Sunday, July 4, 2010

Al - Fatihah...

Dah lama aku tak updated blog ni..Bukan busy sesangat pun tapi sebab gambar2 yang aku nak masukkan dalam blog ni dok dalam N95..pastu kat Laptop Unit IT tu takleh install software Nokia N95..sebab tu la lama tertangguh..Mungkin sebab server terlalu slow kot..sehinggalah akhirnya aku berjaya juga mengistall software tu setelah hampir sebulan mencuba.

Apapun mungkin cter kali ni panjang sedikit dari yang biasa.

Minggu aku cuti sebab aku demam + Allesya pun demam juga tu..aku dah kehilangan seorang rakan sekerja. Arwahyarham Nor Hadidah Bt. A. Hamid..Juruteknologi Makmal Perubatan U32..disebabkan mungkin terkejut sesangat..demam aku tak kebah2 selama seminggu..memang teruk sesangat aku rasa sebab selain diri sendiri yang demam..Allesya turut sama terjangkit dengan demam yang teruk. Aku MC hampir seminggu.

Lantaklah pejabat nak jadi apapun..yang penting..aku nak bawa motor pun tak berapa larat. Aku sendiri tak tahu bila lah badi mayat yang ada ni nak hilang..susah sebab aku langsung tak boleh tengok mayat..kalau orang2 yang rapat dengan aku yang meninggal..aku akan demam dan termimpi2kan si arwah selama beberapa malam..

Aku bukan nak mengada2 ker..saja2 ker..tapi itulah hakikat yang terpaksa aku hadapi..dah kuatkan semangat pun..tetap benda serupa akan berlaku...

Aku ingat lagi bila arwah Endon (wife Mantan Perdana Menteri) meninggal...kamera fokus betul2 kat muka dia yang ditutup dengan selendang jarang..akibatnya aku demam hampir seminggu..tutup mata jer nampak muka dia..bermalam2 aku tak tidur..padahal dia bukan kenal aku pun..akhirnya..terpaksalah aku basuh muka dengan air Yassin berkali2..baru back to normal..

Bila arwah Tok Ayah meninggal..aku dah agak akan melalui perkara yang sama....Bila sampai pukul 5 pagi di Kedah..saat tu plak rasa nak terkucil..terpaksa masuk juga rumah + nampak jenazah..hati aku dah dup dap dup dap..pastu balik Teluk Kechai..Papa + Allesya tidur dengan lena..sedangkan aku terkebil2 dalam gelap..tutup mata jer nampak mayat..

Seksa betul rasanya..Tapi esoknya..bila pergi melawat jenazah..aku kuatkan semangat..aku tak kira..aku nak tengok juga arwah untuk kali terakhir..walaupun takut tu menguasai..tapi aku tabahkan hati..3 - 4 hari aku tak lena tidur...saja malas cakap kat Papa..dia pun tengah sedih..taknak dia risau plak..

Aku rasa masalah badi mayat ni dah berlanjutan selama lebih 10 tahun..semenjak arwah sepupu mak meninggal. Sebelum tu aku memang tak adalah takut teruk sangat. Tapi mayat dia memang sedikit menyeramkanlah..Mungkin akibat dari jatuh terhempas tersebut + disolek sebab nak tutup lebam dimuka..

Aku rasa time tu muka aku memang cuak betul..Nak telan airliur pun tak boleh..Bukan aku sahaja yang terkejut..Kakak aku yang mengecam mayat dibilik mayat pun..ternampak2 arwah sehingga terjun tangga sebab terlalu takut..Abang aku yang buka penutup kain diliang lahad pun menarik nafas panjang sebab terkejut..that's why la aku jadi macam tu..

Semenjak hari tu bermula la episod menjadi penakut dengan mayat walaupun tengok dalam TV..Fobia yang aku sendiri tak tahu bila akan berakhir. Apapun aku harap ia akan hilang sendiri..sebab aku sendiri pun dah tak sanggup menanggung seksanya demam tak nak kebah sebab tengok mayat..

Hari ini plak aku dikejutkan dengan berita kematian En. Yusoff. Ketua Juruteknologi Makmal Perubatan...Aku memang tiap2 hari jumpa dia..selalu masuk library atau terserempak depan lift..Tup2 pagi ni dengar berita dia meninggal waktu tidur..Sama dengan arwah Kak Didah..meninggal waktu tidur juga..Sudah ajal..nak buat macamana..semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang2 yang beriman..Al - Fatihah..

No comments:

Post a Comment