Sunday, July 25, 2010

Adakah kamu gembira SAYANG??


Allesya Nadia..dah besar kamu sekarang ye..:-)
Tapi bagi mama..
kamu masih seorang anak kecil mama..yang sentiasa mama sayang dan manjakan..

Setiap kali aku bangun tidur dan dapat melihat Allesya tidur dengan amat lena
(no control2)..ikut suka dia..sekejap tertiarap..kejap mcm superman yang dah standby nak terbang..dah pelbagai gaya lagi..ada masa aku tergelak..tapi adakala aku sayu..hati aku tersentuh..dalam hati aku tertanya2..


Adakah dia bahagia selama ini ber 'ibubapa' aku + Papa..
Adakah dia cukup gembira menjadi anak kami??
Selama 2 tahun ini adakah impian dia telah kami tunaikan...
Adakah benar @ salah cara kami mendidik dia selama ini..
Cukupkah kasihsayang yang kami curahkan kepada dia selama 2 tahun ini
Cukup pakaikah dia??
Cukup makankah dia??


Macam2 lagi ayat yang sering berlegar dalam fikiran aku..dan sebarang kemungkinan itu..hanya dia dan Allah S.W.T sahaja yang tahu jawapannya..

Aku rasa..aku telah berikan segala yang termampu..dan aku yakin papa juga begitu..
Kami telah curahkan segala2nya..cuba menunaikan setiap permintaan dia..
Membantu dia mempelajari sesuatu yang baru setiap hari...
Memberikan ganjaran dan pujian disetiap kebaikan yang dia lakukan..

Walaupun Papa + Mama bergaji sama macam orang lain..sederhana saja tapi Alhamdullilah..anak mama masih boleh minum susu NAN
Walaupun RM50 1 tin..8 Tin 1 Bulan..
Tapi Papa + Mama tak pernah biarkan Allesya menangis kehausan susu..
Apalah sangat hendak dikirakan sangat dengan duit sebanyak itu jika hendak dibandingkan dapat melihat senyuman Allesya setiap hari.


Sebelum Allesya dilahirkan lagi..
Papa telah membelikan mainan dari jenama Lamaze sahaja..
Supaya Allesya tidak cedera ketika bermain..

Walaupun aku dan Papa tidaklah bekerja sehebat orang lain namun Alhamdullilah..
Allesya masih berpeluang menyarung pakaian berjenama
Poney..Baby Kiko..Kikilala..Gap..Guess dan etc..


Harap2 semua ini dapat membuatkan Allesya gembira walaupun hanya itu sahaja yang mampu kami berikan..
Semoga masih ada rezeki lagi buat Allesya
Semoga Allah S.W.T memanjangkan umur kami kerana aku + Papa ingin melihat sendiri Allesya dewasa..


No comments:

Post a Comment