Monday, July 19, 2010

Look's Like Model


Ada masa Allesya Nadia amat mesra dengan kamera..tak payah disuruh..dia sendiri yang akan cakap.."senyum"...sambil menampakkan gigi dia yang memang aku puji...amat cantik bagi seorang kanak2 berusia dua tahun..nak dapatkan gigi macam tu..dia memang tak merasa nak makan gula2..tak dapat makan aiskrim selalu + 2 kali sehari aku paksa gosok gg..

Bila mood dia baik..dia boleh bergaya depan kamera ala - ala model cilik..yang ada masa buat aku tergelak..ada masa buat gaya ultraman pun ada..dia tak suka diarah2..kalau nak soh dia bergambar..apa gaya pun dia buat..flash tu mesti wajib menyala..kalau tak pastu terus nak mahu ambil gambar dah..


Tetapi ada masa..dia kalau boleh mahu menyorok jauh2 dari kamera..lantaklah kalau aku terjerit2 pun soh pandang kamera.ada dia kisah ker..Even papa dia sendiri pun dia takkan layan..time tu baik simpan jer kamera ker..Hp ker..buat abis bateri jer..takkan ada hasil yang baik pun..dapat tengok belakang dia aje la..

Apapun..Allesya Nadia memang best..walaupun berusia 2 tahun..dia cukup bijak..kenakalan dia..keletah dia..sentiasa buat aku gembira walaupun kadang2 geram sesangat..Apapun..thanks Allah coz memberikan aku seorang anak yang cukup sempurna..


Allesya..Papa + Mama Love U So Much!!

No comments:

Post a Comment