Wednesday, January 12, 2011

Jawatan Saya (",)

Nak story tentang jawatan saya..

Jawatan : Manusia
Pangkat : Budak Pejabat
Gred : N1
Hah!!..ini pangkat saya yang pertama..Saya mau ibaratkan ia dengan jawatan dan gred yang senang saya fahami...Saya seorang manusia biasa..bangga dilahirkan sebagai seorang yang beragama islam..saya ibaratkan diri saya bergred N1 sebab saya akan ikut semua suruhan Yang Esa..tiada bantahan..tiada teka teki dan tanda tanya..saya ikut apa yang disuruh dan meninggalkan semua apa yang dilarang..Yang ini pangkat hakiki tau..sampai bila2 takkan naik pangkat..

Jawatan : Anak
Pangkat : PO / PP / PM dan sebagainya
Gred : 17
Saya berkhidmat dengan penuh ikhlas sebagai seorang anak kepada ibubapa saya..setiap apa yang diminta..saya akan tunaikan dengan sebaik mungkin..membantu dan berbakti...tetap buat walaupun kadang2 bersungut juga..hikhikhik...

Jawatan : Isteri
Pangkat : Penolong Ketua
Gred : 41
Yes..saya dah naik pangkat..saya ibaratkan diri saya sebagai penolong pentadbir dalam sesebuah syarikat..saya punya tanggungjawab untuk menguruskan semua yang berkaitan dengan pentadbiran..sama ada menguruskan kakitangan lain atau cara untuk memaintainkan kewangan syarikat..Memegang pangkat ni best juga..kadangkala saya boleh bt keputusan tanpa perlu tanya bos..bos 100% percaya dengan cara saya mentadbir..saya sangat suka dengan tugas saya

Jawatan : Ibu
Pangkat : CEO / Ahli Lembaga Pengarah
Gred : Tergolong dalam JUSA A - Hehehe
Yang ni lagi best..saya ada pangkat tertinggi..Saya punya kuasa VETO untuk menentukan apa yang terbaik untuk anak saya..tapi saya bos yang bertimbangrasa..asalkan dia selesa dengan diri dia..apa yang dia buat..saya boleh bertolak ansur..saya cuba menyediakan setiap keperluannya dengan sempurna agar dia boleh menjadi anak yang baik...

Meh tengok Gaji saya berapa??
Saya tidak dapat gaji secara bulanan..tahunan pun tidak..mingguan pun bukan....tapi saya dapat gaji setiap saat..minit...jam...nak tahu gaji saya berapa??
|
|
|
|
|
V
"lebih daripada Trillion Kasih Sayang"
Saya tidak mengharapkan wang ringgit..saya cukup seronok dan berapa sangat2 sempurna sebab saya memberi dan menerima segala kebaikan ini dengan keikhlasan...Semua kejujuran saya dalam melakukan semua ini..berbaloi sebab setiap waktu saya mendapat APC..
Hehehe..ini bermakna..saya punya kreadit yang cukup untuk menjadi manusia yang paling bertuah di alam ini..saya sangat2 gembira...

No comments:

Post a Comment