Tuesday, February 16, 2010

Sambal Hitam - Tradisi Keluargaku

Sambal Hitam @ lebih dikenali dengan nama sambal belimbing jeruk oleh kebanyakan penduduk Pahang ini memang amat menyelerakan bila dimakan dengan nasi yang masih berasap.

Resepi turun temurun keluarga Abdullah B. Mat Said ini masih popular hingga sekarang dan diturunkan dari zaman berzaman hingga ke anak cucu.

Masakan tidak (Noor Akmar) yang sedang belayar mengelilingi dunia untuk menamatkan pengajian di ALAM (Akedemi Laut Malaysia) iaitu cicit kepada Abdullah + Kechik ini sanggup pulang ke Pahang untuk meminta Neneknya (Samsiah Bt. Bakar) membuatkannya sekilo sambal hitam untuk dibawa belayar.

Sambal ini boleh tahan kira - kira 3 bulan jika disimpan didalam peti sejuk dan boleh dimakan selama 2 minggu jika disimpan didalam suhu bilik.

Belimbing buluh iaitu bahan utama dalam menyediakan masakan ini akan direbus dahulu bersama garam kasar lebih kurang 12 jam. Ia akan direbus dengan api yang sederhana besar daripada buah tersebut berwarna hijau sehinggalah menjadi warna hitam.
Walaupun ia berubah warna, namun rasanya yang masam - masam masin itu juga sedap dimakan begitu sahaja selepas dimasak..tambahan lagi bagi para ibu yang baru mengandung untuk menghilangkan rasa loya dan mual.


Walaupun untuk membuatnya sedikit rumit namun kerana kelazatannya...ramai yang sanggup menanggung segala kepayahan untuk menyiapkannya.

Resepi sambal hitam
Ikan bilis (Dibuang perutnya) - kuantiti ikut suka
Belimbing jeruk - kuantiti ikut suka
Cili padi - kuantiti ikut suka
Bawang halus - 5 biji
Bawang putih - 2 ulas
Garam
Serbuk perasa
Air putih
5 sudu besar minyak masak

Cara2nya :-
Tumbuk ikan bilis yang telah dibuang perutnya dan direndam seketika bersama cili padi.Tumbuk separuh lumat. Selepas itu masukkan belimbing jeruk, garam dan serbuk perasa. Kacau kemudian masukkan sedikit air supaya bahan2 tadi sebati. Kemudian letakkan didalam bekas lain.

Kemudian tumbuk bawang merah sehingga lumat dan ketuk bawang putih sehingga separuh lumat.

Selepas itu panaskan minyak didalam kuali. Masukkan bawang yang telah ditumbuk tadi dan goreng sehingga kekuningan. Kemudian masukkan sambal yang telah ditumbuk tadi dan kacau sehingga kering dan mengeluarkan minyak dengan api yang perlahan. Apabila sudah siap, hidangkan bersama nasi panas..

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment