Monday, November 11, 2013

Uncle Majid

Who's Uncle Majid???Hahaha..tetiba je nama pakcik ni disebut2..Glamer tak disangka2..Semua pasal Pahang menang bola..kadang2 aku pelik juga nazar2 orang ni..macam2..tapi itulah kan..dah niat..kena tunaikan...

Siapa tak kenal lagi pakcik ni meh aku bagitau sebagai ANAK JATI NEGERI PAHANG..
Pakcik ni berumur 57 tahun..sah2lah orang Pahang...disebabkan dia telah bernazar sekiranya Pahang menang Piala Malaysia 2013, dia akan berjalan kaki dari kuantan ke stadium Shah Alam...Berjalan Kaki okey!!No tumpang2 lori sayur..
Yang salutenya sebab hujan panas dia redah je..aku baru kena jungle trekking sikit dah  mengadu kat laki sakit urat..camna la aku nak fight ngan Pakcik ni jalan kaki balik jengka..Comfirm kalau merajuk nak balik kampung ni kena beli tiket bas awal2..tak termampu nak meroyan menapak turun bukit tinggi..mau aku tergolek hindustan kat situ..

Yang lebih semangat sebab dia diiringi oleh dua anak muda yang tetiba nak join sekaki berjalan kaki ke Shah Alam..baguslah korang ni..Memang semangat Pahang tu membara..


Apapun SYABAS untuk Pakcik Majid..Aku pun senyum sampai ketelinga sebab Pahang menang bola..walaupun takda siapa nak layan aku tengok bola malam tu kan..Laki aku awal2 lagi buat tak tahu...Yelah..Kedah ngan Pahang mana boleh ngam..awal2 sokong Kelantan...Huh!!!Sakit pulak ati kite....
Maka terjeritlah aku sorang2..sambil melompat bintang..hanya Airis je yang seronok bertepuk tangan melihat mama dia terkinja2..Bagus Airis!!!


 Berita terkini Pakcik ni telah selamat sampai ke Stadium Shah Alam...aku agak Pakcik ni banyak minum air tongkat ali kot..sebab tu tenaga dia berganda2..Inilah hasil tenaga mengait buah sawit ni..cer suruh orang bandar yang duduk opis ada aircond buat cenggini..Ada brans tak??