Thursday, July 21, 2011

Finally....Harry Potter and the Deathly Hallows Part

Akhirnya..aku G juga menonton cter ni lepas dipostpone selama seminggu..kesian member..temankan punya pasal..sanggup tengok filem ni kali ke 3!..thanks ye *siap lentok2 lagi...mengantuksss...
Aku bagi 4 bintang..ending biasa2 jer..adalah part sedih..part ganas & part romantik sikit2..
Cter dia :
Harry, Hermonie & Ron masuk dlm Gringgots ambil piala iaitu hockrux yg kedua selepas dpt musnahkan hockrux pertama *rantai yg diambil dr kementerian sihir dlm HP&DH part one *HORKCRUX ialah salahsatu dr 4 perkara yang boleh melemahkan Voldemort..bila dpt yg tu, dia cr pula hockrux yg ke 3 iaitu Mahkota Rowena Ravenclaw yg berada di Hogwarts..dua2 tu dia musnahkan guna taring Basilisk sbb pedang gryffindor telah diambil oleh Goblin semasa dlm Gringgots..
Kemudian kehadiran Harry disedari oleh Snape..maka adalah pertarungan Snape dengan Professor Mcgonagall. Snape melarikan diri, kemudian hogwarts telah dikepung oleh Death Eater. Harry, Hermonie dan Ron berjaya melarikan diri ke Gubuk menjerit dan dpt tengok Professor Snape dibunuh oleh Nangini *ular voldemort & Horkcrux ke 4.
Sebelum Snape mati dibunuh, dia bagi Harry airmata dia & dr situ Harry dapat tahu semuanya. Siapa yang rampas Tongkat Sulung *tongkat ajaib terhebat, kenapa Professor Snape bunuh Professor Dumbledore dan siapa Professor Snape sebenarnya *Professor Snape sebenarnya baik tetapi dia telah berlakon menjadi jahat dan menjadi pengikut Voldemort semata - mata untuk mengetahui kelemahan Voldemort tetapi dia sebenarnya melindungi Harry Potter kerana Snape sangat2 menyayangi Lily Potter (ibu harry).
Semasa Harry balik semula ke Hogwarts, dia lihat Fred, Lupin & Wife telah meninggal dunia. Kemudian dia mendengar suara Voldemort menyuruh dia ke Rimba Larangan. Disana, semasa dia sudah bersedia untuk mati, bola snitch terbuka dan keluarkan Batu Hikmah @ batu Kebangkitan *batu yang boleh menghidupkan kembali orang yang mati.
Sewaktu Voldemort mengenakan Harry dengan Sumpahan Avadra Kevadra, Harry tidak mati tetapi Voldemort telah membunuh sebahagian lagi dirinya yang berada didalam tubuh Harry.
Vodemort kembali ke Hogwarts bersama pengikut Death Eaternya. Harry yang didukung oleh Hagrid yang telah ditangkap oleh Voldemort berpura2 telah mati..tetapi kemudiannya dia telah menyerang Voldemort.
Disinilah part yang paling best bila Naville telah mendapatkan kembali Pedang Gryffindor yang berada didalam Topi Pengisih. Naville berjaya membunuh Nangini *Hockrux ke 4 dan membuatkan Voldemort semakin lemah.dengan menggunakan pedang Gryffindor (pedang yang selalu muncul sewaktu Harry dalam kesusahan).
Harry Potter yang berlawan dengan Voldemort menggunakan Tongkat Sakti milik Bellastrix telah berjaya merampas Tongkat Sulung..akhirnya Voldemort mati sebab Tongkat Sulung telah memilih Harry sebagi tuannya dan ini menyebabkan Tongkat tersebut membunuh Voldemort yang cuba mengunakannya untuk membunuh Harry..

19 tahun kemudian...
Harry berkahwin dengan Ginny dan ada 3 orang anak..James Potter, Albus Severus Potter & Liliy Potter..
Hermonie berkahwin dengan Ron..ada 2 anak..Hugo & Rose
Naville pula dengan Luna Lovegood..
Oh!!so sweet..tamatlah sudah cter budak ajaib yang kisah dia aku follow selama 11 tahun..sangat2 best..pasni boleh kumpul CD original plak..*ada sape2 nak bagi saya present..Harry Potter Full Movie 1 -7..saya sangatlah berbesar hati..hehehe..
So, Tranformer pun dah layan..
Bulan Disember nanti, kita layan cter Breaking Down plak...

Sangat teruja...Rasa hilang separuh beban dalam diri bila dapat tengok wayang..Thanks My BFF (Budak Faling Fening)..hahahaha..sebab temankan saya..

No comments:

Post a Comment