walaupun demam

Nakal tetap maintain..berlari non stop..mulut masih sibuk mengomel..abis tu camner..demam ke tidak?? tapi sbb nampak sangat badan dia yg terlebih susut..aku bawa dia G klinik untuk kali yang kedua..

Papa layan tengok cicak..

Marah papa kacau dia nak main

G klinik lain plak..kot2 la yg 1st tu tak serasi..siapa tahu kan..hasilnya tetap sama..sampailah hari jumaat tu suhu badan dia semakin luar biasa..panas pun dah makin tinggi..aku bagi segala tok nenek ubat dah..tapi tak jalan..
Parasit apa yang degil sangat ni..mood pun dah berubah2 kejap baik..kejap nakal melebihi had..*ati aku pun dah mencapai kepanasan 200 c bila dia nakal..

Seronok ada orang layan

Sabtu tu demam dia makin teruk..aku bawa G klinik kita sekali lagi..suhu badan 38.5c..dah tinggi dah tu..malamnya pula sedang aku baru nak makan nasi..tengok dia dah lembik..*selalunya dia la orang yg paling sibuk nak kacau bila aku hidang makanan...tapi kali ni dia pandang kejap..kejap mata dia pejam..aku tengok tangan dia mengigil..

Kalau boleh tempat mainan tu nak konker sesorang

Ingatkan sebab terkena pancaran cahaya TV kat mata aku yg rabun ni sampai boleh nampak tangan dia macam tu rupa2nya memang sah!!!dia dah mengigil2 sebab panas sangat.. Pastu dah tak tunggu lama..angkut bawa G HUKM..Emergency Room yang penuh tu aku redah je la..selalu HUKM kalau kes budak2 mmg cepat sikit diaorang ni bertindak..kalau orang tua..diaorang slow sikit..check suhu..dah 40.1..wah!!leh masak telur atas dahi ni..

MA tu soh aku mandikan..tengok jam dah dekat 12.30 malam..dalam ati aku..betul ke dia ni..ke mabuk..dah lewat malam ni soh mandi tapi aku ikutkan juga la walaupun aku risau dia terkena penyakit lain pula sbb bila tengah demam antibodi badan jadi lemah..

Sambil mandikan dia dalam toilet..hati aku sedih betul bila dia merengek cakap sejuk..aku pujuk cakap nak dia sembuh..dia diam jap..pastu dia sambung balik..pas aku rasa badan dia dah ok sikit..aku pun lap dan pakaikan dia sweater + stokin...aku peluk dia kuat2 bagi panas sikit..sempatlah dia lelapkan mata lebih kurang 5 minit..sambil tunggu doktor sempat dia minum milo yg papa dia belikan..pastu tetiba minta nak air rebina..*balik tu baru singgah 7E beli rebina..kat HUKM mana ada jual..

Alhamdullilah..tak admitted tu..*sebenarnya jumpa doktor pun tak coz ada banyak kec xcident..so they all cakap masa menunggu sampai 4 jam..means..kena dok situ sampai kul 4 pagi..huhuhu..tak termampu aku..so aku G kat kaunter cakap nak balik..if dia demam semula..aku datang esoknya..diaorang pun bagi permission jer coz masing2 muka pun dah kelat2 masam..aku faham..penat la tu..

So..esoknya dia aktif semula..sihat & aku paksa dia makan..tetapi kisahnya malamnya pula bt aku ngan papa gelihati..mula2 nak makan MEK D..oklah..kuar G beli..dan dia berjaya menghabiskan sebelah biji burger Double Chesse..ingatkan dah kenyang tapi tepat kul 12.00..aku ajak dia tidur..dia nak makan KFC..huahua..puas kelentong..pujuk..janji nak beli esoknya..tapi tak jalan..last2 aku pandang bapak dia..bapak dia pun pandang aku...eemmm..anak punya pasal..kena start keta G beli la jawabnya..

Seronok makan KFC pada pukul 1 pagi *abaikan umah yang berselerak tu..

Posing dulu baru makan

dah beli chiky meal..ingatkan happy sebab dapat peha ayam rupa2nya sebab nak mainan doraemon tu jer..wah!wah!wah!..

Ni lah rupa benda yang dia mengidam sesangat sampai tak menyempat2 tunggu siang

syabar ye sayang coz berjaya mengenakan Papa + Mama..

Kecik macam ni je dah dekat spoloh hinggit!!!

Allesya..you are very genius la..

Monday, October 18, 2010

Siapa lebih Hebat???

Dalam kamar mahkamah..dikandang tertuduh..berdiri seorang wanita yang manis bertudung litup. Mukanya sedikit pun tidak mengambarkan keresahan walaupun dia tahu jika tersalah cakap, dia akan selama2nya kehilangan hak penjagaan terhadap putera dan puterinya yang masih kecil.

Sekilas dia memandang bekas suaminya yang segak berkot dan siap bersongkok. Nampak sungguh keangkuhan lelaki itu. Disebelahnya pula terlihat seorang lelaki yang berpakaian kemas..itulah peguam yang akan memburuk2kannya nanti..

Tanya peguam bekas suaminya itu : Puan "K" , sila beritahu mahkamah..apakah pekerjaan puan..berapa pendapatan puan sebulan.

Wanita itu hanya tersenyum. Dengan lafaz bismillah dia menjawab dengan tenang

"Saya seorang guru di TASKA. Pendapatan saya kira2 RM800 sebulan.

Peguam itu juga tersenyum. Dia berkata :
Yang Arif, didalam bandar yang besar ini, apakah yang boleh diberikan oleh Puan "K" ini kepada kedua2 anaknya dengan hanya bergaji RM800 sebulan. Menurut klien saya, selama ini dia yang menanggung semua perbelanjaan keluarga. Malahan dia juga yang menyediakan keperluan anak2. Bekas isterinya ini tidak pernah mengeluarkan duit sedkit pun untuk anak2nya. Semua duitnya habis dibelanjakan kepada ibu dan keluarganya sahaja.


Wanita itu hanya tersenyum mendengarnya.

Kini tiba pula giliran si suami. Dia berkata :
Bekas isteri saya jarang berada dirumah. Suka menghabiskan masa dirumah jiran2. Malahan pernah tidak memasak makanan untuk anak2 yang baru pulang dari sekolah hanya kerana bersembang dengan jiran.
Selain itu bekas isteri saya juga sering mengabaikan anak2 dengan tidak menghiraukan kesihatan mereka. Dia juga sering mengaibkan saya kepada jiran2 dengan mengatakan saya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.


Bekas suaminya menundukkan wajah..nampak bagaikan kesedihan..kemudian dia menambah..

Bekas isteri saya selalu meninggalkan anak2 tanpa pengawasan orang dewasa dirumah...
dia sering keluar berseorangan tanpa mempedulikan kebajikan anak2 yang masih kecil..


Wanita itu hanya mendengar tanpa sebarang reaksi..

Lelaki itu berkata dengan penuh yakin :
"Berdasarkan penyata gaji saya yang bekerja sebagai jurutera dan berpendapatn kira2 RM10 ribu sebulan, maka saya rasa layaklah hak penjagaan kekal diberikan kepada saya supaya kebajikan anak2 saya terjamin.
Saya akan sediakan segala kemudahan dan keperluan mereka dengan secukupnya..



Hakim menulis sesuatu diatas kertasnya..dia kemudian meminta wanita itu membela diri.
Dengan penuh sopan..wanita itu tersenyum..memang manis dan bercahaya wajahnya..

Dia berkata :
saya tidak punya wang untuk mengupah peguam..dia tersenyum..bekas suaminya pun sama..tersenyum sinis.

Dia menambah :
Tetapi peguam yang paling terbaik bagi diri saya adalah saya sendiri. Saya tidak mahu membuka keaiban orang lain untuk kepentingan diri. Saya tahu Allah S.W.T adalah yang paling adil..semua yang ada didalam kamar mahkamah itu memandangnya. cuba memahami apa yang ingin disampaikan..


Dia berkata :
Yang Arif..izinkan saya bertanya soalan kepada bekas suami saya?? Hakim itu mengangguk.


"En 'X"..adakah kamu beragama islam? merah padam wajah bekas suaminya.

Dia menjawab dengan penuh yakin :
Sudah tentu.


Wanita itu menambah :
Jika begitu..peganglah Al - QUran ini..dan bersumpahlah demi Allah..apa juga yang kamu katakan tadi adalah benar belaka dan jika kamu berbohong..seluruh kehidupan dan jiwa raga kamu akan dilaknat kerana saya telah bersumpah dengan nama Allah Yang Esa..demi susu yang telah saya berikan kepada anak2 saya..demi agama saya dan demi maruah saya..sesungguhnya saya tidak melakukan segala2nya yang telah En 'X" dan peguam En "X" katakan tadi "
Wanita itu keluar dari kandang tertuduh..dia menghampiri bekas suaminya yang berdiri tegak dan terkedu..wanita itu menghulurkan senaskah Al - Quran kepadanya..namun bekas suaminya itu hanya memandang Al - Quran itu dengan perasaan malu..


Dia menelan airliur..sesekali dia memandang ke arah peguamnya yang mengeluh panjang..

Dengan deraian airmata wanita itu meletakkan Al - Quran itu dihadapan hakim..
Hakim yang terdiam kemudian membuat keputusan bahawa wanita itu mendapat hak penjagaan kekal keatas anak2 nya manakala bekas suaminya perlu memberikan perbelanjaan bulanan sebanyak seribu seorang.


(",)

Thursday, October 14, 2010

14 October 2010

Tq mummy kerana melahirkan aku pada tarikh ini..tengahari tadi aku sempat la call mak aku memandangkan celcom dah bagi aku bercakap free kat 8 no Xpax selama 7 hari..so...ikut suker ati aku ler nak tepon lelama mana pun..memang no prob..

Mak kat umah jiran..baru pas baca yasin..XTVT felda selalu macam tu la..sbb bising..aku malas nak cakap lelama..just bagitau ari ni besday aku jer..ucapan from my mum..

"Moga panjang umur + murah rezeki"..

Huhuhu..doa ibu ni selalunya makbul..terima kasih sbb mendoakan anakmu yang kekadang ni sengal2 ubi ni..

Semalam Mr. khusairi jadi orang pertama wish besday kat aku..*itupun alarm HP aku berbunyi & dia baru la perasan yang hari ni besday bini dia..huhu,..aku dah agak dah..dia memang akan lupa punya..:(
Tapi takpe..dia dah wish kan..aku tak adalah argue banyak2..Aku pula..punya la besh layan cter Boit kat HBO..lupa terus sudaaa..lagi dasyat..


Rasanya tahun ni besday yang paling best kot sbb ramai betul orang wish walaupun hanya dalam FB..apakah itu Fb..tettttt!!!sape tak tahu memang tak dapatlah nak menolong..

Kekawan..adik beradik..sepupu sepapat..sanggup mencuri masa seminit dua untuk wish besday aku itu sudah kira bagus..mana lagi dengan msg ucapan yang diterima..wah!!aku amat menghargainya tambah2 lagi dari pendaftar USIM pun dapat juga termasuk Sen Heng..hahaha *sebab aku kan dah jadi member..


Apapun..hari ni aku baik2 aje..hapi + gembira..ati pun makin tenang..harap2 selamaya akan begini...Amin..

Tuesday, October 12, 2010

Dr. Allesya Nadia...



New toys for Allesya nadia..doctor set ..sbb i tengok dia begitu berminat dengan alat2 perubatan. Ada time kertas kosong pun dia bt ala2 stripe termometer for check suhu kat kepala papa..Ambil picagari & bagi papa ubat selesema + batuk..*dua jenis ubat jer yang dia tahu..

I minta nak snap pic set ni pun..dia bagi kejap jer..Tak sabar nak buka..

Dulu i selalu harap dia jadi Insp..*ikut jejak Papa but Papa said.."U can't!!Police is not good for my princess..eemmm...i diam je la..but dalam ati i ni meronta2 tau nak anak i jadi pegawai polis..

Papa memang suka anak dia jadi doktor..from my baby still inside my tummy..everyday kot tonton video time doc scan perut & cakap..bakal doktor ni..(",)


So..papa dah promise nak belikan dia benda tu..last week..time i G jalan2 nk beli bahan untuk nasi ayam kat Tesco..sempatlah anak + bapak tu menyinggah kat ruangan mainan..huhu..bukan set doctor jer yg dia tunjuk..barbie set pun dia nak sekali..yang bt i teruja bila nampak 1 set kitchen..alololo..chumelnya..i rasa macam i pula yang nak main..

I pujuk soh dia posing dulu coz nanti kalau dah buka memang tak serupa yang dalam kotak tu dah jadinya

i beli yg murah2 jer sbb i tahu dah..mesti ada yang ranap punya benda tu..besa la..benda mainan..yg tukang main tu plak..over hyperactive..so..redha aje la..

1st time dapat tu..dah jerit2 dari dalam troli soh buka..puas pujuk cakap kena bayar dulu..pastu diam jap..& continue back.kira2nya i nk shopink pun tak tenteram la..pas soh i buka & i tak layan..dia soh papa dia plak..maksu dia pun jadi mangsa juga..

Maksu dia layan main..baju pun xnak tanggal dah..nak main dulu..

Bila bawa balik rumah jer..dah tak sabar2 nak buka..belum sempat i simpan barang2 yg dah dibeli..mulut dia dah bising nak main..cute jer bila letak check BP kat lengan dia..siap gelak2 seronok + tetapi still tak lupa say thanks to Papa + Mama..tu yang bt i cair tu..

So cute..(",)

But today..Dr. Allesya yang demam..:(..start from G open house tu & belasah air batu banyak sangat walaupun demam masih betul2 belum kebah..dia dah asyik demam malam..tidur pun terganggu..
Hopely Dr. Allesya cepat sembuh coz Papa + Mama pun dah sakit sesangat tengok 'LIL' Princess asyik moody + tak ceria..

1..2..3..GO tO nExT sTeP..!!! I akan jadi Besday gurl..

Welcome to 28 for myself..huhuhu..i dah makin tua..hari ni last umo i 27 tahun..sok My besday....eemmm..*entah ada orang ingat nak wish atau tak??i tak kisah pun..tiap2 tahun lupa..matahari dah nak terbenam baru ler tetiba ingatan tu ada balik..so..i pujuk je ati sendiri..takpe..i dah besa semua tu..

Ini bukan hadiah besday i tau..i pinjam jer bunga mak mertua i..dia yang dapat hadiah B'lated Besday from anak menantu..


Kek ---> huhuhu..memang takda kot..i malu nak potong kek dah tua2 ni..sok G beli kek secret recipe jer sepotong..pastu ajak baby i potong sekali..takde lilin2 pun..huish!!tak layak kot i nak buat benda2 tu..kalau i tengah mengigau tak tahu la plak..


I tetap hapi walaupun i celebrate besday tanpa kek

Present ----> i tunggu je kot2 ada orang nak bagi..hikhik..*merah dah pipi i ni..tak malu minta hadiah kat orang..kalau tak bagi pun i tak kisah..bukan i mengharap sesangat pun..lagipun i sedar..sape i ni kan..huhu..*Tahun lepas i dapat jam yang i pilih sendiri..huahuahua..cian ler kat hamba Allah tu yang terpaksa bagi i jam pilihan i sendiri sbb i terplih yang mahal..(",)..Thanks ye Papa :)

Tapi kalau setakat nak bagi bunga tu..lupakan aje lah..i nak bt apa benda tu..simpan dalam pasu..2 3 ari layu la..bt semak umah i jer..alang2 nak bagi..ferrari sebiji ke..banglo mewah ker..paling cikai pun peberet car i..cherry 2.0..wah!!besonya angan2..melampau la tu..muntah hubby i kalau tengok i punya permintaan..*mesti dia kata..mabuk pe bini aku ni..


Best wishes --- i tak mengharap dari sesape pun..sape yang ingat nak wish tu..i ucap thanks la even from my hubby sendiri..sejak abah i takda ni..bagi i besday tak memberi apa2 makna pada i..just raikan sesorang pun i tak kisah..

I pernah satu tahun tu..takda sape2 pun wish kat i..tak ingat dah tahun bila tp time i study kat penang kot..time tu bofren pun tak ada..kawan2 jangan harap ler..i pun bukan ingat sangat besday they all kalau tak bagitau..kira itu balasan untuk i la..padan muka i kan..
Mak i plak mesti lupa punya..maklumlah anak ada 7..mana nak ingat semua tarikh lahir kalau tak bagitau..


Last2 i beli nasi bungkus jer..makan sesorang tapi sebelum suap nasi tu..i ucap besday untuk diri sendiri..hehehe.kelakarnya i rasa time tu..I imagine je i makan kek perasa vanilla..

I menumpang kasih kat dier ni la..orang lain tak wish xpe tapi dia terpaksa wish juga sbb dok satu umah..hahaha..kalau x i merajuk..tak kisah ler nak wish bila...kalau hari dah nak petang rembang pun i sudi jer terima ..janji wish juga kan..

Celebration ---> i tahu dah..mesti Po'sen..i dah masak ngan perangai hubby i..lagipun i kan ada magic..i bleh baca apa yg ada dalam kepala dia..dia mana pernah berani tipu i sbb i akan tahu juga..sbb tu la dia malas nak bt suprise *muka alim2 kucing..camne la i tak boleh tau..

Tempat makan ala2 hutan belantara tu juga la 1st choice dia..nanti i snap gambo tempat tu..sok2 sape nak celebrate something..leh la cuba..makanan besa2 jer..tempat dia jer best + ada muzik from kitaro..very so romantice + puitis lagi..

Dengan budak ni la i nak celebrate besday..sampai i tua pun dengan dia juga la i nak raikannya..if dia study jauh2 nanti pun..i akan paksa dia balik coz i nak juga celebrate ngan dia..If dia dok oversea???Hihihi...Mr. Khusairi kena sponsor ticket flight la jawabnya..yang pasti i nak budak ni sama2 makan kek ngan i..

Apapun before ada sape2 wish kat i..i nak wish dulu kat diri i sendiri..

"HAPPY BESDAY TO YOU"..

I wish untuk semua..dari ubun2 kepala sampai hujung ibu jari kaki..harap2 semua urat2..otot2..sendi mendi..masih berfungsi dengan baik2 ajer walaupun umur dah meningkat setahun..moga2 semua tu masih kekal seperti biasa dan tak ada terjangkit dengan mana2 penyakit..

Harapan i :
Semoga i akan lebih tabah mengharungi hari2 yang mendatang dengan senyuman. I juga mengharapkan semoga Allah S.W.T akan memakbulkan semua impian dan harapan i selama ini..

I nak jadi anak yang baik..isteri yang solehah..ibu yang mithali dan semuanya..i nak jadi yang baik2 jer..yang jahat2 i nak tinggalkan dengan umur i yang ke 27 tahun kebelakangan..


I mohon pada2 sape2 yang bersimpati dengan i, moga doakan i panjang umur + murah rezeki ye..i tak minta hadiah mahal2 pun..yang 2 perkara tu jer hadiah paling berharga yang i nak terima setiap tahun..


I harap i makin dewasa dan matang..dan i akan terus gigih berjuang + mencari rezeki untuk family & anak i yang tersayang..


Harap2 Allah S.W.T memberkati perjalanan hidup i..memberikan kebahagiaan dalam rumahtangga i sampai bila2..permurahkan rezeki i..permudahkan segala urusan i dan segala yang bagus2 + baik2..
I nak happy2 kan diri ari ni..i takmo stress2..i kan besday gurl..chill!!(",)

Nak kemana sebenarnya??

Aku a.k.a tukang punya idea + Papa and of cosz la My Pari - pari Chumel sedang merangka satu percutian bersama..tetapi tak ada idea nak kemana..Agak2 la kan..patut ker kami baling dadu @ cabut kertas dari balang..

Aku suggest Genting..lama dah aku mengidam nak ke genting ni since Allesya baby lagi tetapi kerana tahap kebekuan dia yang melampau & tak sesuai ngan suhu badan..dah beberapa kali ia tertangguh..Papa suggest bukit tinggi but apa yang ada kat sana..itu tempat2 orang berhoneymoon bleh la..

Aku ada juga bagi cadangan ke Melaka Bandaraya Bersejarah memandangkan Uncle Am sudah beberapa kali mengajak tetapi kami masih belum sempat menjengah rumah baru beliau..tapi aku sendiri tak tahu kat mana tempat menarik walaupun aku duduk sana setahun lebih..*aku kan muslimah sejati..jarang kuar umah..pergi keje pastu balik umah je..

Tapi yang the latest..ikut perancangan kami akan ke Bukit Merah lake Town Resort...bercahaya je mata aku bila my loving hubby bagi idea macam tu..hikhik..best juga kan..pertama & terakhir aku G pada Pagi Hari Raya Aidil Adha tahun 2003..hahaha...mesti ada yang pelik kan..apa ke jadahnya aku nak beraya kat sana..time tu study kan Penang la..tiket bas nak balik pahang habis daaa...kena beraya ngan kekawan kat tempat2 macam tu..mencari hiburan untuk hati yang duka sbb tak dapat balik beraya..

Kalau boleh aku nak pergi semua tempat yang telah kami fikirkan..huhuhu..best kan..&&&&&..semua itu akan tercapai juga nanti..sbb Allesya dah makin besar..so senang nak bawa ke mana2..harap2 saving mencukupi ..alololo..& aku dah survey tiket flight ke Langkawi..ada bran tak sayang??*kira lalu atas atap umah bapak mertua aku je la....Mama teringin nak membeli belah kat kedai pinggan mangkuk tu..hehehe..*mesti dalam ati laki i kata..tak letih ke bini aku ni..asyik shopink je..pantang berjalan..asyik membeli jer..keje cop duit kat bank negara ke dia ni??

Dan tahun depan punya cuti..*every year kan aku selalu bercuti selama 2 minggu..G jalan2 + honeymoon..jauh meninggalkan ibukota..kami sukakan cabaran..tak payah nak rancang sebulan ker..dua bulan ker..tetiba nak G..start keta..jalan..best ooo..& rasa2nya aku nak meneruskan perjalanan ke Thailand plak kot untuk next holiday..Danok sudah semestinya..kot2 leh terus ke Hadyai..wah!!jauhnya i nak G..

Dengan RF 153007 - Mazrul Khusairi Mokhtar..i tahu..semua pun bleh..tak payah kecoh2 nak kemana..cakap jer..terus jalan..besh3 la u sayang...janji u bawa i G makan tomyam kat Danok + shopink..i lebey 2 lagi sayang kat U tau..hikhikhik..*Ayat manja2 nak mengendeng..hehehe

Monday, October 11, 2010

Ada lagi yg lebih gediks rupanya..

Hari ni memang i nak kutuk orang..i punya blog..so..i punya suka..sape2 yang tak sudi nak baca..silakan close kat tanda 'X' tu..I ni bukanlah baik sangat pun..tapi i memang tak boleh blah betul tengok orang yang perasan hebat..mengada2..perasan lawa tapi hampeh..lingkup + nothing..

I ingatkan i dah cukup gediks2..rupa2nya ada lagi malaun lebih gediks dari i..memang tengok pun i dah tahu dia ni jenis mengediks..walaupun makin hari makin tua tapi masih tak sedar2 diri..muka tu kaber ngan make up jer..tambah tebal2 sikit supaya nampak le muda tapi hakikatnya semua orang tahu & i pun tak payah susah2 nak cter..i yang menyampah sesangat bukan pasal muka tu..yang tu dah Allah jadikan tak berapa nak elok...i takdalah nak argue kan..i pun bukanlah bermuka cam selebriti pun nak komen muka orang..but perangai gediks dia tu buat i tak tahan..

Kalau boleh dialah sempurna..serba serbi..luar dalam..padahal mulut basin..entah2 kencing pun hancing..i menyampah tahap gaban..i tak suka orang yang mengaku diri sempurna but apa pun tak tau..memuja diri sendiri ngan suku sakatnya paling terhebat tapi orang tengok pun dah tau..selekeh..serabai..blurr jer..tapi tuan yang empunya diri mencanangkan suku sakatnya itu adalah yang terbaik..bila i pandang kan..i rasa kalau i tujal kepala pun..agak2 bleh biol kerabat dia tu..

Satu lagi yang paling i tak suka..si gediks ni suka sangat canang2 perkara yang konon2nya dia jer bleh bt..alololo..boleh blah lah..kalau boleh pada dunia ni dia nak bagitau cter seisi alam dalam kain dia..huduh bnor kan perangai dia...i ingat dia insaf dah..tapi bt lagi rupanya..sekarang ni kisah lain plak dah..memang ko ni gedikslah lanun..

I ni memang susah nak menyampah kat orang..but sekali menyampah..memang selama2nya i menyampah..i ni menyampah bebenor kalau jumpa makhluk2 yang suka bermegah2...Yang dia punya lenggang pun macam ler pakai kasut rekaan Jimmy Khoo..baju ciptaan Bernard Chandran..konon2 handbeg jenama Guesss..padahal pasar malam je tu..semua orang tu tahu..

Nasib baik la i jarang jumpa si gediks ni..ada masa jer terserempak yang i bt2 tak nampak..i malas nak pandang..buat panas mata i jer..i tak sudi langsung nak tengok si bebal tu..hhheeeee...menyampahnya i..napelah i terpaksa mendengar suara hodoh dia tu..bagi i segala2nya tentang dia tu memang hodoh bebenor..i benci!!

Sunday, October 10, 2010

Kenderaan jenis apakah ini??susah nak control..




Allesya memang suker kalau G mana..jumpe mainan..selalu kalau petang aku bawa dia round briged naik motor pun..memang mata ngan tangan tak pernah miss tunjuk playground yang barang2 dia dah nak luruh tu..

One day aku G la Tesco Extra..time tu aku G amik mak kat Pekeliling..*mak i datang tau (",)..mak ajak G shopink softlan tesco..hahaha..maklumlah kampung i takda Tesco..tetiba Allesya ternampak plak keta control yang tengah bersusun bebanyak tu..kaki tangan semua dah gatal2..tak bleh dok diam..mulut bising jer.."mama nak naik"..aduhai..i mana reti nak control benda alah tu..silap2 tertonggeng ker..terlanggar cermin kedai ker..tak pasal2 terbang macam superman..

They all memang sengaja pamerkan benda alah ni terang2 supaya mak ayah terkena..anak2 plak kalau tengok keta ni memang sanggup guling2 nak naik..tak bagi naik nanti orang kata mak bapak taik idung masin plak..kedekut sangat kan...

Tok dia dengan senang ati offer nak sponsor naik..huhuhu..puas i tipu kata keta tu Tok Shai punya *benda yang paling Allesya takut..dia imagine benda yang buruk2 jer bila aku sebut Tok Shai tu..tapi akhirnya dah selamat duduk dalam keta yang dia pilih sendiri..5 hinggit..jalan 15 minit..

Memula i pun buat2 la pandai nak control benda tu..gila punya susah..tayar dia kejap ke kanan..kejap ke kiri but tak gerak2 pun..agaknya akak yang jaga keta tu kesian tengok i terkial2..entah2 dia siap kutuk i lagi.."apalah mama dia ni..teruk btul..keta yang senang macam tu pun xbelh control..sekolah ke tidak minah ni?"..i agak je la kan sbb i tengok dia pandang i semacam jer..


Masih belum bergerak bila mama yang control

Yang Allesya plak dah jeles tengok budak cina kat sebelah tu dengan senang ati meneruskan perjalanan mengelilingi Tesco tu sedangkan dia masih kat tempat yang sama..sori la sayang..mama lemah sikit benda2 macam tu..dulu time amik engineering..lecturer mama tak ajar camner nak control keta..yang dia ajar control engine + machine jer..

Cian Allesya..orang lain dah puas jalan2..dia still kat situ

Last2 i fed up..i pandang jer muka akak tu minta simpati..dan dia amat2 la memahami..dia pun offer diri nak controlkan keta tu..yes!yes!yes!..thanks la..pastu i pun rest aje la kat tepi..siap baca paper lagi..yang dia dok follow keta Allesya..mak i bising bila tak nampak cucu dia..kot2 la kena culik ke..hilang ke..i gelabah la jap..betul juga kan..ikut suker jer baca paper padahal anak entah G mana..

Hehehe..akhirnya ada orang tolong i control benda alah ni..thanks..

Tapi alhamdullilah..Allesya selamat pergi & selamat balik...next time kalau nak naik benda2 macam tu..makesure Papa ada tau..setakat nak naik keta goyang2 tu..anytime i leh bagi..kalau nak naik keta yang Allesya duduk jer..orang lain control..i memang tak pandai..kalau ada competition untuk main keta control macam tu..sure i akan dapat tempat yang tercorot sekali..

Jamuan Raya FPSK 2010


Sssshhhh!!!!("<)..monteng bt keje japs..coz i busan nak cari data buku untuk MOH ni...new collection for mediks leberi.. ++ i tetiba ada idea nak tulis2 kat blog ni kan..about jamuan rayer FPSK yg sudah pun berlangsung seminggu yang lalu..

Tahun ni i jadi AJK..*tahun ni jer tau..tahun depan i nak pencen dah..malas sudaaa'..hikhik Bila dapat jadi AJK untuk hiasan + decoration stage & overall..aku pun mula la memerah kepala otak soh fikir..nak bt tema apa tahun ni..*i kan pelik2 sikit dari orang lain..so..memandangkan invite anak2 yatim dari kampung sebelah ni..so i pun fikir nak bagi they alls happy2 sikit..

1st mestilah adalah tema raya..pastu untuk bebudak HIV tu..i fikir..apa kata kalau i gantung belon2 cam nak celebrate besday party tu..of coz diaorang suka..so..i pun menjalankanlah misi men 'search' internet nak cari gambar kartun raya..tetiba i terjumpa plak gambar kupu - kupu yang cantik2..so..i print + laminate + gunting..*i kan kanak2 riang..mmg i suker bt keje2 tu..

Yang berdiri tu la mastermind untuk incharge jamuan this year

Gantung ikut idea i tau..

Inilah hasilnya walaupun sepatutnya 2010 tu dok sebelah Aidilfitri..

Thanks to my boss coz give me two days for i bt semua tu tanpa gangguan..syonok sangat tau..bila ia tengok semua dah siap..so i minta le mak2 buyungs from level 12 tu pasang..

With Fiza

Pastu i start la nk pasang belon2 + renda2 *tak tau nama..hikhik..ikut perancangan adalah taruna2 yang nak tulun i panjat krusi..tapi yg ada si Azrul tu sorang jer..yg lain2 entah kemana dah hilangnya..so..i buli dia la..lagipun kaki dia panjang sikit..kalau i..bukan panjat krusi..meja sekali i panjat tau..Tapi gambar dia takda sebab dia yang dok kejekan i punya N95 untuk amik gambar2 ni..so..thats whylah nampak i jer yang ganas dok atas meja padahal semua tu berlakon je..

Hubby i bising i panjat meja..huhuhu

So..i panjat la kerusi..hahaha

I punya idea..i yang kena panjat..huhu

Beginilah hasilnya walaupun belum siap sepenuhnya

Menjelang petang baru la semuanya settle..siap ngan kerusi yang dah tersusun rapi lagi..sebab penat sesangat..satu ari i tak makan nasi..petang tu..i balik lewat coz tunggu caterer nk datang setting tempat VIP..wlaaupun bukan keje i..tp nk buat camner..yang lain2 dah balik..i tolong aje la..

Esoknya
----------
I keje petang but still datang pagi..dalam kepala dah fikir macam2..belon tak tiup lagi..sate entah apa cternya..tempat VIP belum siap sepenuhnya..kerusi meja bagaimana rupanya..huhuhu..semak otak jap..tetiba buka pintu umah tengok hujan lebat..alahai..baru i nak masak pagi ni..apa lagi..kelam kabut pakai baju..hantar Allesya pastu terus pecut G opis..but ..

I gerak 7.30 pg..sampai opis kul 9..gler la jap dok dalam keta..puas i karaoke sesorang..naik kering tekak..ada i kisah ke mamat yg sama2 mengharungi jammed pagi tu kata i gile melalak macam orang sewel..janji i tak busan..

Sampai opis..kaki i kejang..lama i dok dalam keta..pastu baru punch..best juga tengok MyAkrab pagi tu.kaler2 lagi..

With Kak Rubi

Station gurl - gurl

Ajk Station a.k.a Anak Yatim

I G tingkat 10, tengok renda2 i banyak yang jatuh..i pun meneruskan misi merepairkan apa yang patut..pastu terus sibuk ngan tugas2 yang banyak...lemang + rendang + sate sampai serentak..

Alhamdullilah..tahun ni makanan semu sampai awal..pastu catering plak sampai hidang makanan..i pun sibuk ngan hadiah2 untuk diserahkan kepada pemiliknya + duit untuk anak2 yatim..ngan selipar jepunnya..i dok tepi pentas jaga hadiah ngan duit..jangan marah aaa...

So..settle kira2 kul 4 petang..i dah penat sesangat..angkat kaki pun i dah tak mampu..i rest jap..pastu i siap mandi lagi kat opis *opis i ada siap shower tau..(",)

Malam tu balik keje..papa ajak i makan kat ani sup utara..i layan jer la coz i pun tak larat dah nak berhenti beli makanan..maklumlah i stay kat pejabat dari pagi sampai kul 7..kul 8 baru i sampai umah..

Tengok pari2 chumel i sambut kat depan pintu..semua kepenatan i hari ni hilang...thanks baby..

Suker + Gumbira + Syonok Sangat (",)




Series nak bagitau..congrats to gomen coz up rege rokok sampai RM10..hihihi..aku suker gila coz pas ni tak banyak la pencemaran alam..*sape kata rokok x menyumbang kepada kerosakan bumi..cuba imagine kalau satu dunia ni isap rokok serentak..dia punya asap dalam sama level ngan kilang2 toksik yg beroperasi 24 hour tu tau..

1st hubby aku bagitau..siap dia sumpah2 lagi *ade orang xpuas ati ..hehehe..aku dah sengih2..pipi dah kembung2 nk tahan gelak..dalam ati..huhuhu..i like!!..pada sape2 yang jadi perokok tegar sejak sekian lama tu..inilah masanya nak stop dari isap benda yg xda faedah tu..buang duit jer..

Feeling nampak?? Jangan tiru aksi ini..

You alls tau tak..dari tahun 1985 - 1989, seramai 8733 orang rakyat m'sia mati kerana sakit jantung akibat merokok..
Memang perokok tegar sukar nak stop smoking..alasan they alls..payah + susah tapi sebenarnya diaorang tak suka menangung derita perubahan emosi sbb ketagihan. Adakala bagi yang orang yg stop smoke ni..badan jadi gemuk + rasa marah + sukar tidur + kuat makan..etc
Tapi ada jalan penyelesaiannya..bawalah bersenam..kan simple..

Tahu tak apa yang menyebabkan rokok tu sedap better dari nasi??sebab dalam rokok ada nakotin iaitu bahan kimia yang menyebabkan ketagihan..tetapi keburukannya ialah :
  • Ia meningkatkan XTVT usus, Airliur & Rembesan cecair Bronkial
  • Meransang sistem saraf (Tremor, Berpeluh & Loya & Diarea)
  • Meningkatkan glukosa dalam darah
  • Meningkatkan kadar nadi sebanyak 10 - 20 kali denyutan dalam seminit
  • Meningkatkan tekanan darah sebanyak 5 - 10 mmHg
Aku doa2 juga..harap2 pasni gomen up lagi rege dia lagi 15 hinggit!!..baru best..mesti aman damai Malaysia tanpa rokok..bebas dari asap tebal..sometimes aku bengang coz ada makhluk yg bengongs p hisap rokok dalam lift..aku pulak saja suker2 tunjuk geram..tutup hidung depan2 makhluk bebal tu..tak ada kesedaran sivik tul..

Dulu time aku sakit nak bersalin..ada cina sengal tu lagi selamba hisap rokok dalam Emergency Room O&G HUKM..Alololo..Tak skulah ker??udah ler ramai yang buncits kat sana..tunggu time jer..dia ngan selamba badak jer dok hembus2 asap tu..kebetulan hubby aku baru balik keje time anto aku tu..still ngan uniform..apa yang cina tu dapat..kena halau free je la..aku tengok laki aku macam nak debik pun ada mata bengongs tu..cina tu pun gelabah beruk jap..terus blah smbil say sori..yang nurse tu plak..bleh buat2 tak nampak..jam kul 3 pagi..bt keje sambil tidur la kot..*orang tengah susah ati bini sakit..lagi la tekanan perasaan..hehehe..

Berharap ler sangat agar pas ni dah tak ada tempat yang tulis 'NO Smoking' sbb rakyat m'sia semua dah insaf..tak payah ler ada iklan nakotin ke..super detox ker..semua tu penipu semata2..*aku dah try beli..hasilnya..elok letak dalam frame jer..langsung xberfungsi..

Aku pernah bernawaitu..if hubby aku stop smoking..aku nak sedekahkah something kat Masjid..Tanda kesyukuran tu...My Mum In law plak sure sedekah pisang kat Masjid..hehehe..kedah jer bt macam tu ok..itu sebenarnya itu semangat untuk orang yg aku sayang..tak mau dia sakit2..kalau bleh nak dia hidup seribu tahun lagi..hopely la..

To semua perokok2 di M'sia..jangan jadikan anda seorang yg muflis semata2 nak beli benda alah tu..cuba hitung balik..sebulan berapa anda belanjakan untuk beli rokok..rasa2 kalau 10 tahun anda merokok..agak2 kotak rokok tu boleh bina sebuah rumah kot..baik you alls saving jer duit tu..sok lusa leh G Mekah..

Aku nak senaraikan beberapa kebaikan merokok----sila la baca
  • Sudah tentu duit you alls selamat daripada membazir
  • Tahniah coz you alls menyumbang kepada kebersihan udara dan alam sekitar
  • You alls leh puasa penuh every year -- jangan terkejut jika ada yang xbleh puasa coz ketagih merokok *nasib baik Papa still boleh..but azan jer..1st mesti cari rokok..
  • You alls menyelamatkan banyak nyawa bayi2..asap tu menyumbang kepada kelahiran bayi pramatang
  • You alls berjaya mengurangkan risiko kenser paru2 + Koronari Jantung sebanyak 25% + Penyakit Saluran Nafaz Kronik (75%)
  • & banyak lagi la..You Alls fikirlah sendiri..

Keburukannya ---> aku tak mau kata apa2..you alls saksikan sendiri..

MAU KE JADI MACAM NI??

ATAU MACAM NI???



SO..KATAKAN





Tada..("<)