Wednesday, October 20, 2010

Harap2 cepat sembuh

Minggu lepas Allesya demam + cirit birit + muntah2...kesian plak aku tengok dia & dlm masa yg sama sedih tengok pampers yg baru je pakai dan kena buang sbb uk..uk..

Allesya kata "nyummm"...

Hati pun risau..kejap demam..kejap ok..tapi aktif dia selamba jer..macam orang yg tak sakit..pergi bawa jumpa doktor..dia yg cakap banyak..sampai doktor pun tak tahu nak cakap apa..siap cakap kat doktor lagi.."nak dula" (gula2)..

Masih happy walaupun demam

Nakal tetap maintain..berlari non stop..mulut masih sibuk mengomel..abis tu camner..demam ke tidak?? tapi sbb nampak sangat badan dia yg terlebih susut..aku bawa dia G klinik untuk kali yang kedua..

Papa layan tengok cicak..

Marah papa kacau dia nak main

G klinik lain plak..kot2 la yg 1st tu tak serasi..siapa tahu kan..hasilnya tetap sama..sampailah hari jumaat tu suhu badan dia semakin luar biasa..panas pun dah makin tinggi..aku bagi segala tok nenek ubat dah..tapi tak jalan..
Parasit apa yang degil sangat ni..mood pun dah berubah2 kejap baik..kejap nakal melebihi had..*ati aku pun dah mencapai kepanasan 200 c bila dia nakal..

Seronok ada orang layan

Sabtu tu demam dia makin teruk..aku bawa G klinik kita sekali lagi..suhu badan 38.5c..dah tinggi dah tu..malamnya pula sedang aku baru nak makan nasi..tengok dia dah lembik..*selalunya dia la orang yg paling sibuk nak kacau bila aku hidang makanan...tapi kali ni dia pandang kejap..kejap mata dia pejam..aku tengok tangan dia mengigil..

Kalau boleh tempat mainan tu nak konker sesorang

Ingatkan sebab terkena pancaran cahaya TV kat mata aku yg rabun ni sampai boleh nampak tangan dia macam tu rupa2nya memang sah!!!dia dah mengigil2 sebab panas sangat.. Pastu dah tak tunggu lama..angkut bawa G HUKM..Emergency Room yang penuh tu aku redah je la..selalu HUKM kalau kes budak2 mmg cepat sikit diaorang ni bertindak..kalau orang tua..diaorang slow sikit..check suhu..dah 40.1..wah!!leh masak telur atas dahi ni..

MA tu soh aku mandikan..tengok jam dah dekat 12.30 malam..dalam ati aku..betul ke dia ni..ke mabuk..dah lewat malam ni soh mandi tapi aku ikutkan juga la walaupun aku risau dia terkena penyakit lain pula sbb bila tengah demam antibodi badan jadi lemah..

Sambil mandikan dia dalam toilet..hati aku sedih betul bila dia merengek cakap sejuk..aku pujuk cakap nak dia sembuh..dia diam jap..pastu dia sambung balik..pas aku rasa badan dia dah ok sikit..aku pun lap dan pakaikan dia sweater + stokin...aku peluk dia kuat2 bagi panas sikit..sempatlah dia lelapkan mata lebih kurang 5 minit..sambil tunggu doktor sempat dia minum milo yg papa dia belikan..pastu tetiba minta nak air rebina..*balik tu baru singgah 7E beli rebina..kat HUKM mana ada jual..

Alhamdullilah..tak admitted tu..*sebenarnya jumpa doktor pun tak coz ada banyak kec xcident..so they all cakap masa menunggu sampai 4 jam..means..kena dok situ sampai kul 4 pagi..huhuhu..tak termampu aku..so aku G kat kaunter cakap nak balik..if dia demam semula..aku datang esoknya..diaorang pun bagi permission jer coz masing2 muka pun dah kelat2 masam..aku faham..penat la tu..

So..esoknya dia aktif semula..sihat & aku paksa dia makan..tetapi kisahnya malamnya pula bt aku ngan papa gelihati..mula2 nak makan MEK D..oklah..kuar G beli..dan dia berjaya menghabiskan sebelah biji burger Double Chesse..ingatkan dah kenyang tapi tepat kul 12.00..aku ajak dia tidur..dia nak makan KFC..huahua..puas kelentong..pujuk..janji nak beli esoknya..tapi tak jalan..last2 aku pandang bapak dia..bapak dia pun pandang aku...eemmm..anak punya pasal..kena start keta G beli la jawabnya..

Seronok makan KFC pada pukul 1 pagi *abaikan umah yang berselerak tu..

Posing dulu baru makan

dah beli chiky meal..ingatkan happy sebab dapat peha ayam rupa2nya sebab nak mainan doraemon tu jer..wah!wah!wah!..

Ni lah rupa benda yang dia mengidam sesangat sampai tak menyempat2 tunggu siang

syabar ye sayang coz berjaya mengenakan Papa + Mama..

Kecik macam ni je dah dekat spoloh hinggit!!!

Allesya..you are very genius la..

No comments:

Post a Comment