Sunday, November 7, 2010

Cinta Hatiku



Dia hadir memenuhi takdir kehidupanku
Memberikan aku ruang dan waktu..
Bercanda mencorak sesuatu yang baru
Adakala kekangan melanda
Tetapi kemelut tetap jua dihiris gembira


Dia memberikan aku kebebasan bersuara
Membiarkan aku mencipta bahagia
Disebalik ronga - ronga derita
Biar jauh kembara
Namun akhirnya aku kembali jua
Kerana aku ada dia

Dia pengubat segala duka
Menjadikan seluruh pawana ku ceria
Tika tinta kabus mula melukis derita
Dia memadamkan dengan senyuman mesra
Membuatkan aku terkesima
Dan langkah ku atur semula
Tatkala kekuatan hadir dalam jiwa

Kerana dia aku berdiri
Kerana dia aku disini
Sejarah tidak akan mampu menipu aku lagi
Aku makin tabah dah bersedia
Menghadapi hari - hari muka
Kerana aku ada dia
Cinta hatiku yang teristimewa..

Kerana dia kubina keyakinan
Sewaktu fajar menyinsing, hingga malam disinari bulan
Setiap saat dia berada di ingatan
Ku anggap dia kurniaan dalam samaran
Allesya Nadia..
Anugerah yang nyata daripada Tuhan


4 comments:

  1. Thanks auntie..sekarang dia semakin lasak..mama dah pening

    ReplyDelete
  2. suke tengok mate dia...lebat n lentiks sungguh bulu mate dia...admire tgk:)

    ReplyDelete
  3. Hehehe..kak mai..itu time kecik....kalau sekarang..lasak dia tak tahan..kadang2 rasa nak soh masuk dalam perut balik jer..tengok pun geram..nakal sangat..

    ReplyDelete