Monday, December 30, 2013

Antara Kenangan 2013

Lagi berapa jam je kita nak melangkah ke tahun 2014. InsyaAllah, semoga tahun baru..dengan nekad dan niat yang baru..semoga kita semua akan beroleh kemenangan...

Maaf le uols..hujung2 tahun ni memang kesibukan tu melangkaui tahap kewarasan akal....So, nak updated cerita2 pun xsempat...suka duka, sakit pening..semua ada...

Rezeki dari Allah SWT pun alhamdullilah...kalau xda aral melintang, dapatlah aku merasa duduk rumah sendiri yang sememangnya tak pernah kami suami isteri jangka dapat beli..Ingatkan menyewa je sampai pencen...

So, uols...welcome to 2014..Jadikan apa yang jua pengalaman lama sebagai landasan dan petunjuk untuk anda semua melangkah dengan penuh yakin..Tak kiralah apa jua azam yang uols tanamkan untuk tahun hadapan..Gudluck yeah!!!

Meh kita layan sebahagian gambar2 sepanjang tahun 2013 dalam kehidupanku...

@ The Coral Paradise with my Sweet Family

Allesya start sekolah..Sekejap je aku dah ada anak dara..nampak sangat skunk kena budget diri tu dah mak2 tau..

Wedding my SIL..Congrats both of U

Budak yang suka buli orang

Airis yang sentiasa aktif...

Bekerja dihari cuti...

Ironhead join tournament 

Sambutan majlis harijadi papa...
Aku sponsor kek ngan BBQ je..itu telor atas kepala..orang lain punya idea..Hahaha..

Ironhead GYM a.k.a Geng Jerung sakit lengan
 Makan2 lagi sambil sambut besday Airis & Uwais..

Jalan2 Ipoh..Gathering with Salleh Khir's Familia

XTVT Kemasyarakatan
Majlis makan2 dengan jiran tetanga Taman Lagenda Suria
Menu : 
Ikan patin masak tempoyak, ikan patin bakar tempoyak, Ikan keli goreng berlada, 
Kupang goreng pedas, Sup Tulang, telor dadar..
TERSANDAR KEKENYANGAN!!!!

Besday 2013, dapat cupcake..hahaha..kronik dah ni..KREATIF katanya, lain dari yang lain.
ye la yunk...Kelainan la sangat..*garukepalajela*

 
Wedding My BIL..Congrats..we hepi for uols

 Geng abang sasa main bola
Welldone walaupun just menang sorak..

 Model Hydroxycut 2013..Perut cover yunk! 

Couple of The Year...hahahaha

 Supporter from Ironhead Gym @ Mr ACT 2013

Last
Aku sajikan uols dengan gambar tuan tanah yang putih gebu tanpa make up dan jerawat batu..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
*V*

*jangan tertipu uols..itu hasil kamera 360*
Hahahaha...
CABUTTTTTTTTTTTTTTTTTT!!!!!!!!!!!!!!
Bye2 2013
Welcome 2014
Malam ni kita layan bunga api dengan anak2..
Yang penting..esok coti!

Monday, November 11, 2013

Uncle Majid

Who's Uncle Majid???Hahaha..tetiba je nama pakcik ni disebut2..Glamer tak disangka2..Semua pasal Pahang menang bola..kadang2 aku pelik juga nazar2 orang ni..macam2..tapi itulah kan..dah niat..kena tunaikan...

Siapa tak kenal lagi pakcik ni meh aku bagitau sebagai ANAK JATI NEGERI PAHANG..
Pakcik ni berumur 57 tahun..sah2lah orang Pahang...disebabkan dia telah bernazar sekiranya Pahang menang Piala Malaysia 2013, dia akan berjalan kaki dari kuantan ke stadium Shah Alam...Berjalan Kaki okey!!No tumpang2 lori sayur..
Yang salutenya sebab hujan panas dia redah je..aku baru kena jungle trekking sikit dah  mengadu kat laki sakit urat..camna la aku nak fight ngan Pakcik ni jalan kaki balik jengka..Comfirm kalau merajuk nak balik kampung ni kena beli tiket bas awal2..tak termampu nak meroyan menapak turun bukit tinggi..mau aku tergolek hindustan kat situ..

Yang lebih semangat sebab dia diiringi oleh dua anak muda yang tetiba nak join sekaki berjalan kaki ke Shah Alam..baguslah korang ni..Memang semangat Pahang tu membara..


Apapun SYABAS untuk Pakcik Majid..Aku pun senyum sampai ketelinga sebab Pahang menang bola..walaupun takda siapa nak layan aku tengok bola malam tu kan..Laki aku awal2 lagi buat tak tahu...Yelah..Kedah ngan Pahang mana boleh ngam..awal2 sokong Kelantan...Huh!!!Sakit pulak ati kite....
Maka terjeritlah aku sorang2..sambil melompat bintang..hanya Airis je yang seronok bertepuk tangan melihat mama dia terkinja2..Bagus Airis!!!


 Berita terkini Pakcik ni telah selamat sampai ke Stadium Shah Alam...aku agak Pakcik ni banyak minum air tongkat ali kot..sebab tu tenaga dia berganda2..Inilah hasil tenaga mengait buah sawit ni..cer suruh orang bandar yang duduk opis ada aircond buat cenggini..Ada brans tak??

Wednesday, October 30, 2013

Ayat pelembut hati untuk anak2


Sebenarnya tengah sibuk..menyiapkan report stoktake yang dah lama juga la tertangguh...boss aku pun dah mcm nak merajuk je..langsung tak tanya dah bila report boleh dapat..hahaha..banyak uols nak kena check..heart attack aku dibuatnya..dalam 7000 buah semuanya..yang terbaiknya sebab buku2 ni ada kaki kot...naik juling mata nak cari mana buku2 tu menyorok...stress!!

Tapi sibuk2 pun nak post juga gambo budak duaorang ni..Hari ni Allesya exam untuk hari yang ke 4..amboi..sekolah tadika je pun..periksa bagai..aku dulu sekolah tadika pergi makan..lepas tu balik..
Skunk tengok buku sekolah pun dah macam budak nak masuk IPTA..tiap2 hari ada keje sekolah..Nasib kau la Allesya..nak sangat sekolah cina kan..Tapi serius..memang bagus sangat...dia belajar dengan cepat..Bukan nakk puji anak sendiri..Umur 5 tahun dia dah tahu 3 bahasa..Melayu..Isggeris..Cina...
Ayat semalam yang buat aku gelak sorang2 masa amik dia dari rumah pengasuh....

Allesya : Mama..mama...Asha pandai tulis meja, kerusi, alia, mama, papa, pokok, HARIMATA..
Aku : HARIMATA???Apa tu....................
Allesya : Ala..harimata..teacher kata SUN
Aku : *tak sempat nak jawab..gelak dulu puas2..terkebil2 budak tu pandang aku..
Bukan HARIMATA la..Matahari..
Allesya : Oooo...matahari...*dia sengih2 malu...
Kakakaka

Dulu dia ni degil sangat2..tapi semenjak aku amalkan doa pelembut hati untuk anak2 ni..Alhamdullilah kurang dah sikit..tapi sebab aku baca pun ON OFF..maka kedegilan dia pun ON OFF juga la..
Bolehlah dari aku jadi setan bertanduk dua..asyik berbahang je hati ni tengok gelagat memasing yang boleh buat aku TERBAKO!

DOA PELEMBUT HATI untuk Suami Dan Anak-Anak
|
|
|
*V*

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksud ayat:-

Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya.

Bacaan dalam huruf rumi:-
Yaaaa Ayyuhalladziina aamanuszbiruu waszaabiruu waraabithuu wattaqullaha la’a'llakum tuflihuuuun.
(Ayat 200 Surah Al Imran)

Ayat terakhir daripada surah Al Imran ini hendaklah dibaca ketika memasak/menyediakan makanan dan dihembus ke dalam makanan tersebut bertujuan untuk melembutkan hati suami dan anak-anak.


Ayat yang ni pun boleh juga
|
|
|
|
*V*

Bismillahhirrahmanirrahim

Surah Taha ayat 1 hingga 5

Pengertiannya :
1.  Thaahaa.

2.  Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;

3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),

4.  Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.

5.  (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas 'Arsy.

Aku bukan bomoh tau nak berjampi bagai..ini semua ayat Al - Quran..dan sesungguhnya aku hanya bertawakal..Allah jua penentunya...cewahhh.....


Skunk aku nak cari ayat untuk budak ni plak...Garangnya...tak tahu la plak kalau masa mengandungkan dia dulu aku ada mengidam nak makan tebuan ke apa...Kira nak belasah orang je kejenya..
Mangsa buli...kakak dia la..nak buli aku tak dapat la..banyak sangat ceritanya aku letak je dalam babycoat..hah!!!melalak la kau..
Sayang oiii..jangan garang sangat la..penat mama tahan sakit ati asyik kena lempang je...nak dibalas kecik lagi..kalau tak memang siaplah pipi labuh yang kalau berjalan je bergegar2 kau...hahaha...Akan aku picit2 nanti...

Tunggu la besar sikit..siap kau!!!

Thursday, October 24, 2013

Body Combat Xsice


Salam friday uols...hari ni saya nak buat promosi sikit...kepada sesiapa yang berminat nak menyertai senamrobik macam Muay Thai..bolehlah rajin2 kan diri ke Ironhead Gym & Fitness..
Gym ni berada di Bt 10, Hulu Langat..tak susah nak cari..Trademark dia banyak..masuk hulu langat p cari Petronas..ataupun kepada mummy2 kaki shopink tu comfirm tau kedai Kain 1 Malaysia kan..belakang kedai kain tu la terletaknya IHG..Bawah dia kedai mamak Maju Corner.
Kalau uols lalu dekat jalan tu pun dah nampak Gym dekat Corner lot...
Kalau xtau..tanya orang dekat situ pun semua tau kot..InsyaAllah..

Yuran penyertaan murah  je..RM10 untuk satu jam..IHG buat senamrobik ni seminggu sekali.
Hari Sabtu pukul 9.30 am - 10.30 am..
Jangan risau, Trainer dia bertauliah..Sangat mesra alam..dulu dia Trainer Fitness First..
skunk dia banyak jadi Freelance Personal Trainer...

Mungkin ramai yang tak tahu apa itu Xcise 'Body Combat'...dia sebenarnya senaman ala2 uols tengah training Muay Thai or Kick Boxing..tapi sangat menghiburkan sebab pelbagai step yang uols tak jangka akan diajar..Uols akan diajar cara menumbuk yang betul..cara menendang..cara mengelak, mempertahankan diri & macam2 lagi la..tapi dalam bentuk senaman yang xtreme..

Kepada sesiapa yang nak menurunkan berat badan dengan cepat..memang sangat2 digalakkan untuk sertai. Sebulan je uols join, nanti uols tengoklah results dia..comfrim!!
Untuk sesiapa yang teringin camna nak tengok video dia..saya sediakan link dia sekali :

Click sini
|

|
*V*


Kepada sesiapa yang berminat kalau uols malu nak training sorang, boleh ajak kawan2..buat satu group korang je..IHG akan buat private training untuk uols..so, bolehlah korang melompat ikut suka hati..nak melalak je..nak menjerit ke..semua boleh..jangan uols training pastu tendang member sudah la..

Satu group limit 5 - 10 je..Kalau ramai kita akan buat dua sesi..semu untuk untuk keselesaan uols..
Maklumlah, 10 minit pertama comfirm semua sopan santun lagi..masuk 30 jam..dijamin uols dah memerlukan space yang sedikit luas coz dah berpeluh...

Kalau nak more info boleh call : 
Mazrul (0173862036) 
0123544858 (Zue) 
Am (0126101217) 

Jangan segan2..kami semua ni ramah tamah..x pernah lagi dengar staff IHG sombong...kalau dengar..i la orang pertama yang akan brainwash staff tu...

Kepada sesiapa yang nak tengok XTVT Ironhead Gym & Fitness

Click Sini ----> iroNHead Gym & Fitness

Nak ajukan apa2 soalan pun boleh..nak beli barang supplement ke..nak khidmat nasihat berkenaan kesihatan or pemakanan pun boleh..nak body cantik, nak ramping cam kerengge..kepada yang nak jadi abang ketak2 pun boleh...
Sesuai la dengan Moto IHG
"We Are The Big Family"
^-^

Wednesday, October 23, 2013

Semangat Ukhwah


XTXT HUJUNG MINGGU 
# MAKAN MALAM DEKAT GARAJ DENGAN JIRAN SEBELAH RUMAH # 
#IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK # 
#IKAN KELI GORANG BERLADA # 
#HASIL MEMANCING # 
#HEAVEN # 
thanks ^_^

Pancake


 Aku skunk ni bukan main lagi..hari2 dating ngan Pakcik Google cari resepi baru..dah hantu apa merasuk aku pun tak tau la..pastu cari resepi nama harus glamer2..rasa dia belakang kira...dah faham cara dia..beli barang2nya..Bila dah buat lepas tu menjadi..aku ulang la buat benda tu dalam seminggu tu berkali2..tambah banyak ulangannya kalau laki aku puji sedap...muntah la anak2 aku makan benda yang sama je..hehehe

Korang  jangan hina rupa dia..nampak je buruk..nama bukan main glamer tu..

Resepi terbaru aku ialah Pancake..itu ikut lidah mat saleh..kalau versi melayu ialah..
'this is a Apam Balik or Lempeng'.
Senang giler buat dia...orang malas pun teror buat benda ni...golongan aku la tu...aku terpengaruh dengan Pan dia sebenarnya..hari tu pergi D.I.Y..nampak la Pan comel2 yang khas nak buat pancake..tapi aku xbeli pun..yang aku guna ni Kuali Ajaib je..pastu jadi bulat sebab guna acuan goreng telur..see, kreatif juga kan..

Resepi dia macam kira sifir je :
Satu cawan tepung gandum
Satu cawan susu segar
Satu sudu baking powder
Satu biji telur
Satu sudu susu pekat manis
Satu sudu gula
Satu sudu minyak minyak masak

Bahan A
Asingkan telur putih, pastu pukul sampai kembang..*biarkan..

Bahan B
Satukan tepung gandum dengan baking powder *biarkan

Bahan C
Satukan susu segar, gula, susu pekat manis, telur kuning..*gaulkan

Masukkan bahan C kedalam bahan B..Kacau, lepas tu masukkan bahan A..Siap!
Boleh masakkan dengan api yang sederhana


Korang letak je dalam magic pan, nanti dia akan masak jadi lubang2 camni..gebusss sangatttt..

Sebab rumah aku xda madu, aku belasah je sapu pancake dengan kaya..sedap uols!!!serius..
Resepi dia benda yang murah2 je..takat beli tepung gandum sekilo tu, banyak kali korang boleh masak..

Mula2 ingatkan aku masak, aku je yang makan..tapi yang sangat syiokkkk...sebab :


Allesya makan dua keping...aku pun belasah dua keping lepas tu :


Airis habiskan sekeping..licin pinggan!!
Acuan telur tu besar, sebab tu la satu adunan dapat 5 keping je...kakaka
Puas hati aku!!
Nanti mama cari resepi baru ye anak2..

Tuesday, October 22, 2013

Meggi terbaik...


Aku bukan duta iklan meggi tau..tapi nak bagitau korang..dalam banyak2 meggi yang pernah aku makan selama hidup 31 tahun ni..selain meggi vit's yang kalau orang perah limau pastu potong cili makan panas2 sambil meleleh ailio tu..inilah meggi yang best sangat2..

Dulu aku suka perisa tomyam ni..pastu dah berubah ke perasa cendawan pedas chitake plak..Fuyooo..layan uols..dalam suasana opis yang ala2 London..asap kuar ikut mulut..beku tak hengat tu..pekena cendawan pedas2 dengan kopi suam...Korang jawab sendiri la camne rasa dia..

Rege...yang ni aku borong dekat Tesco..rege murah sikit..Kalau beli dekat Giant..rege boleh tahan la ..itupun kalau dia scan barcode tu sama dengan tag rege..sebab Giant ni penipu..bubuh dekat tag harga lain, bila scan harga lain..aku dah berpuluh kali terkena...tapi nasihat aku jangan la beli dekat kedai tujuh sebelas tu...memang korang cakap mahal..

Ini kisah pepagi buta aku belasah meggi sehari sebelum raya haji tu..pg opis..student xda, internet xda, cafe pun tutup...perut kebulur tahap teruk..jadi ini je la makan dia..Boleh la dari mati kelaparan kan...

Besday diri sendiri

Nak wish hepi b'lated besday untuk diri sendiri..itu je la yang mampu..nak sambut besday pasang belon, tiup lilin..panggil clown..cam poyo la plak..jadi setakat mengingati je la umur yang semakin meningkat...

Thanks pada yang masih mengingati dan sudi nak wish walaupun sekadar dalam FB..tapi yang pasti SENHENG xpernah lupa wish besday aku...ko ado??ahaks!!!


Muffin kek sempena besday aku...thanks :0
Entah kenapa dah bertahun aku langsung xpernah rasa seronok sambut hari lahir....Sedihkan diri aku...

Monday, October 21, 2013

Airis


Alhamdullilah..Airis Nadia membesar sihat walafiat..makin bijak, makin banyak akal..dah faham banyak perkara..Aku nilai perangai dia ngan kakak dia memang berbeza..kakak dia cengeng..kuat merajuk..cepat menangis..tapi yang ni memang xda maknanya dia nak mengedik2..

Kepala terhantuk ke dinding..langsung tak menangis...pastu muka selamner je perg hantukkan lagi..Aku tak faham kenapa dia buat macam tu..Dia ingat itu mainan ke apa...
Aku bangsa tak boleh tengok umah semak..kejap lagi aura harimau kumbang tu mula2 nak kuar..tapi dengan Airis Nadia...kau ulanglah sapu lantai sepuluh kali pun..1/2 jam je semua huru hara dia kerjakan..

Pastu gangster boleh tahan juga la..tak padan dengan kecik..kalau dengan kakak dia belasah je..Aku tak faham peel dia ni..Kalau bulu mata dah bercantum sampai ke kening..better aku suruh kakak dia lari je...kejap lagi naya je dia kerjakan..Nak marah bukannya dia faham..Aku marah dia..dia marah aku balik...Kau besar sikit..siap kau!!


Skunk dia dah pandai masuk rumah bagi salam...orang bagi barang cakap terima kasih..tapi dalam versi dia la..ayat semua kutip yang hujung2 je..asal ada bunyi sikit2 sudah la..

Semua benda dia makan ok!! Aku plak memang xdanya nak pantang larang...mak aku dulu pun sumbat je apa yang melintas depan mata..aku pun buat jugalah kat anak aku camtu..tengok dia ok..aku lagilah ok kan..

Doa aku semoga dia menjadi anak yang solehah..Aku ni bab jaga anak memang garang..takdanya nak manja lebih2..tapi xadalah aku dera..kang aku dera anak..bapak dia dera aku balik...hahaha..Dua2 anak bapak..habis tu nak buat camne..redho je la..

Allesya Nadia..bukan mama xnak letak gambar kamu tapi kamu sendiri yang takmau  bergambar..bila nak tangkap gambar je buat mata juling ke atas..Pastu bila marah terus sentap...sebu perut aku dengan peel macam tu..

Airis Nadia...Papa + Mama + Kakak Asya lebiu so much!!!

Tergezut..

Secara jujurnya memang dah lama aku tak jenguk blog ni..aku sayang blog ni..semua cerita keluarga aku ada disini tapi kekangan masa amatlah mencemburuiku..cewahhh!!! *mood rosak pepagi ni..baru lepas sound orang xreti bahasa..ko dah apehal mengilai depan library..pempuan plak tu..agak2lah wooiiiii...

Tapi hari ni lain plak terkejutnya..buka2 je blog,..mula2 kuar gambar aku ngan suami & anak2..ok..sejuk je ati..tup2 tengok tempat nuffnang..giler ko..nak tersedak aku nengok iklannya..tean ailio..ni satu lagi..x agak2 nak kuarkan iklannya..bila masa plak aku bukan halaman ni???

Ini aku yang buka..kalau orang lain..huisshhhh!!!kembang 14 inci muka aku..memang la cun wei..tergoda nengoknya..haktuiihhhhh...tapi sensitiviti kena jaga..

Aku godek2..dia terus jadi kosong....entah apa2.



Biarkanlah dia kosong..aku lebih rela..hahaha
Daripada berat kelopak mata aku menengoknya ...lagi berat kepala otak aku memikirkan ada ke patut iklan ni kuar dekat blog aku..
Memang tak patut...
Tak patut ok!!!
Aku takmo iklan cenggini...
Bubuh iklan jual sardin pun aku rela..
Jangan cemari blog aku dengan iklan yang menyayat hati ni..

Sedih
Uhuk..
Uhuk..
Uhukkkk..
Uuuwwaaaaa
Dah berapa lama iklan ini berada dalam blog aku...

Nanges lagii!!!!!!
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
*v*

 Aku xpernah buka laman Porn
Uuuwwaaaaa....


Thursday, August 29, 2013

Jumaat yang pening!

Salam pagi jumaat...mood pagi ni...biasa2 je..baru lepas menghabiskan secawan kopi Mak Dara...skunk, kepala dah ada2 unsur nak tengok bird terbang atas mata..

Semalam aku sakit dada..aku ingatkan semalamlah malam terakhir aku tengok dunia..tak boleh sedut nafas...aku gerak je, macam ada orang tikam2 dada aku..Kaki terus lembik..terlentang terus sambil cuba bertenang..Sampai hari ni aku masih rasa macam ada jarum2 halus cucuk dada..dengan bantuan Uncle Google..aku dah baca kenapa boleh jadi macam tu..punca tidak diketahui tetapi berkemungkinan mengalami stress secara dalaman..iaitu stress yang terpendam..hahaha..aku tak tahulah kalau dia tipu aku sebab bahasa indon tu aku bukan faham sangat..

Jika sakit dada sebelah kiri tu berlarutan hingga ke pangkal bahu, pastu terasa mual dan nak muntah..itu plak tanda serangan sakit jantung awal..Ya Allah!!!Minta la panjang umur..aku masih mahu memeluk anak2 aku yang baru nak kenal dunia tu..Inilah akibatnya kalau orang yang banyak masalah mcm aku ni..

Tapi inilah peel aku..suka peram masalah dalam dada..Masalah aku xdalah tahap orang nak serang Malaysia pastu aku kena bermusafir ke tempat lain dan yang lebih teruk suami aku tak boleh ikut sbb mempertahankan negara..Terpaksalah aku angkut anak2 sendiri, pastu meraban tak tahu nak pergi mana.Giler punya imaginasi..camna tak sakit dada..

Masalah aku sebab aku suka fikir masalah..Contoh, duduk dekat opis..tapi kepala otak tengah fikir kat rumah kain sebakul tak berlipat..balik nanti nak sapu sampah, mop lantai, basuh kain..hari ni nak masak apa..hari ni nak amik anak pukul berapa dari rumah pengasuh..pastu fikir..sempat tak pergi kedai tengok stok, fikir masalah hujung bulan nak bayar itu..nak bayar ini..tengah2 fikir masalah lain, otak teringat plak barang basah xda dekat rumah..pampers anak habis, susu tinggal sikit, ish!macam2 lagi la..Penat tau fikir benda2 tu..

Tapi bila duduk dekat rumah, fikir plak pasal keje..dekat opis ada lagi 3 troli buku tak katalog, dah set dalam kepala, esok nak siapkan benda ni..hantar benda tu...See!!benda2 macam tu pun boleh buat aku terbeban..

Laki aku selalu marah..dia kata mama ni perangai suka fikir teruk2...Pastu nak bt sesuatu benda tu..fikir negatif 80%, positif tu 10%, 10% lagi dalam dilema...hahaha. Padahal benda tu bukan masalah besar pun..Eh!!dah tuhan nak anugerahkan sikap aku camtu..nak buat camna kan...kan..kan..yang penting aku tak menyusahkan orang...

Disebabkan dada sakit, pastu tido pun sekejap tido sekejap jaga..dahlah masalah kesihatan tidak memberansangkan, malam tadi Airis plak tido siap kaki atas muka aku..Entah bila dia pusing 360 darjah pun aku tak tahu..ikut suka dia je kat mana dia nak landing..Aku tido hujung2 katil je..Natijahnya, pagi ni bangun sakit habis badan2 aku, maklumlah tidur sopan giler..buas sikit je memang sah tergolek ke bawah..Hah!!Kau pilih mana nak??
Pagi ni lagi sempoi..puas aku gelak sesorang..entah apalah masalah aku hari ni..Aku pun tak faham diri aku sendiri..Tengok..masalah lagi...*tampokepalasendiri!*
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
*V*

 Kalau member aku tak tegur "lawa selipar', SUMPAH aku tak perasan..nasib baik bawa kereta, cuba bayangkan kalau aku merempit pakai selipar lain sebelah camni..Comfirm takda orang nak lawan aku merempit hari ni..sebab tau dah budak ni putus wayar..
Yang lebih syahdu tu dua2 SELIPAR JAMBAN!..Hahaha, Ah!!Cannot Imagine..

Cadang nak LINE laki aku tunjuk fesyen terbaru kasut raya aku..tapi comfirm dia kata aku Gila!..so, pendam je la hajat tu..daripada kena kutuk baik duduk dalam opis diam2 main Candy Crush.

Yang ni satu lagi..entah apa motif aku pagi ni pergi angkut masker muka ni letak dalam handbeg..Takkan nak pakai sambil buat keje kot..ada juga yang kena tampo dengan boss aku ni kang...
Teruk juga masalah aku hari ni..

Nak kena main tepuk amai - amai balik ni bagi hilang sikit stress..
Ajak Airis nyanyi lagu ayam patuk itik sudu ok juga kot..Nanti kita try..
Okebai!

Monday, August 19, 2013

7 Tahun!!


Macam sekejap je masa berlalu..sedar2 dah 7 tahun bersama..tapi adakala aku masih lagi meluangkan masa membelek gambar pelamin dengan hantaran di google..Motif???hahaha..sendiri buat sendiri tak tahu..

Alhamdullilah, masih kekal bersama...tak pernah terlintas dalam kepala nak buang dia dari hidup aku..tiap2 hari berdoa semoga dia dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa menjadi suami yang terbaik..Semoga dia sentiasa berada dilandasan yang betul agar dapat membimbing aku dan anak2 ke jalan yang diredhai Allah SWT

gaduh2..tak puas hati..itu lumrah..kadang2 dengan diri sendiri pun boleh tetiba rasa sakit hati..apatah lagi dengan orang lain..tapi pengalaman mengajar kami supaya menjadi lebih dewasa..tapi biar apapun..saya sentiasa sayang dia setiap hati..

Thanks atas doa keluarga dan kawan2 supaya kami sentiasa kekal bahagia bersama..Sambutan?? semalam wish je dulu..dah fikir macam nak bawa anak2 pg makan je..tapi xtahu lagi..Tekak macam terasa nak makan dekat Texas Steak House..tapi tekak mamat ni The Very Melayu...tengok la macamana..kami ni kadang2 bab pilih tempat makan pun tak sebulu..biasalah...tak gaduh tak rock kan...puiiii!!!!

Kata2 untuk dia pada tahun ni :
UNTUK 7 TAHUN BERSAMA, SAYANG KAMU TIADA MULA DAN AKHIRNYA
TUHAN, TERIMA KASIH KERANA PINJAMKAN DIA KEPADA SAYA
MY BFF # ENEMY # CHENTA HATI ~HEPI ANNIVERSARY~

Mood : Hepi sangat!! Alhamudllilah (",)

Tuesday, August 6, 2013

Syawal 2013



Hari ini insyaAllah hari terkahir ramadhan 2013..Alhamdullilah sebab tahun ni aku dapat sempurnakan ibadah dengan jayanya..dan lagi membanggakan..segala makanan yang terhidang atas meja untuk suami dan anak2..adalah hasil air tangan aku sendiri uols..mula2 puasa je jejak PARAM..tapi setiapkali pergi mesti sentap..so, amik keputusan better buat sendiri..

Kalau korang tengok aku berkawan rapat dengan En. Google pasal nak masakan hidangan sedap2..memang kelakar tau..habis samsung aku kena cili, kena kunyit, kena tepung..ada satu hari tu, nyaris dia termasuk dalam gulai kari..Fuh!!urut dada aku..

Itu belum lagi korang tengok aku bersilat nak buat kuih lopes...Gigih giler aku sehari suntuk nak siapkan kuih tu! Serik tu xda la..tapi kalau nak makan..aku rasa better beli je la..Xmampu aku nak membuatnya..step kena betul..kalau tidak..lopes tak jadi..jadilah Pulut Hijau yang terpaksa dimakan menggunakan sudu...OMG!

Tahun ni memang nak bagitau ikhlas..xda baju raya..sebabnya, kami xbalik beraya..Bermusafirlah kami di Hulu Langat tahun ni...bertapa aku rindukan rendang mak aku..tapi apakan daya..diatas sebab2 yang xdapat dielakkan...terpaksalah menahan diri...Anak2 je sempat bertukar baju..xpa, dah tua2 ni semangat raya tu menurun dah pun..yang ada cuma rindukan suasana berkumpul adik beradik...Sayu je hati ni...

Tadi dah telefon mak aku..dia buat rendang, pulut kuning dan macam2 lagi la..Akak aku je tak semenggah..dia nak buat nasi lemak pagi raya..Kau dah kenapa??Kot ye pun mengigau..tunggu la hari lain...Sempatlah bergaduh sekejap dengan dia..hahaha...Poyo kan..Kami memang camni..bila bercakap ayat mana pernah teratur..ikut la yang mana dulu kuar dari mulut..gelak macam mafia tapi air dicincang xkan putuskan..

Okeylah..Sempena hari baik bulan baik ini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dah maaf kepada semua saudara mara dan kenalan..xkira dimana anda berada..Jika selama ini ada kekhilafan..maaf zahir dan batin dipinta..Selamat Hari Raya Aidilfitri..Semoga syawal ini memberi seribu pengertian kepada anda semua..Kepada yang berhajat dan datang kerumah..bagitau awal2..bolehlah saya masak apa yang patut sebagai juadah sempena hari raya sebab saya hanya ada 6 jenis kuih je..itupun semua ditunjuk dan bayar...hehehe...

Pesanan Ikhlas : Berhati2 dijalan raya..Ingatlah keluarga yang tersayang

Wednesday, July 31, 2013

Sepetang bersama

Minggu lepas..sementara nak tunggu waktu berbuka tu lambat lagi..saja bawa Airis dan Allesya jalan2 depan rumah..selalunya aku ni jenis lepas je amik anak2..memang berkurung dalam rumah...bukan xmesra dengan jiran2 tapi banyak sangat keje nak buat...Lagipun aku ni bangsa manusia yang paling tak berkenan orang bizi body..Kau jaga je body kau..aku jaga body aku...tak payah la nak menyibuk hal rukun tetangga,,,nampak sangat xda keje kan...
Okey..dah merapu plak..kita sambung cter dengan anak2...


Tengah jalan sempat lagi mengutip..nampak dekat mulut tu...saja kau letak puting..guard tak bagi dia kutip macam2 pastu makan!!dapat 10 biji batu je dia telan..kenyang seminggu kot...


Nak main dengan kakak..tapi kakak dia ni dengan mood entah apa2...aku yang mak dia ni pun xberapa nak faham...sekejap sayang adik..sekejap dia tolak2 je kau..aku ni plak jenis suara kuat...mula2 menjerit2 macam kena sawan...dua beradik je pun..nak bergaduh apehal..

Malaslah kawan dengan kakak...tak best!..abang ni baik..jom kita jalan2 dengan abang...

Dah kena bebel..pergi dekat adik..pelok2 manja..baru nak sayang...Aku ni sayang dua2..tapi kalau kau buat perangai..memang siaplah..Airis tu kecik lagi..tak faham apa2..kalau dah besar..cari pasal dengan kakak...memang libasan terbaik la aku bagi...kalau dua2 salah..dua2 aku sebat...
Jangan nak bergaduh...Ingat pesanan tu..

Sayang anak2 mama...

Ragam Airis

Budak ni selalu bagi mama tergelak...ragam dia..Ya rabbi..memang tahap kesabaran aku over limit..tapi memang dah peel dia..nak marah??hah!!!ikut suka la..ada dia kisah ke..Yang paling aku tak tahan..peel mengutip dia tu..kalau tak diperhatikan betul2..semua yang dia jumpa memang selamat la jawabnya masuk dalam mulut..

Habis tercabut loceng orang tu dia keje kan..tapi pekerja Petsave tu terpaksa la tersenyum manis juga sebab takut customer lari..hehehe

Ni gambar pergi hantar boboi grooming...amboi!!see???tuan dia punyalah baik..belanja pergi mandi dekat salon tau..Bini dia ni pun dia tak pernah offer pergi SPA..hahaha..
Kucing busuk tak boleh..bini busuk takpe...hakktuihhhhh!!!Xdanya aku nak tunggu dia bagi greenlight baru pergi salon..senyap2 je aku pergi grooming diri aku sendiri...Itu namanya rewards sebab penat bekerja..

Semua nak menyelit dekat aku..habis sekereta penuh dengan bulu kucing..ini semua tuan dia punya keje...bengkak ati aku...GERAM!!

Tunggu boboi mandi..aku pitam dengan tahap kebuasan dia ni...

Tolonglah Airis..mama penat nak layan perangai awak yang sesaat pun xduduk diam tu..Selamba je dia stunt atas pasir najis kucing..pastu tergolek2 ke bawah macam hindustan...aku ingatkan lepas tu insaf..non ado la..dia cari port lain plak rupanya...

Suruh bapak dia jaga..akhirnya masuk dalam sangkar kucing dah anak tu..aku biarkan je...buat2 tak nampak...

Allesya boring...hahaha

Petsave Pandan Indah...rege untuk servis boleh tahanlah kpak juga...

Ya Rabbi Airis ..Apesal muka macam tin biskut...4 segi!!!hahaha

Muahhh!!!!We are the best Friend..puiiii...sekali dia lempang...terlentang kucing tu...

No Words To Say (",)