Wednesday, May 19, 2010

X - $+Uden+ $MT 2001/2003

Aku sedang berusaha untuk mencari kembali teman - teman yang sama2 berjuang di PSP dahulu..Sukar memang sukar namun aku akan cuba menjejaki mereka dengan berbekalkan alamat lama yang aku masih simpan walaupun telah 7 tahun berlalu..

Aku bukan mengharapkan agar kami dapat menjadi sahabat sejati seperti dahulu pun..cukuplah sekadar dapat mengetahui perkembangan semasa mereka yang aku rasa ramai telah berumahtangga..beranak pinak..dah berhijrah ker negeri lain..


Mungkin ada segelintir yang masih menetap di kampung halaman masing2..tetapi ramai juga yang telah meninggalkan ayahbonda untuk mencari rezeki di tempat lain..Aku yakin..masih ramai yang berada di Pulau Mutiara itu..


InsyaAllah..mungkin suatu hari nanti kami akan berkumpul semula..membawa keluarga masing2..aku tahu ramai yang sibuk dengan kerja..keluarga..dan aku juga tahun masing2 mempunyai komitmen yang tinggi..tetapi jika ada masa terluang, apa salahnya mengirim berita buat teman - teman seperjuangan yang dahulu sama - sama memerah otak untuk mendapatkan results yang terbaik...


Bukan sedikit kenangan yang ada selama 3 semester kami semua bersama..Tapi gelak ketawa sentiasa bersama kami..Masih terbayang kenangan dia Bukit Hijau ketika akhir semester..seronok sangat bila masing2 dapat meluangkan masa mencipta memori untuk ingatan di hari depan...


Ah!!!sudah berubah sebenarnya semua itu..Mungkin ada juga yang telah berubah rupa..sikap..mungkin juga masih ada yang seperti dahulu..seronok menganggu kawan2..sehinggakan kelas SMT tidak pernah sunyi..Ragam..kenakalan..lumrah dalam diri insan yang bergelar pelajar..tetapi kami tetap mengharunginya bersama..


Mungkin benar..Facebook telah menghubungkan kami semula..walaupun hanya beberapa orang sahaja yang berjaya aku temui..tetapi semua itu sebenarnya telah memberikan aku inspirasi untuk menghasilkan sekeping kad yang akan aku hantar kepada 39 orang bekas2 pelajar SMT 2001/2003 Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang itu..



Walaupun design dia simple2 sangat2..tetapi gambar Allesya yang pakai ray - ban dengan muka yang serius itu sebenarnya memberikan makna yang mendalam..Itu la tandanya..aku yang hanya dapat mengagak dengan samar2 tentang kawan2 sememangnya ingin mencari mereka dengan serius...
Ayat yang aku tuliskan dimuka depan kad itu memang mendalam maksudnya..
khas untuk mereka..

'For All My Friends"..harap2 mereka memberikan kerjasama kepada niat suci aku ini..

"Ambar Kasturi" pula memang sesuatu yang indah..gerbang persahabatan kami semua..


Harap2 kami semua dapat melalui gerbang itu dan akan selama2nya menjadi keluarga yang besar tanpa ada sebarang dendam..sakit hati dan benci..

InsyaAllah...jika diizinkan Allah..kad itu akan sampai kepada kawan2 selewat2nya end of Jun..

Harap2 aku berjaya untuk menjalankan misi ini walaupun rasa2nya ramai juga yang tidak mengharapkan kedatangan kad yang tidak diundang itu..

Tapi aku tak kisah..asalkan niat aku murni..aku tahu Allah akan makbulkan niat baik aku ini..Amin..

No comments:

Post a Comment