Thursday, January 15, 2015

Kisah allesya lagi..

Dua hari lepas time aku amik dia dekat umah pengasuh..dia dah berlari2 jerit nama aku..
Allesya : Mama...mama...cikgu suruh beli buku. Cikgu cakap kena beli juga. 
Aku : Ok..nanti mama bagi duit.

Malam tu dia tunjukkan la dekat aku borangnya..
Aku pandang dia..pastu pandang balik borang yang cikgu dia bagi...pastu aku pandang bapak dia..acaner ni..dah mcm itik ngan ayam..sebabnya semua perkataan dekat borang dia semua tulisan cina...sepatah haram aku tak faham!

Aku : Yunk..camna nak isi borang ni?...sambil tunjuk kat laki..
Papa : Mana la nak tau..bukannya faham pun. Tak payah isi...bagi je duit...suruh cikgu tu isi sendiri...
See!!!senang giler jawapan papa dia. Aku garu kepala..

Nasib baik dalam borang tu ada lima jenis buku..semua rege RM13.80 sebuah. Pastu cikgu dia tandakan bulat dekat harga. Maknanya kena beli sebuah je la..kalau cikgu dia tak bulatkan yang mana nak kena beli..comfirm aku beli semua! Jangan cakap aku kaya plak..tapi memang aku terasa cam aku ke yang tak pandai atau cikgu ni lupa tulis dwibahasa..kalau tak melayu, sekurangnya bahasa inggeris. Bodoh2 sangat boleh aku pakai google translate..

Aku tanya Allesya, teacher suruh tulis apa ni. sebab ada kolum macam kena tulis nama, nama kelas, nama sekolah...aku agak aje la..hahaha...tapi tak tahu yang mana satu...Tapi jawapan Allesya lagi cerdik. Techer suruh tulis nama ngan sain. Confident je dia bercakap. Aku pandang muka dia..memang aku tak percaya la. Sebab kolum tu xda ciri2 macam kena sain pun. Zaman aku dulu kalau bab sain2 ni..cikgu bagi waktu nak minta izin penjaga masa nak pergi rombongan sekolah je. Kalau nak beli buku tu, xpernah la plak. Ke sekolah aku je macam tu...^_^

Sudahnya, aku bagi duit RM13.80, letak dalam plastik..pastu aku letak dalam beg allesya. Aku pesan kat dia, cakap kat cikgu..mama tak isi borang ni..mama bagi duit je sebab mama tak faham cikgu tulis apa...hahahaha...

Senang kan...aku kan tak suka fikir teruk2..janji kau bayar..kan..kan..kan..maknanya walaupun aku tak tau langsung buku apa yang anak aku kena beli..sekurang2 anak aku tetap ada buku tu...cerdik giler mak kau allesya...otak berkilat boleh buat batu cincin...
Harapkan papa kau...lagi hebat..dia suruh aku terpacak pukul 7 pagi depan pintu kelas tunggu teacher datang...semata2 nak tanya kena isi benda kat kolum tu. Dua baris patah perkataan je yunk...tak koser la mama..Kalau rasa rajin pergi la sendiri..hahaha...Pemalas bebenor aku sejak tahun baru ni..

Allesya oh Allesya..baru seminggu sekolah nak oii..kita tengok apa plak lepas ni..
- Salam jumaat uols -

No comments:

Post a Comment