Tuesday, April 27, 2010

5UK@N @N+@R@ j@BA+@N U5!M

Sukan antara antara jabatan USIM 2010 kembali lagi. Masih dengan Team yang sama.

  • Fakulti 1
  • Fakulti 2
  • Perkhidmatan
  • Pentadbiran

Aku rasa 10 acara dipertandingkan dan ia akan berakhir pada 30 April ini ni Kompleks Sukan USIM, Nilai..

Start minggu lepas aku asyik berulang pergi sana. Sakit badan sudah mula terasa pada hari ke 2. Walaupun kalah tapi teruskan juga untuk hari ke - 3...Biasalah kalah menang adat permainan..Tapi yang penting..main just untuk seronok2 jer..bukan nak main gaduh2 pun..

Semalam aku angkut Allesya + Papa sekali g nilai..Papa volunteer nak ikut..so untuk itu aku bagi kreadit for My Loving Hubby coz tolong jaga Allesya jap sementara Mama melompat2 tengah padang..
Walaupun Allesya kurang sihat tetapi dia punya la seronok sebab dapat bebas berlari tengah padang sambil bermain 'BALL' dalam air..

Dan akhirnya bila habis main & on the way balik KL..Allesya dan tidur lena dalam kereta..Sampaikan bila Papa stop kat Bistro Nasi Kandar pun..Allesya masih lena..tambah sedap lagi tidur sebab Mama peluk..Sejuk air -cond buat dia bermimpi indah2 jer..

Walaupun main suka2..tapi aku dapat juga la bahananya..1st day ok lagi sebab padang pun tak basah..energy banyak lagi..boleh la tahan juga walaupun team lawan kuat..tapi semalam sebab energy semakin kurang, ditambah lagi dengan padang yang basah dan berair..buatkan aku dah lebam sana sini..
Paling sakit bila ibu jari aku biru..Hingga hari ini masih tak tahan sakitnya..berdenyut2 dan keras lagi...huhuhu..


Yang paling aku tak puashati bila mendapat kutukan dari suami aku..geram tul..dia siap gelak2 lagi..ikutkan hati mahu jer aku gigit telinga dia..Bukan nak bagi sokongan..takper..time dia lawan futsal nanti, siap ler..kalau kalah..aku balas balik.. Time tu baru dia tau..saper soh kutuk aku..(dendam jahat) tu..

Walaupun FPSK kurang menyerlah time sukan ni..kami tetap ok..lagipun banyak kelemahan yang kitaorang ada..Kami tak ada coach..tak ada padang..tak training..so, tak mustahil semua itu menjadi faktor kekalahan yang berlaku..

Jika diikutkan kami sepatutnya tak payah bertanding pun..kami terpinggir di KL tanpa sebarang peralatan..tanpa sebarang latihan..Bagi staff di Nilai..diaorang ada padang yang complete dengan semua kemudahan. Tak perlu bersusah payah nak fikir dimana nak berlatih..semua dah terhidang depan mata.. Anytime boleh berlatih dan tak ada sesiapa pun yang nak halang..


Apapun..syabas untuk Team FPSK..sentiasa memberikan yang terbaik walaupun terpaksa travel jauh2..terpaksa berhujan berpanas..terpaksa mengharungi jammed..dan yang paling teruk..terpaska menerima kekalahan..tapi FPSK best..
Semangat juang tetap ada walaupun terpaksa mengharungi halangan yang sukar..SYABAS!!

FPSK BOLEH!!

Thursday, April 22, 2010

LATIHAN KAKITANGAN USIM - WORD 2007 - USIM

\

Word 2007 memang besh2..lebih advanced dari 2003..Aku belajar cara2 untuk handle semua ni pun sebab nak convert komputer Unit Pembangunan Koleksi menjadi Microsoft 2007 supaya memudahkan aku membuat keje..
Pagi ni aku dapat idea macamana nak menyimpan invoice dengan mudah dan senang...No need file yang bertimbun2..segalanya leh dilakukan dengan hujung jari jer..tapi ini just untuk aku ajelah..kalau satu pejabat nak buat macam ni..macamana audit nak check rekod nanti..



Tapi sememangnya banyak benefit yang boleh diperolehi daripada bengkel ini..Nama macam bengkel main2 jer..maklumlah..nama latihan pun just word 2007..budak sekolah pun dah tau guna..apatah lagi kami yang dah lama berkhidmat dalam Goverment..tapi walaupun dia just basic but dia still knowledge yang ramai orang tak tahu..
Hidup ini memang ramai yang mengaku 'TAHU' tetapi sebenarnya 'TIDAK TAHU'..Memang mudah berkata 'TAHU' tetapi berapa ramai yang boleh melakukanya denga betul dan tepat???
Semua tu kena bergantung kepada seseorang itu bagaimana dia ingin mempelajari sesuatu walaupun sesuatu yang ingin dia pelajari itu tidak praktikal dengan tugas2 hakiki beliau..

Antara cara2 untuk convert MS2007

Click button Menu - save as
1 . Word Document - terus kepada MS2007
2. Word 27 - 2003 Document : Tukar kepada MS2003
3. Kepada PDF : Find Add - ins for the file formats
4. Click install and use the save as PDF or XPS add - in from microsoft
5. GO to Microsoft save as PDF

Cara2 untuk menukar font
1. Sentence Case - Depan sahaj huruf besar
2. Lowercase - Semua huruf kecil
3. Uppercase - Semua huruf Besar
4. Capitalize Each Worh - Depan semua huruf besar, belakang huruf kecil
5. Toggle case - Depan semua huruf kecil, belakang semua huruf besar

Untuk LINK :
Taip nama syarikat
2. Buka laman web syarikat tersebut
3. Highlight pada nama yang telah ditaip tadi
4. Click insert - Hyperlink
5. Paste pada add + Click OK.

Untuk padam :
Highlight LINK - Go to Hyperlink - Clink Remove LINK.

Bagi MS2007, terdapat satu icon SmartArt, iaitu icon yang memudahkan seseorang itu membuat carta @ sebagainya.
Untuk menggunakannya, seseorang itu perlu pergi kepada insert dan click pada icon SmartArt. Kemudian pilih carta yang ingin digunakan. Untuk menambah kotak, click pada icon 'add shape' dan pilih kotak mengikut citarasa masing2.

Selain itu, ia juga boleh menukarkan bentuk grafik dan colour yang berubah secara automatik.
berbanding dengan MS2003, pengguna itu harus melakar carta dengan menggunakan 'textbox' dan copy paste.
Contoh :


Monday, April 5, 2010

2uhaini menulis lagi

Malas..malas..malas..Aduhai..bila Malas+Borink+Pening bercampur aduk..satu keje pun takkan menjadi..Apesal la aku jadi macam ni ari ni..Busan betul la..nak buat keje tapi tak tau nak mula dari mana..Nak check buku pun..Laptop belum install Virtua..nak check listmediks pun..benda tu dok kat bilik belakang..Aku plak terperuk kat Kaunter Depan ni..Sudahnya..main solitare aje la..

Sambil2 melihat email
Dan facebook


Huhuhu..sungguh dasyat kemalasan aku hari ini..Pagi tadi pun bergolek atas tilam sampai pukul 7 pagi..Rasa macam nak EL jer..tapi sayang cuti.Paksa juga la diri p keje..Padahal badan jer naik motor..hati dah say good bye dari dalam rumah..
Tapi apapun..aku rasa ini feeling yang normal bagi sesuatu yang still dipanggil 'human'..Adakala aku ok..adakala aku pun badmood macam orang lain juga.Aku takkan nak paksa diri jadi happy setiap saat..Mesti ada masa aku pun 'EMO'..Tapi kira aku ni bernasib baik sebab tidak dibebankan dengan sesuatu yang leh buat aku lagi fed - up. Sekurang2nya aku still ada masa untuk relekskan diri..tenangkan minda supaya aku leh rasa mood tu bertukar menjadi ceria..
Minta2 pas kul 2 ni..selepas aku rehat...makan + solat..aku akan back to normal..no tension2..no moody2.
Perut pun dah mula berdendang sayang..maknanya..aku kena cari something untuk buat dia berhenti menyanyi..Mungkin makcik kat cafe tu ada penawarnya..Dan harap2 lauk pauk hari ini bisa menaikkan selera aku yang dari semalam asyik menghadap kueteow +mee kuning + spagetthi..Dah macam Mat Saleh celup la plak..
Allesya pun pasrah jer bila mama ajak makan benda2 tu..+ plak mama malas nak masak semalam..so makan ajer la benda yang ada..janji bila kepala dah cecah bantal..perut tak menyanyi..
Apapun..aku tetap sempoi..& tabah sesangat nak mengharungi hari ini..Semoga aku selamat pergi + balik keje dengan memandu 'Virago S' Aku tu..heheh..cayuk!cayuk!