Saturday, December 17, 2011

Macam2 Ada..

Disember 2011..bulan penuh kesakitan bagi kami sekeluarga, bermula dengan Allesya masuk wad sebab tarik lepas jatuh...berterusan plak dengan Papa dia yang mula2 cirit birit, lepas tu naik allergic & demam xkebah sampai kena G ER HUKM juga, penghabisannya aku yang terpaksa berkampung kat HUKM sebab kena operate apendiks...

Dugaan2 ni kami hadapi dengan penuh kesabaran & redha..Terima kasih pada kawan2 yang mendoakan kami..& terima kasih pada keluarga yang tak jemu2 menghulurkan bantuan...

Yang paling penting, aku bersyukur sangat pada Allah S.W.T kerana menyelamatkan anak dalam kandungan ni..walaupun aku memang telah pasrah akan kehilangannya..Allah Taala tu maha berkuasa..dia masih memberikan kami kegembiraan walalupun menanggung kesakitan..dan semua itu tidak pernah buat aku mengeluh...

Terima kasih pada Doc2 HUKM..*yg operate aku tu, lecturer office aku sendiri..& doc yg jaga aku kat HUKM tu adalah xstudent USIM yg baru je grad 2 minggu lepas (",)..Thanks A Lot..

Paling utama untuk suami saya yang tercinta..Terima Kasih sayang..terima kasih kerana tabah mengharungi semua ini bersama2..Terima Kasih kerana masih berjaga sampai pagi walaupun duduk sorang2 melayan perasaan diluar operation theater..dan sangat2 berterima kasih kerana masih sudi mengusap serta menghadiahkan ciuman sayang pada isteri papa yang separa sedar sebagai tanda kesyukuran....

Setiap yang berlaku ini, pasti ada hikmahnya..yg mama tahu, dia menambahkan kasihsayang diantara kita..mama tahu kita sama2 dpt rasakan semua tu...mama sangat happy kerana Allesya sangat faham tentang semua ini..dialah yg paling terhebat diantara kita (",)

InsyaAllah..dugaan ini akan menjadikan kita lebih matang..dan semoga tahun 2012 akan memberikan kita kebahagiaan yang berlipat ganda..InsyaAllah....Thanks UOLS...(",)

No comments:

Post a Comment