Sunday, May 30, 2010

friends

Macamana aku nak ceritakan mengenai seseorang yang dipanggil 'KAWAN'..
Walaupun 5 huruf tetapi maknanya besar dalam sebuah perhubungan..Di dunia ini ada pelbagai jenis manusia yang hendak dikategorikan sebagai kawan..

1) Ada yang sanggup bersusah payah tanpa mengharapkan balasan..kawan jenis ini sanggup sehidup semati..memang payah nak cari..kalau ada pun 1 dalam seribu dan kalau ada yang memiliki kawan seperti ini..harap pandai2 la menghargai..jangan pula mengambil kesempatan diatas kebaikan mereka..

2) Ada pula kawan jenis yang sanggup bersusah payah bila senang jer..(time sihat..time ada duit..)..tapi bila susah..'ser' idup..'ser' mati..kalau jumpa yang macam ni baiklah cakap kat dia 'go to hell' jer..menyusahkan diri..meyemakkan otak jer..tak ada untungnya berkawan ngan orang macam ni..menyakitkan hati..

Tapi ada yang lagi teruk bila dapat kawan yang selayakkannya dipanggil 'lawan'..atau lebih dikenali sebagai 'TALAM DUA MUKA'..aku memang menyampah tahap nak bunuh jer kalau jumpa makhluk macam ni..depan kita..kitalah sahabat sejati la..dunia akhirat la..belakang kita..cakap tak serupa bikin..manusia yang suka melaga2kan orang lain sehingga bergaduh akan mendapat balasan yang dasyat semasa diakhirat kelak...sia2 jer sembahyang 5 waktu pun..
Allah melaknat sesiapa jer yang menyebabkan sesama muslim ni bermusuhan..


Ada juga kawan yang seperti 'angin menumpang lalu'..kawan jenis ni dikategorikan sebagai 'chipmore'..tak jumpa...tak call..tak msg..tapi bila jumpa..ok jer..boleh bersembang..bertukar pendapat..macam makan sepinggan..tidur sebantal plak..aku suka kawan yang macam ni..tak sibuk hal orang..tak busy body..tak mulut jamban..tak langsung menyakitkan hati..buat hal masing2..time lapang..bersembang jer isu semasa tanpa mengumpat orang sekeliling...

Sebenarnya banyak lagi manusia yang layak dipanggil kawan dan sepatutnya dia dipanggil lawan..yang umpama 'ular air' pun ada...depan muka manis..belakang senyap2 buat cerita..

Yang jenis tak berakal pun ada..suka dengar citer orang..akal sempit..ini jenis kategori sawan..dia tak kisah saper pun yg datang kat dia bawa cter..100% dia percaya..pastu mula2 la cari gaduh..bukannya nak slow talk ker..bawa berbincang ker..manusia macam ni kalau dilayan..sampai kiamat pun tak selesai..jalan terbaik..buat tak tahu jer..asalkan jangan mencacatkan tubuh badan sudah..setakat nak kata..nak kutuk tu..lantakkan ajer..anggap jer dia orang gila yang baru keluar dari Tanjung Rambutan..Jangan dilayan..jangan difikirkan langsung..

Tetapi aku tak nafikan..aku memang ramai kawan..maklumlah sudah jauh mana aku merantau..dan alhamdullilah..sememangnya aku telah berjumpa dengan kawan2 yang hebat..dari Pahang..Johor..Kedah..Penang..Melaka dan KL..semuanya buat aku gembira..kalau ada pun lawan yang aku anggap 'MENGONG'.. itu langsung tak menjadi kudis dihati aku..betul kata mak..bila kita sabar..kita akan bahagia dipenghujungnya..

Jangan risau bila kita ada lawan..Allah tahu sejauh mana kita betul..dan Allah akan melindungi jika kita tak bersalah..yang penting..sentiasalah memohon agar dilindungi dari perbuatan khianat..


Kalau time Sekolah Jerantut dulu...aku lebih dikenali sebagai 'ISHAM & THE GENG'..bagi aku itulah group yang paling best!!..Bila pergi Johor..Nana & The geng pula menyusul..tak semestinya bila ada geng..aku nakal..banyak benda lain yang kami boleh lakukan bersama..dan memang seronok dapat berkawan ngan budak2 Jawa...hehehe..

Setiapkali ada kenduri..sambal jawa tu juga la yang dihidangkan untuk aku..siap bagi bekal bawa balik umah lagi..pertama kali makan cendawan batang sawit..goreng dengan tepung kot..2 hari aku tengok burung jer terbang atas kepala..mabuk terus!!..ingatkan diaorng simpati..rupa2nya kena gelak sebab orang lain makan siap leh buat macam popcorn lagi..releks jer..aku baru makan satu dah muntah macam orang lekat perut..


Kemudian aku berhijrah ke Kedah..aku dapat geng2 baru..best sesangat sehinggalah 'Nik Faizal' tu merosakkan segalanya..tapi kesabaran aku telah membawa aku ke PSP..Di sana aku temui geng best..sporting..terbaik...SMT Group..dan sehingga hari ini..kami masih bersama mengharungi kehidupan walaupun ..masing2 telah membawa haluan sendiri..akhirnya USIM memberikan aku kawan2 yang dialam realitinya..bolehlah dikatakan 'notbad'..tapi aku masih mahukan kawan2 yang dulu..yang tiada setanding sahabat2 dari 'PANCANG ARUS'..tiap hari hanya gelak tawa...

Friends..I Miss U All...kalau dapat diulang balik...aku selamanya ingin berada disisi korang semua..tetapi hari telah berganti hari..harapan aku..semoga satu hari nanti kita akan dapat mengulang kembali..detik2 indah bersama..InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment