Sunday, July 10, 2011

Saya memang nak luahkan..Tak pedulik apa korang nk kata!!

Salam...pagi2 lagi saya dah buka blog..tengok semua orang hapdate pasal BERSIH..Ya..negara kita sudah BERSIH...:p
Semalam..dalam FB..ada hamba Allah tu, share video org patah kaki...lantang gak suara dlm video tu cakap..kaki dia patah sebab polis tendang...:p
Ada statement dalam FB cakap..yg merusuh tu polis..bukan orang BERSIH..:p

Jadi saya nak bagitau..apa yang saya tau..baca..tengok..alami...
Hari isnin - jumaat
Sepanjang jalan nk pergi keje tu, jammed teruk..kereta FRU/PDRM keluar masuk..
Sebab apa??

Sebab nak jaga keselamatan awam..
Kenapa?
Sebab orang Malaysia dah jadi samseng...kumpul parang panjang..pedang samurai..buat bom...jadi orang2 yg kecam polis tu..nasihat saya..kalau korang rasa polis ni menyibuk..baik korang tempah kain kapan siap2..
Sebab : cuba imagin kalau polis xkacau..agak2 berapa ramai yang dah jadi arwah kalau yang akan dibawak tu..bukan parang plastik..cuba cter..
Polis 24 jam duduk depan maktab bt roadblok check kereta takut ada yg dtg bawa senjata..mmg ada pun..dah dihantar terus ke Pulapol..tapi korang..siap boleh tido dalam bilik Ber - Aircond..siap boleh bermanja peluk laki bini lagi..tapi polis salah juga sebab bagi jalan sesak...:p

Jumaat petang :
Sampai kem..tengok dah penuh sepadang kawad polis2 dari Kedah & Johor..korang tahu diaorang kena tido kat mana? UM --datang jauh2..tido pun merempat..makan? --> nasi kawah..lauk? --> ikan goreng berlada sekor..sayur kobis..air sirap ikat tepi..tempat makan? ---> tepi longkang..bawah pokok...
Yang jadi tahanan sebab berhimpun menyusahkan rakyat kat Pulapol tu..duduk? ---> atas kerusi ..siap ada doktor yang standby takut sakit..makan? --> nasi beriani secara buffet..
Jadi kalau nak kecam polis..korang cuba pejam mata & renung sejenak..korang sedap2..duduk rumah sambil makan nasi..pastu boleh sila panggung sambil tengok TV..siap boleh cicah keropok ngan sos + air kopi panas..Polis bt apa?..sebab nak bagi korang peluang bernafas tanpa rasa hidu bau darah panas...polis tak tido semalaman tau..Sumpah!!!ini realiti...
Saat saya sendiri seronok layan anak dekat umah..depan umah saya ada apa?...satu dewan penuh dengan anggota yang kena pergi duduk bertapa kat dataran Merdeka..tau jam kul berapa?.---> 10 malam!!..jadi korang imagin?..ingat diaorang dpt tido ker?..NEVER!!--DIbayar OT ker..memang xda..korang pun tak sanggup tau keje 24 jam NONSTOP kalau xada duit..tapi POLIS sanggup...
Sabtu..
Dari pukul 5 pagi..siren dah berbunyi..bising..bingit..helikopter berlegar betul2 atas bumbung rumah...tapi kami tak sediikit pun marah..sebab tahu diaorang bt semua ni untuk korang..nak bagi korang boleh keluar G jalan2..bersiar2..shopink mopink...nak ke korang duduk macam kat Bosnia dulu..meletup sana sini..kalau korang impikan hidup macam tu..sila bt surat hantar ke Parlimen..

Mr. Khusairi sendiri..balik keje kul 3 pagi..pukul 8 sudah kena G keje lagi..tengahari balik nk mkn nasi, baru nk hidang nasi..dah ada call minta pergi pejabat..sudahnya..makan nasi bersuap sambil dia bersusah payah nak pakai kasut tempur...

Saya sangat sakit hati bila orang marahkan polis..bukan sbb saya isteri polis..tp saya rakyat malaysia..saya sangat berterima kasih kepada KPN..sebab menjaga keamanan negara...saya tak mahu hidup dlm ketakutan..saya tak mahu tiba2 dengar saudara mara saya meninggal sebab kena tembak..saya tak nak menangis bila dengar rumah ibubapa saya kena letup..dan saya tak mahu ada rakyat malaysia yang Mati Syahid kerana mempertahankan tanahair...

Saya mahu negara yang bebas merdeka..yang dapat menghirup udara segar setiap hari..yang boleh kesana sini tanpa gangguan..
Kenapa kita mahu berperang sesama kita? Sebab duit? --> kita takkan gembira berperang kerana duit walaupun hidup skunk mmg memerlukan duit..
Saya harap sape2 yg kecam polis tu..lepas sembahyang..duduk dan fikir..Bagaimana jika aku berada didalam sebuah negara yang sedang berperang tanpa ada sesiapa yang rela membantu?
Wassalam..

2 comments:

  1. betol tu!
    diorang yang wat demokrasi jalanan tu tak pikiq ke buruk baek apa dorang wat..huh~

    ReplyDelete
  2. Tak taulah..mgkin saja seronok2 nk ikut..tengok org bt pesta jalanan..bukan dpt apapun..cari bala adalah..

    ReplyDelete