Sunday, February 21, 2010

In Future..

Aku terfikir..apa akan jadi pada aku & keluarga aku di masa hadapan...
Gembirkah???bahagiakah??? @ sebaliknya???...

Jauh lagi untuk aku menempuhi semua itu..Tapi memang tidak boleh disekat bahawa masa akan merubah segalanya..Tapi aku harap sangat2 untuk merasai saat2 itu..

Time tu aku dah tua..anak2 pun dah besar(harap2 Allah kurniakan aku anak2 yang solh & solehah)..Kalau ikut keturunan sebelah arwah ayah...mesti uban dah penuh di kepala..hahaha...
Tapi kalau ikut sebelah mak pun apa kurangnya..sama jer..dah nama pun tua..kan..kan...kan..

Oh! My God...mesti garis2 kedut dah penuh di muka..Aku & Papa..sama saja..menghadapi situasi itu..mata pun dah terang2 kelabu..kejap nampak..kejap2 malap..(sekarang pun dah rabun..lagi 30 tahun lagi la rabun kot..:-)..)


Allesya pula???harap2 time tu dah ada insan yang baik menjaganya..Ada kerja yang bagus..suami yang bagus & anak2 yang bagus..ibarat kata..aku sentiasa mendoakan yang bagus2 jer untuk dia..& aku + Papa dah ada cucu...tempat kami meluangkan masa setelah retired from Goverment Services..

Aku sentiasa berdoa semoga kami sekeluarga dipanjang umur..diberikan kesihatan yang sempurna dan dimurahkan rezeki..

Aku memang teringin untuk melihat semua2 itu...Kalau ikutkan services...aku akan bersama pada 11.7.2036..So long..& Papa pula maybe pada 1.4.2036..Tahun yang sama but Papa retired pada umur 58 & aku 56 tahun..Saja aku pilih tahun yang sama sebab InsyaAllah kalau panjang umur..aku nak menunaikan haji bersama Papa..

Teringat cerita 'soal hati'..lakonan Erra Fazira & Aflin Shauki..kot2 la ngan Papa leh jadi cam tu..
Dah tua2 tapi leh lagi round kampung naik motorbike..mesti best..itupun kalau Allah izinkan la..
Jika ikutkan pelaburan keluarga untuk masa depan...dalam masa 26 tahun kami dah boleh hidup senang lenang..tak perlu mencontohi sesetengah insan yang kurang bernasib baik...setelah pencen terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan di bank..bagi kaum ibu pula...terpaksa berniaga nasi lemak untuk menyara keluarga..

Aku rasa tidak sanggup untuk menempuhi hidup sebegitu..dan cukuplah masa muda ini aku bertungkus lumus mencari rezeki..di masa tua...hanya amal ibadat yang hendak aku kejar sebelum menutup mata...

Disebalik kejadian..mesti ada hikmah..dan disebalik hikmah yang Allah turunkan..mesti terselit sedikit kemanisan akhirnya..

Hidup ini ibarat makanan...mesti cukup perisanya..mesti ada masam masin serta manis..dan kadangkala jika terlebih perasa..pahit pula jadinya..

Oleh itu, sebagai insan kerdil dimuka bumi Allah S.W.T..yang kadangkala alpa..kadangkala ego....kita haruslah ingat..bahawa hidup ini tidak semestinya indah..tetapi tidak akan gelap untuk selamanya..

Kita tidak akan mengetahui apa yang akan terjadi kepada kita untuk sesaat lagi..apatah lagi jika untuk hari esok dan dimasa yang akan datang..

No comments:

Post a Comment