Wednesday, September 1, 2010

Anugerah Dan Kurniaan



Pertama kali Allesya pakai telekung, aku yang seronok lebih..Alhamdullilah..sejuk mata aku pandang anak chumel aku pakai macam ni..Memang doa aku semoga dia menjadi anak yang solehah..



Bulan ramadhan ni memang kebiasaannya pas sembahyang maghrib aku akan terus baca Al - Quran sementara menunggu Isyak..dan disebabkan dia selalu sibuk kacau nak 'Baca Buku' (jeles tengok aku baca Al Quran, nak juga pegang walaupun aku larang)..aku pun pakaikan dia telekung..seronok betul dia mengayakan telekung aku tu..

Mula2 aku sarungkan telekung macam tu saja tapi dia marah sebab nak juga pakai anak tudung tu..Ikutkan saja la..lagipun aku sendiri memang suka tengok dia dalam keadaan macam tu..tersangatlah chumel..(",)



Sekarang lagi hebat sebab dia tiru gaya aku angkat takbir..rukuk siap ngan sujud sekali..Ada masa terdengar dari mulut chumel dia tu dia sebut 'Allah'..(",)



Setiap kali aku beri salam..kepala dia pun akan ke kanan dan ke kiri mengikut gaya aku..
Dan doanya yang panjang berjela tu sampai kena tegur bila nak habis..Kadang2 bila tengah berdoa, Papa dia kacau..sempat lagi gelak2 pastu sambung balik berdoa..Mulut terkumat kamit seperti betul2 memohon sesuatu dengan penuh kusyuk..



Semoga Allah S.W.T memberkati perjalanan hidupmu. Biarpun sesukar mana kehidupan ini, Papa + Mama berjanji..kita akan harunginya bersama.
Doa mama semoga Allesya Nadia akan menjadi anak yang solehah..yang sentiasa beriman dan taat kepada Allah S.W.T serta ibubapa..
Sentiasalah jujur dalam melakukan apa sahaja..
InsyaAllah hidupmu akan bahagia..
Amin


No comments:

Post a Comment