Monday, October 24, 2011

Tak patut..

Kali ini mmg nak cter pasal isu semasa..pagi tadi, dtg opis tengok pintu belum buka lagi..alamak..mmg sah aku kaber sorang opis hari ni..masaklah maskcik nak oiii...
Buka pintu, mak aii..leberi ke kapal karam..kerusi berterabur..rupa2nya semalam budak2 amik kerusi untuk function..
Pas budak2 tu serbu untuk susun balik *thanks uols coz dtg susun balik..kalau x mmg muntah aku nak angkat semua tu..terus tengok paper..
Sungguh aku sentap sebab isu Muammar Gaddafi tu..walaupun dia salah..kenapa aibkan dia sebegitu..tak baik tau..semua tanggung dosa..baik yg tembak tu, yg tangkap gambar..yang p siarkan gambar tu..sama je..nak untung tapi sensitiviti langsung tak jaga..
Apa perasaan korang kalau kaum keluarga korang kena macam tu..dahlah kena tembak..mayat plak jadi tontonan umum..tanpa tutup plak tu..hormatlah sama orang yang dah meninggal..apapun..islam tu..
Abang2 kat tingkat 9 tu pun ditutup mukanya tau..sebagai tanda hormat pada simati..napelah diaorang yg akai panjang berjela tu tapi B*&&%%^ tahap ulu2...
Aku jeling je sebab terus rasa nak muntah...tak tahulah nape..tapi tekak ni macam dijolok2 je..

Pastu tengok plak pasal xcident kat Litar Sepang tu..terus G muntah...entah nape aku tak tahan langsung tengok benda2 tu..
Naluri aku ni mmg semulajadi mcm ni..dgn org meninggal mmg xpernah dibagi can untuk jadi kuat..tapi mmg aku sedey..skunk ni benda2 mati pun dibuat main2..dah lah tembak hidup2..nyawa manusia pun dah tak berharga skunk ni kan...suka suki je nak bunuh..

Aku bukan sokong dia pun..tapi hargailah sikit nyawa org walaupun dia buat dosa seluas buih dilautan...sama je..hamba Allah juga..kat padang masyar sok, kita sama je..mana ada darjat tinggi rendah pun...

Tazkirah sebelum maghrib...amin...

No comments:

Post a Comment