Sunday, December 12, 2010

Saya RINDU

Aku sekarang berada nun jauh di utara tanahair..baru sampai pukul 7 petang tadi selepas mengharungi kebosanan berada di dalam COSMIC Bus selama 8 jam..huahuahua..4 tahun kawin..1st time naik bas ni..aduhai..selama 8 jam tu aku cuba tidur..tenangkan diri & releks tapi apakan daya..RINDU pada Allesya Nadia buat aku resah..gelisah..tiapkali aku pejamkan mata..hanya dia yang aku nampak..Akhirnya video kami berada di Taman Burung semalam menjadi peneman aku..berapa kali aku tengok pun aku tak tau....melihat gelagat Allesya + Papa..buat aku gembira dalam duka..huhuhuhu

Budak comot ni la yang buat aku bingung sesorang..

Bapak budak ni pun aku rindu juga..

Kalau bukan kerana temuduga SPA..memang aku takkan tinggalkan budak kecil tu sendiri...inilah kami kedua aku tinggalkan dia..1st time G kursus kat PD..time tu umur dia 6 bulan..tapi Papa dia yang jaga..bezanya hari ni aku terpaksa letakkan dia di umah pengasuh...sebab Papa dia keje..

Allesya Nadia sayang..mama pergi kejap je tau..esok mama balik ye..malam esok kita main sama2 ye..mama akan tido sambil peluk Allesya..mama promise.Allesya jangan notti2 tau..doakan moga2 mama berjaya k sayang...

Takmo tulis lagi..airmata dah start bergenang...kalau aku teruskan..aku mesti nangis sampai pagi ni..RINDUnya..sangat2 merindui Allesya...

3 comments:

  1. Sapa yang tak windu anak Zue.Banding kan dgn hubby, lebih lagi anak..hee

    ReplyDelete
  2. Betul la kak yan..Bila ada depan mata..asyik kena marah je bila buat perangai..bila jauh..tak lena tido dibuatnya..time tinggalkan ngan pengasuh tu pun..airmata dah meleleh..

    ReplyDelete
  3. Accounting via QuickBooks becomes quite easy. But, errors in Qb are annoying, often resulting in the work-delay. Call QuickBooks Customer Support Number 1-833-325-0220 to resolve the error in no time.

    ReplyDelete