Monday, May 9, 2011

3 Hari Ke Jabatan Imegresen ~ PENAT~

Disebabkan memang nak sangat berjalan2 ke Thailand, aku terpaksa berulang alik ke Imegresen selama 3 hari..hari pertama dah bergaduh dah ngan staff kat situ..bukan akulah tapi Mr. Khusairi

Sbbnya..

  • Memula kena beratur amik no & dia check if kalau dokumen tak complete..pastu baru bagi no giliran..& kepilkan semua form ngan clip and soh masuk...
  • 1st time G sana, mana tau cara dia kan..tunggu 40 minit, baru panggil no..sampai kaunter, staff tu cakap, tak boleh buat sbb nak kena ada surat beranak..laki aku cakaplah..tadi yang depan tu bagi no kenapa? kalau tak boleh buat, nape tak bagitau..
  • Terus staff Gred 22 dia G depan tanya..nak tahu apa etika perempaun tu yang terus bergaduh secara live tu...perempuan yang jaga kaunter depan tu datang, ikut tengah orang ramai2 tu, dengan kata2 yang agak kurang sopan...meninggikan suara cakap kat Mr. Khusairi..
  • "Ni la yang bini dia orang pahang tadi..Anak dia plak xda surat beranak!"..
Fuh!!bara cek nak oiii..
  • Mr. Khusairi cakap dengan suara garau ala2 parau sambil muka orang tengah naik angin..*Agak2 kalau dia lelaki, mau kena penumbuk kot.."Dah tahu xda, yang G lepaskan masuk dalam ni kenapa?..tunggu dekat 1 jam pastu baru cakap tak boleh buat..tadi kat depan tu xbagitau apapun"..aku rasa cam nak geget jer telinga dia..
  • Reaksi pempuan tu...kelu & diam pastu terus blah..
  • Nasib baik yang kat kaunter tu bagus..cakap lembut2..staff kekanan dia pun bagus..minta maaf..bagi reason sbb hari isnin mmg buzy..oklah kalau macam tu, bukan nak tunjuk lagak pun..kalau kena cara dia..kan senang cter..

Lagi 15 minit pejabat pendaftaran na tutup...aku bukan lari2 anak dah..lari laju2 turun bawak..isi form minta printkan balik surat beranak Allesya..pastu lari plak naik atas..dah dapat ingatkan settle..satu lagi masalah sbb Mr. Khusairi tak blh buat border coz PDRM..fuh!!dugaan sungguh la..geram kat pempuan tu bertambah sebab tak cakap apa2 padahal dia belek IC laki aku macam nak telan..bukan ker ada tulis kat belakang IC tu 'RF'..dah sahlah orang badan beruniform..so, disebabkan aku kena jadi ketua border...maka kena isi surat akuan warganegara..tapi bila time staff 22 dia nak sain, tak boleh plak sbb IC 06...kalau ikut suami bolehlah buat border sbb IC 02

Allesya baru bangun tido masa menunggu giliran

Tapi masih ada luck sbb duit pendaftaran dah masuk sistem..so, aku dapat border dengan izin..tapi dia cakap..kali ni jer..lainkali mmg tak boleh dah..aku pun takmo dah G buat kat sana..bebal rasanya..berpeluh ketiak...

P/s : Esoknya Mr. Khusairi G buat International Passport..dia soh aku beratur amik no sbb takmo tengok muka pempuan tu..tapi bila aku G..nengok lelaki yang jaga..senyum..ramah mesra jer..muka pun cute..cakap pun ok..barulah mesra pelanggan..ati aku pun sejuk jer....Lusanya time nak G amik passport tu pun, nengok abang hensem tu lagi..Agak2 pempuan tu dah kena tukar jaga stor kot..ataupun on the sport kena G kursus mesra pelanggan..huh!!berbulu benor aku nengoknya
RM100 untuk 2 tahun..oklah tu.mana tau tup2 kena join delegasi ke oversea ker...senang dah ada passport..tapi tak faham...border tak boleh buat..passport boleh plak...nak G tempat yang sama..so, apa yang bezanya..tak faham aku???

Nak G thailand punya pasal..macam2 cter yang timbul....penat haku...

No comments:

Post a Comment