Monday, October 18, 2010

Siapa lebih Hebat???

Dalam kamar mahkamah..dikandang tertuduh..berdiri seorang wanita yang manis bertudung litup. Mukanya sedikit pun tidak mengambarkan keresahan walaupun dia tahu jika tersalah cakap, dia akan selama2nya kehilangan hak penjagaan terhadap putera dan puterinya yang masih kecil.

Sekilas dia memandang bekas suaminya yang segak berkot dan siap bersongkok. Nampak sungguh keangkuhan lelaki itu. Disebelahnya pula terlihat seorang lelaki yang berpakaian kemas..itulah peguam yang akan memburuk2kannya nanti..

Tanya peguam bekas suaminya itu : Puan "K" , sila beritahu mahkamah..apakah pekerjaan puan..berapa pendapatan puan sebulan.

Wanita itu hanya tersenyum. Dengan lafaz bismillah dia menjawab dengan tenang

"Saya seorang guru di TASKA. Pendapatan saya kira2 RM800 sebulan.

Peguam itu juga tersenyum. Dia berkata :
Yang Arif, didalam bandar yang besar ini, apakah yang boleh diberikan oleh Puan "K" ini kepada kedua2 anaknya dengan hanya bergaji RM800 sebulan. Menurut klien saya, selama ini dia yang menanggung semua perbelanjaan keluarga. Malahan dia juga yang menyediakan keperluan anak2. Bekas isterinya ini tidak pernah mengeluarkan duit sedkit pun untuk anak2nya. Semua duitnya habis dibelanjakan kepada ibu dan keluarganya sahaja.


Wanita itu hanya tersenyum mendengarnya.

Kini tiba pula giliran si suami. Dia berkata :
Bekas isteri saya jarang berada dirumah. Suka menghabiskan masa dirumah jiran2. Malahan pernah tidak memasak makanan untuk anak2 yang baru pulang dari sekolah hanya kerana bersembang dengan jiran.
Selain itu bekas isteri saya juga sering mengabaikan anak2 dengan tidak menghiraukan kesihatan mereka. Dia juga sering mengaibkan saya kepada jiran2 dengan mengatakan saya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.


Bekas suaminya menundukkan wajah..nampak bagaikan kesedihan..kemudian dia menambah..

Bekas isteri saya selalu meninggalkan anak2 tanpa pengawasan orang dewasa dirumah...
dia sering keluar berseorangan tanpa mempedulikan kebajikan anak2 yang masih kecil..


Wanita itu hanya mendengar tanpa sebarang reaksi..

Lelaki itu berkata dengan penuh yakin :
"Berdasarkan penyata gaji saya yang bekerja sebagai jurutera dan berpendapatn kira2 RM10 ribu sebulan, maka saya rasa layaklah hak penjagaan kekal diberikan kepada saya supaya kebajikan anak2 saya terjamin.
Saya akan sediakan segala kemudahan dan keperluan mereka dengan secukupnya..



Hakim menulis sesuatu diatas kertasnya..dia kemudian meminta wanita itu membela diri.
Dengan penuh sopan..wanita itu tersenyum..memang manis dan bercahaya wajahnya..

Dia berkata :
saya tidak punya wang untuk mengupah peguam..dia tersenyum..bekas suaminya pun sama..tersenyum sinis.

Dia menambah :
Tetapi peguam yang paling terbaik bagi diri saya adalah saya sendiri. Saya tidak mahu membuka keaiban orang lain untuk kepentingan diri. Saya tahu Allah S.W.T adalah yang paling adil..semua yang ada didalam kamar mahkamah itu memandangnya. cuba memahami apa yang ingin disampaikan..


Dia berkata :
Yang Arif..izinkan saya bertanya soalan kepada bekas suami saya?? Hakim itu mengangguk.


"En 'X"..adakah kamu beragama islam? merah padam wajah bekas suaminya.

Dia menjawab dengan penuh yakin :
Sudah tentu.


Wanita itu menambah :
Jika begitu..peganglah Al - QUran ini..dan bersumpahlah demi Allah..apa juga yang kamu katakan tadi adalah benar belaka dan jika kamu berbohong..seluruh kehidupan dan jiwa raga kamu akan dilaknat kerana saya telah bersumpah dengan nama Allah Yang Esa..demi susu yang telah saya berikan kepada anak2 saya..demi agama saya dan demi maruah saya..sesungguhnya saya tidak melakukan segala2nya yang telah En 'X" dan peguam En "X" katakan tadi "
Wanita itu keluar dari kandang tertuduh..dia menghampiri bekas suaminya yang berdiri tegak dan terkedu..wanita itu menghulurkan senaskah Al - Quran kepadanya..namun bekas suaminya itu hanya memandang Al - Quran itu dengan perasaan malu..


Dia menelan airliur..sesekali dia memandang ke arah peguamnya yang mengeluh panjang..

Dengan deraian airmata wanita itu meletakkan Al - Quran itu dihadapan hakim..
Hakim yang terdiam kemudian membuat keputusan bahawa wanita itu mendapat hak penjagaan kekal keatas anak2 nya manakala bekas suaminya perlu memberikan perbelanjaan bulanan sebanyak seribu seorang.


(",)

No comments:

Post a Comment