Thursday, August 29, 2013

Jumaat yang pening!

Salam pagi jumaat...mood pagi ni...biasa2 je..baru lepas menghabiskan secawan kopi Mak Dara...skunk, kepala dah ada2 unsur nak tengok bird terbang atas mata..

Semalam aku sakit dada..aku ingatkan semalamlah malam terakhir aku tengok dunia..tak boleh sedut nafas...aku gerak je, macam ada orang tikam2 dada aku..Kaki terus lembik..terlentang terus sambil cuba bertenang..Sampai hari ni aku masih rasa macam ada jarum2 halus cucuk dada..dengan bantuan Uncle Google..aku dah baca kenapa boleh jadi macam tu..punca tidak diketahui tetapi berkemungkinan mengalami stress secara dalaman..iaitu stress yang terpendam..hahaha..aku tak tahulah kalau dia tipu aku sebab bahasa indon tu aku bukan faham sangat..

Jika sakit dada sebelah kiri tu berlarutan hingga ke pangkal bahu, pastu terasa mual dan nak muntah..itu plak tanda serangan sakit jantung awal..Ya Allah!!!Minta la panjang umur..aku masih mahu memeluk anak2 aku yang baru nak kenal dunia tu..Inilah akibatnya kalau orang yang banyak masalah mcm aku ni..

Tapi inilah peel aku..suka peram masalah dalam dada..Masalah aku xdalah tahap orang nak serang Malaysia pastu aku kena bermusafir ke tempat lain dan yang lebih teruk suami aku tak boleh ikut sbb mempertahankan negara..Terpaksalah aku angkut anak2 sendiri, pastu meraban tak tahu nak pergi mana.Giler punya imaginasi..camna tak sakit dada..

Masalah aku sebab aku suka fikir masalah..Contoh, duduk dekat opis..tapi kepala otak tengah fikir kat rumah kain sebakul tak berlipat..balik nanti nak sapu sampah, mop lantai, basuh kain..hari ni nak masak apa..hari ni nak amik anak pukul berapa dari rumah pengasuh..pastu fikir..sempat tak pergi kedai tengok stok, fikir masalah hujung bulan nak bayar itu..nak bayar ini..tengah2 fikir masalah lain, otak teringat plak barang basah xda dekat rumah..pampers anak habis, susu tinggal sikit, ish!macam2 lagi la..Penat tau fikir benda2 tu..

Tapi bila duduk dekat rumah, fikir plak pasal keje..dekat opis ada lagi 3 troli buku tak katalog, dah set dalam kepala, esok nak siapkan benda ni..hantar benda tu...See!!benda2 macam tu pun boleh buat aku terbeban..

Laki aku selalu marah..dia kata mama ni perangai suka fikir teruk2...Pastu nak bt sesuatu benda tu..fikir negatif 80%, positif tu 10%, 10% lagi dalam dilema...hahaha. Padahal benda tu bukan masalah besar pun..Eh!!dah tuhan nak anugerahkan sikap aku camtu..nak buat camna kan...kan..kan..yang penting aku tak menyusahkan orang...

Disebabkan dada sakit, pastu tido pun sekejap tido sekejap jaga..dahlah masalah kesihatan tidak memberansangkan, malam tadi Airis plak tido siap kaki atas muka aku..Entah bila dia pusing 360 darjah pun aku tak tahu..ikut suka dia je kat mana dia nak landing..Aku tido hujung2 katil je..Natijahnya, pagi ni bangun sakit habis badan2 aku, maklumlah tidur sopan giler..buas sikit je memang sah tergolek ke bawah..Hah!!Kau pilih mana nak??
Pagi ni lagi sempoi..puas aku gelak sesorang..entah apalah masalah aku hari ni..Aku pun tak faham diri aku sendiri..Tengok..masalah lagi...*tampokepalasendiri!*
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
*V*

 Kalau member aku tak tegur "lawa selipar', SUMPAH aku tak perasan..nasib baik bawa kereta, cuba bayangkan kalau aku merempit pakai selipar lain sebelah camni..Comfirm takda orang nak lawan aku merempit hari ni..sebab tau dah budak ni putus wayar..
Yang lebih syahdu tu dua2 SELIPAR JAMBAN!..Hahaha, Ah!!Cannot Imagine..

Cadang nak LINE laki aku tunjuk fesyen terbaru kasut raya aku..tapi comfirm dia kata aku Gila!..so, pendam je la hajat tu..daripada kena kutuk baik duduk dalam opis diam2 main Candy Crush.

Yang ni satu lagi..entah apa motif aku pagi ni pergi angkut masker muka ni letak dalam handbeg..Takkan nak pakai sambil buat keje kot..ada juga yang kena tampo dengan boss aku ni kang...
Teruk juga masalah aku hari ni..

Nak kena main tepuk amai - amai balik ni bagi hilang sikit stress..
Ajak Airis nyanyi lagu ayam patuk itik sudu ok juga kot..Nanti kita try..
Okebai!

No comments:

Post a Comment