Monday, September 20, 2010

Ceritera Raya 2010 @ Alor Star


Ramadhan + Syawal 2010 telah pun berlalu. Disambut sederhana oleh aku dan keluarga. Nak sambut lebih2 pun family mmg ciput je..Kalau yang kecoh pun si kecik tu..Semua orang layan dia sajalah walaupun dia asyik moody je..

Tahun ini beraya di Alor Star.Ini kali yang ke 3 aku raya di utara. Maknanya 4 tahun kahwin, baru sekali beraya di kampung halaman sendiri huhuhu...sedey juga la *tak boleh komen lebih2 nanti ada orang marah (",). Tapi kot2 lah tahun depan ada rasa nak merasa raya bersama di timur plak.

Cter pagi rayer
-----------------------]
Bermula dengan bangun awal..mandi sunat aidilfitri..benda wajib yang akan aku buat tiap2 kali raya. Bukan susah pun..
lagipun setahun sekali jer boleh bt kecuali kalau rayer puasa tu berlaku 2 kali setahun..hikhikhik..
Lepas tu kelam kabut sikit seterika baju coz papa nak g sembahyang raya..
*padan muka, saper soh malam sebelumnya layan FB sampai pagi..

Allesya mula - mula happy sebab dapat pakai baju baru

Sesudah tu barulah siapkan my 'pari - pari chumel'..agak moody sikit coz kena bangun pagi..tapi ok jap sbb pakai baju baru..
Tahun ni sedondon jer kami ber - 3..sekali imbas macam boria pun ada..hehehe..makan & bermula lah XTVT bergambar + bersalam - salaman..walaupun penuh gelak tawa tapi airmata aku mengalir jugalah..sedih sbb xdpt raya ngan Abah + Mak..
*sedey bila cium tangan Mr. Khusairi..feeling minta ampun tu kena lebih sikit..

Salam jer dapat duit raya..bestnya Allesya

Bila turn Allesya soh salam..dia dah moody..bagi duit raya pun xlayan..memang awak ni bukan mata duitan la Allesya Nadia..kalau mama, org bg duit raya..senyum sampai ke telinga kot..
tp dah tua2 ni sape yg nak bagi..tengok aje bolehla..

Masih sempat posing dengan Papa + Pak ngah

Pastu terus siap2 g kubur Tok Ayah. 1st time tahun ni kami tak dapat beraya bersama.. Allah lebih menyayanginya..sampai sana, tengok Paksu + familys dah ada with My Mak Tok.
Just sedekahkan Al -Fatihah..
itupun sambil berdiri sbb Allesya xmau turun..asyik nk berdukung jer..
Dah selesai semuanya..meneruskan perjalanan ke rumah Pak Ngah..depan sikit jer dari tanah perkuburan tu..pekena meehun sup dulu..sedap & aku makan ikut suka..

Dah kenyang..terus G umah Mak Tok..makan sate + laksa lagi..
padahal malam sebelumnya dah rasmi awal lagi. Alhamdullilah, perut dah terlebih kenyang. Selepas ni nak G umah Tok Chik plak..

With Mama @ rumah Tok Chiq

Tengahari
---------------------
Memang dah tradisi setiap tahun rumah Tok Chik (family sebelah mak) akan bt makan tengahari + menunya nasi tomato.
Oleh kerana perut dah sebu, aku just minum air jer..dah tak boleh sumbat..
lagipun penat sesangat dah ni + Allesya buat perangai..
Pastu terus balik rumah..hehehe..
aku nak rehat sebentar....perut dah kenyang..mata pun dah mengantuk..tidurlah jap.

Petang / Malam
---------------------------
Aku terjaga bila dengar bunyi suara orang ramai datang..
rupa2nya keluarga Mak Chaq datang..bangun mandi jap..pastu tolong mak buat meehun chiangmai *sampai sekarang aku xlulus lagi walaupun bahan2 dia senang jer.
Selepas tu family Maksu + Mak teh pula yg datang.
Disambung family sebelah ayah + Mak Tok..
Pastu rasanya terus adi open house kot sbb rumah diserbu oleh kawan2 + lin..aku yang selekeh pakai baju buruk *tak sempat nak melaram pun..
just dok kat dapur tolong basuh pinggan....nasib baik Allesya baik..Love u la sayang..
Semuanya berakhir lebih kurang jam 11 malam.
Pastu dah selesai semuanya, kami sekeluarga makan kat Restoren Sri Abadi. Lapar wei..
Sembang2 sikit pastu balik tidur.

Raya Aidilfitri 2010 @ Kedah

Berakhirlah sudah suasana meriah menyambut Aidilfitri 2010.
Raya ke - dua dah planning nak g open house rumah Mak Chaq + Makan sate..nyum..nyum..
Kemudian akan terus ke Jitra rumah Makcik Bad coz chesse cake sedang menati and then terus ke rumah Paksu coz, meehun sup special Mak Su memang sedap :p!


No comments:

Post a Comment