Tuesday, February 24, 2015

Bersama Khusairi's Part 2

Ok..dah janji nak bawa anak2 pergi kuar jalan2 pastu terus tengok Pakngah. Aku pun bangun awal macam biasalah. Basuh baju sekolah Allesya..itu perkara paling utama kena buat. Nak mengonyoh kasut dia satu hal.. Ada lagi kesan sos cili....adoiii...

Pastu kemas rumah bagi berkilat dulu. Tabiat aku...aku takkan kemana2 kalau umah tak siap kemas. Memang nak kena licin berkilat dari pintu umah sampai la ke jamban. Kain baju harus elok bersidai. Yang paling penting dapur kena bersih ngan cantik. Kalau tidak..harap maafla...kena tunggu aku settlekan keje baru boleh pergi. Dah siap tu nak bawa aku kebulan pun aku tak kisah..janji dapat makan...hahahaha...itu wajib.

Dah siap semua, gerak dalam pukul 12.00. Mak mertua call suruh bookedkan hotel dekat KLIH. Sebab senang sebelah hospital je. Ok, PDRM kan ada diskaun...kita jangan lepaskan peluang. Papa tanya nak tidur kat hotel tak. Sebab memang dah janji nak bawa anak2 mandi dalam bathtab. Aku macam malas la plak. Otak mengenangkan baju sekolah anak tak bergosok lagi kat umah...Teruk betul peel mak2 macm aku ni.

So, amik satu bilik je. Time melawat dah habis,
kita lepak2 dalam bilik dulu. Makan nasi bungkus reramai. Ok apa..selera je.Xdalah sedap manapun...takat boleh telan je.

Tu la keje dia..main games je..

 Budak teruja bila jumpa ngan pak ngan mak menakan..

 Dia pow papa dia beli benda alah ni..jangka hayat..sehari je hidupnya...pastu lingkup!..hahaha...
Dekat KLIH rege burung marah ni RM19...bila cek dekat Jalan Sultan Ismail..rege dia RM6.90 je...

 Budak ni plak pow patung besar jari tu..Rege dia RM15..Kalau kat pasar malam..Rege dia RM3 je...Geram betul aku.

Petang tu, pergi awal sbb nak cop parking. Maklumlah HKL tu parking berselerak. Lambat datang menapaklah korang jauh2. Aku sanggup tunggu dalam kereta kalau mcm tu. Gila la..berpeluh ketiak kalau kena parking 3km. 

Dapatlah tengok sekejap. Pastu nurse tu halau sebab bawa budak2 masuk. Eleh..dah 1/2 jam anak aku meniarap atas lantai kat situ...barulah nak suruh kuar. Sebelum tu korang dok keje tenung henpon xhiraukan pelawat pun kan. Aku tau la korang tengah stress main candy crush tak lepas2..Jangan tipu la..itu semua makanan aku je. Tengok kejap muncung kejap kerut kening tu pun aku dah tau dah.

Takpa...aku ni jenis patuh undang2...hahaha...iye la sangat...bawa la anak2 turun lepak dekat lobi. Nasib baik ada kerusi kosong. Disebabkan ada mesin air kat situ...licin duit syiling aku Allesya kejekan. Semua jenis air dia nak beli. Nasib baik aku xkaya je..kalau tak ngan mesin2 tu aku beli. Geram aku sebab dua2 tak reti duduk diam. Dah la aku bengang sebab Airis buat kuak lentang betul2 depan meja guard. Baju putih jadi hitam. 

Terus call papa tanya lambat lagi ke nak turun. Aku dah hampir nak tertido dah kat kerusi tu. Banyak sangat sedut bau morfin...lalok terus...hahaha..
Nasib baik maktok dia volunteer turun jaga cucu..Ok, aku dapatlah melepaskan diri. Naik atas tengok orang sakit sekejap.
Pastu ajak papa balik. Tak larat dah nak berdiri. Dalam pantang ni yunk. Kaki kena jaga. Kang i pantang yangyok u yang susah...Kakaka

Masuk je kereta,,dua2 askar dah tertiarap...hujan plak lebat sangat. Terus papa ajak tido kat KLIH je la..biar dia je balik amik baju. Dia kata orang dalam pantang kena rehat. Dia sponsor tido hotel nak bagi aku release tension. Hehehe...time tu la macam...wah!!!love penuh kat mata...Nak kiss kang takut orang dalam kereta sebelah jeles plak. Maklumlah jem teruk2..ada wayang free kat sebelah...Nangis tengok wooo...kakaka

Yang best..minta bilik sebelah dengan mak dia. Sebab bilik tu memang ada connection door. Ok anak2..jom kita mandi...biar papa balik amik barang. Malam nanti kita buat suprise...Maktok tak tau yang sewa bilik sebelah tu anak cucu dia juga. Kita mandi buih dulu...Dah puas baru kita gegar bilik sebelah.


Connecting door...mandi dulu ye anak2..pastu kita buat suprise!!


Tak sempat letak buih...buka je pintu terus memekak nak mandi...
Layan je la


Bilik ok la...biasa2 je..tapi selesalah untuk rehatkan diri. Harga pun ok juga.

Ni nama dia sambil menyelam minum air. Dah seminggu sebut nak pergi tido hotel..nak rehat ngan anak2..dapat juga akhirnya walaupun lepak Kampung Baru je pun..Ala...budak duaorang tu bukan kisah kat mana pun...dapat main air..xingat dah benda lain...Sambil senang nak tengok adik ipar kat hospital...boleh rehat2 dengan family dihujung minggu...



Sempoikan kitaorang bercuti...hahaha

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete