Wednesday, July 14, 2010

Fever + Ulcers + Cough





Bulan Jun rasanya boleh aku namakan bulan "PENYAKIT 2010'..Sebabnya dalam sejarah hidup aku, sudah hampir 4 tahun berkahwin..inilah kali pertama aku demam dengan teruk..hampir 2 minggu aku MC jer..Pejabat pun aku tak pergi..rumah sudah tentu seperti kapal dilanggar todak..kucar kacir dan aku memang langsung tak ambil peduli..

Selepas aku hampir sembuh..malang pula menimpa..Allesya dijangkiti virus yang sama..lagi teruk dari aku..dan seperti biasa..perangai dia akan berubah seperti raksasa..semua tak kena..yang dia tahu..moody..naik angin dan melalak jam..3 hari dia langsung tak makan dan minum sampaikan perut dah boleh dijadikan kompang..berbunyi2 + kembung yang tersangat teruk..tu pun tak kena lagi..apa yang aku leh buat..blander nasi + sup. Boh dalam picagari pastu paksa dia makan..melalak macam dipukul2..padahal soh telan jer..dah padahnya..sampai ke hari ini dia begitu fobia dengan ubat..


Kalau dulu..makan ubat tak cukup 3mil..sekarang ni kalau nak bagi makan ubat..kena bergaduh dulu..dan suara dia sama naik dengan aku yang geram sebab bila aku letak dalam mulut dia..dia sembur balik..


Dengan hidung yang berair..mata pun masih merah + panas sebab demam tak kebah..aku angkut Allesya pergi HUKM..bukan sahaja disebabkan dah 3 kali pergi klinik tapi tak sembuh + dia cirit birit dan start muntah..mata pun dah naik cengkung serta langsung tak minum apa2..
Aku bawa g Emercengy Room..ambil darah + drip ...


Alhamdullilah..terus leh berlari2 satu HUKM..dan yang paling penting..berjaya dia habiskan satu botol susu + makan sandwich..


Huh!!kalau la aku tau begitu senang ubat untuk dia..dah lama aku bawa g HUKM..takda lah siang malam aku tak tidur sebab dia tidur tak lena..


Bila baik dari demam..ada lagi musibah menimpa bila aku diserang batuk yang teruk..siang malam batuk tak berhenti..dah 2 kali pergi klnik tapi tetap benda yang sama berlaku..

Huhuhu..sedih tul bila rasa benda2 macam ni..sudah seminggu makan pun tak lalu..tekak sakit..ulsers pun teruk..batuk pun teruk..

Harap2 cepatlah sembuh..stress aku dengan benda2 macam ni..Ya Allah..semoga diberikan aku kesihatan yang sempurna..Amin




No comments:

Post a Comment